Kenapa Perlu Minum Lebih Banyak Air Kosong?

Minum Lebih Air

7 Sebab Kenapa Perlu Minum Lebih Banyak Air Kosong!

Kenapa perlu minum lebih banyak air kosong? Orang kata kita perlu minum air sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Betul ke?

Tiada bukti yang menyokong kenyataan tersebut. Malah, Institut Perubatan mencadangkan pengambilan air sebanyak 3.7L untuk lelaki dan 2.7L untuk wanita; termasuklah air dari semua makanan dan minuman yang kita ambil seharian. Kebanyakan kita biasanya mendapat cukup air melainkan kita terdedah kepada cuaca yang terlalu panas atau aktif/bersukan dalam masa yang panjang.

Makan Air

Secara purata, kita mendapat air sebanyak 20% dari pemakanan seharian kita. Semua makanan secara semulajadi, real food, mempunyai air paling tinggi di dalamnya. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi 80%-98% air. Makan sayur-sayuran padat seperti timun, tomato, jicama, bit, wortel atau saderi bersama makanan lain atau sebagai makanan ringan adalah salah satu cara paling mudah untuk tingkatkan penghidratan.

Dalam keadaan cuaca yang panas dan lembab seperti di Malaysia ni, paling senang untuk kita dehidrasi. 30 minit sudah cukup untuk buat kita dehidrasi. Oleh itu, tidak perlulah bersenam terlalu kuat di luar terutamanya apabila cuaca terlalu panas. Rehat lebih sikit, kurangkan intensiti, kurangkan durasi senaman dan yang paling penting pakai pakaian yang sesuai untuk bersenam.

Bila bersenam atau bekerja di luar dalam tempoh yang agak panjang, ambil rehat setiap 20 minit untuk rehidrasi. Biasanya 150ml – 300ml memadai untuk setiap 20 minit; bergantung kepada betapa kuatnya pekerjaan kita, indoor or outdoor, umur, jantina dan berat badan kita. Tip: Minum 2 gelas air (lebih kurang 500ml) 2 jam sebelum memulakan sebarang senaman atau kerja luar.

Alkohol bukan untuk menghidrat semula tubuh. Minuman beralkohol mempunyai kesan dehidrasi paling tinggi. Kopi dan minuman berkafien yang lain buat kita lebih kerap kencing, tapi secara ia lebih baik dari minuman beralkohol kerana dapat menghidarat sedikit atas sebab kandungan airnya. Begitu juga dengan jus, soda dan minuman bergula yang lain. Untuk penghidaratan lebih baik, air adalah pilihan yang lebih baik kerana air adalah 0 kalori.

Berapa banyak air perlu diminum untuk kita kekal terhidrat bergantung kepada beberapa faktor:

  • Usia: Kanak-kanak perlukan lebih air kerana mereka lebih mudah terhidrat berbanding orang dewasa. Warga emas mungkin memerlukan pengambilan air yang lebih atas faktor kesihatan atau kerana mereka kehilangan deria rasa dahaga dan selera makan.
  • Jantina: Lelaki memerlukan lebih air berbanding wanita. Wanita mengandung memerlukan lebih air berbanding wanita lain.
  • Berat badan: Lebih berat badan seseorang menuntut kepada keperluan air yang lebih.
  • Faktor kesihatan: Keadaan seperti kencing manis, cystic fibrosis dan penyakit buah pinggang memerlukan seseorang itu untuk minum lebih air.
  • Faktor persekitaran: Kita perlukan lebih air dalam cuaca melampau (panas, lembab, sejuk), bila berada ditempat tinggi atau pun dalam keadaan persekitaran yang penuh dengan pencemaran.

Dalam sehari kita boleh kehilangan sebanyak 10 cawan atau lebih air hanya untuk kelangsungan hidup; bernafas, berpeluh, kencing dan lain-lain lagi. Tapi kita tak terasa sangat kehilangan itu sebab kita dapat air dari pemakanan seharian.

Warna kencing

Paling senang nak pastikan tahap hidrasi kita ialah dengan memerhatikan warna air kencing kita. lebih gelap bermaksud kita kekurangan air. Lebih jernih, kita cukup air. InSyaaAllah.

Ketika penghidratan semula, tubuh perlukan sodium. Sebab itu kebanyakan minuman tenaga untuk bersukan biasanya diperkayakan dengan sodium/garam – antara electrolytes yang selalunya hilang ketika bersukan. Minum minuman bersodium ni bantu kita cetus rasa dahaga dan bantu kekalkan air dalam badan. Tapi, terlalu banyak sodium/garam akan menyebabkan tekanan darah tinggi dan menerukkan lagi keadaan kesihatan jantung pada sesetengah orang.

Dah cuba minuman tenaga untuk para atlit keluaran Shaklee? Boleh dapatkan di sini!

Buah pinggang seorang dewasa yang sihat boleh memproses 20ml – 1L cecair dalam masa sejam. Agak sukar untuk membebankan buah pinggang dengan air. Tetapi ianya boleh berlaku sekiranya kita minum terlalu banyak air dalam waktu yang singkat. Dan ini sangat membahayakan tubuh seseorang. Antara gejala minum terlebih air termasuk peningkatan berat badan, kembung, loya dan muntah. Lebih teruk lagi, bila terlebih minum air ni boleh menyebabkan kekurangan sodium/garam dalam darah yang boleh menyebabkan sakit kepala, kekeliruan, kejang dan koma.

The International Marathon Medical Directors Association mensarankan agar para athlet tidak minum lebih dari 1L air dalam masa sejam terutama ketika latihan sukan yang panjang.

Jadi, kenapa perlu minum lebih banyak air kosong?

  1. Kawal berat badan. Kajian menunjukkan bahawa apabila seseorang minum lebih air kosong, mereka akan cenderong untuk makan dan minum lebih sedikit kalori. Mungkin sebab dah penuh dengan air kot. Tetapi secara tak langsung mereka akan kehilangan berat badan secara perlahan.
  2. Setiap sel, tisu dan organ kita mengandungi air. Perlukan air yang cukup untuk berfungsi dengan baik.
  3. Transporter untuk nutrien.
  4. Bantu dalam penyingkiran bahan kumuhan.
  5. Kekalkan suhu badan pada tahap sihat.
  6. Kesihatan sendi – sebagai pelincir dan kusyen.
  7. Kekalkan kelembapan kulit
  8. … dan macam-macam lagi.

Isyarat awal kita terhidrat ialah DAHAGA. Tapi jangan bergantung kepada dahaga sahaja. Tanda-tanda lain yang mengisyaratkan kita perlu minum air ialah:

  • Keletihan
  • Kulit kemerah-merahan
  • Pernafasan lebih cepat, nadi lebih pantas
  • Sukar nak bersukan
  • Pening
  • Sesak nafas

Sekiranya anda rasa terhidrat melalui tanda-tanda di atas, beralih ke tempat lebih sejuk dengan pengudaraan yang lebih baik dan minum air secara perlahan-lahan.

Fakta: Tubuh kita ni kebanyakannya air. Bergantung pada penghidratan masing-masing, secara purata badan kita adalah terdiri dari 55% – 75% air!

What is the quality of your 75%?

Credit to WebMD

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *