Air Penyegar Green Apple – Celery Versi Azura Abdul!

Green Juicing Apple Celery

Air penyegar ni, kalau dari namanya, memang sepatutnya hendaklah sesuatu yang menyegarkan lah kan? Apa aku cakap ni daaa… Hmmm, KakNjang kalau tak membebel tak sah. Sorry huhuhu. Tapi gambar tu senget lah… masih belum pandai pegang prop dan telefon serentak untuk selfie. Sigh…

Straight to the point! Refreshment KakNjang hari ni ialah air gabungan green apple + celery. Simple je. Paling senang nak sediakan.

Ni bahan-bahannya:

Apple Celery - green juicing

  • 1 biji Epal hijau
  • 1 batang Celery
  • Lemon (sehiris nipis)
  • Kulit limau kering yang dikisar (sedikit sahaja)
  • Air sejuk 300-400ml dari penapis air Shaklee Get Clean Water Pitcher

Cara-cara penyediaannya:

  • Bersihkan epal dan celery.
  • Hiris nipis dan masukkan ke dalam blender.
  • Masukkan sehiris lemon, buang bijinya jika ada.
  • Masukkan sedikit serbuk kulit limau kering to taste. Jangan banyak sangat sebab benda kering ni biasanya tinggi sodium dan gula.
  • Campurkan air sehingga paras dikehendaki.
  • Blend sehingga halus. Sedia untuk diminum.
  • Seratnya jangan ditapis/dibuang.

Dah siap! Cukup untuk dua hidangan dalam gelas 250ml each.

Sesuai diminum ketika cuaca panas. Sungguh menyegarkan.

Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *