Mulakan Tahun Baru 2019 Lebih Sihat Dengan ESP!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. 2018 bakal melabuhkan tirai, 2019 bakal membuka lembaran baru buat semua. Azam tahun 2018? Jangan pening-pening. Stress nanti. Tak sempat dilunaskan semuanya, teruskan usaha lagi. Bagi KakNjang, fokus tetap sama. Penuaan Sihat! Mungkin sebelum-sebelum ini fokus KakNjang lebih kepada diri sendiri dan keluarga terdekat. Tahun 2019 ini KakNjang berhasrat untuk menyihatkan lebih ramai lagi.

ESP untuk kencing manisTestimoni ESP Untuk Kencing Manis!

Antara ceritera pelanggan Shaklee KakNjang yang sangat menyuntik semangat untuk KakNjang teruskan misi Penuaan Sihat ialah ibu kepada kakak ipar kesayangan KakNjang – Mak Cik Jara, Kg. Mampong, Rembau. Hujung 2015 – bedridden. Amalkan ESP untuk kencing manis. Kencing manis teruk. KakNjang pun agak tergamam bila mak cik cakap nak cuba Shaklee. Alhamdulillah, in a month or so mak cik dah boleh bangun dan berjalan-jalan dalam rumah. Mula dengan ESP dan MealShakes. Bila dah mula boleh makan, mak cik consistent dengan ESP sehingga sekarang. Bekas luka hitam lebam seluruh badan mak cik dah makin hilang. Nampaknya macam serasi mak cik amalkan ESP untuk kencing manis yang dihidapi selama ini. Alhamdulillah.

KakNjang ni jenis yang tak sampai hati nak rakam moment orang sakit. Tapi bila dah beransur segar dan dah boleh senyum tu; baru boleh angkat fon… ni masa selepas beberapa bulan mak cik ambil ESP.

Pagi tadi, 31st Dec 2018, kakak ipar kesayangan KakNjang, Kak Gee, dropped by jemput mak KakNjang balik kampung. Sempat cerita pasal Mak Cik Jara kempen makan ESP kat kawan-kawan dia.

Kawan Mak Cik Jara:  Apo bondo ni eh?

Mak Cik Jara:  Ontah! Susu ni… makan ni yo. Badan rasa sihat. Parut hitam kencing manih hilang. Bancuh susu kencing manih tu paneh-paneh. Lepas dah sejuk sikit, tambah le ESP ni sikit. Lepas tu minum macam biasa.

Lebih kurang gitu lah bunyi nya… KakNjang ni tak pandai sangat loghat negoghi… sikit-sikit pelan-pelan tu boleh le faham…. sikit!

Walau tak tau apa itu ESP, tapi bila dah dapat The Shaklee Effects tu, dengan teknik pengambilan yang betul, InSyaaAllah badan lebih segar dan kembali bertenaga.

Ini yang kita namakan Penuaan Sihat!

Untuk yang tak tau ESP tu apa; ESP ni adalah serbuk protein soya keluaran Shaklee. Ada banyak jenis serbuk soya di pasaran. Macam mana nak pilih yang terbaik? KakNjang ada pernah bincangkan di sini…

Dan KakNjang juga pernah ceritakan kenapa serbuk protein soya ESP Shaklee adalah pilihan terbaik di sini…!

Variasi sarapan untuk kencing manis…

Kenapa sarapan dengan ESP bagus untuk kencing manis? Sebab ESP ni rendah indeks glisemiknya…

Kak Gee ada tanya. ESP tu apa? Macam mana boleh bagi sihat? Ooooo panjang ceritanya kak. Paling senang macam ni… ESP tu protein. Protein ni diperlukan oleh tubuh kita secara keseluruhannya. Setiap sel, tak kira luar dalam, yang kita nampak atau tidak, kulit, kuku, rambut, jantung, hati, hormon, enzim, semua tu perlukan protein untuk dibaikpulih, untuk diperbaharui, untuk kekal sihat, untuk berfungsi dengan baik. Jangan tanya macam mana, lagi panjang cerita dia. Yang penting, setiap kita kena dapatkan supply protein dari sumber yang terbaik.

Nak tahu lebih lanjut mengenai ESP – protein soya Shaklee? Baca di sini…

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat untuk semua.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *