Cara Menghilangkan Sakit Perut Selepas Makan

Sakit perut selepas makan

Geng-geng seangkatan Kaknjang yang menuju pertengahan 40an ni selalu komplen pasal perut mereka. Ramai yang senak perut selepas makan sampai kembung sebu semua cukup. Paling tak best bila kentut tak lepas dan sendawa pun macam tak lepas juga. Kalau terlepas pun mesti kat tempat dan ketika yang tak best dan bau pun cukup menyesakkan persekitaran.   Bila angin tak berapa nak lepas atas bawah, pembuangan pun tak berapa nak lawas. Lagi lah senak perut tu.

Ada 2 sebab utama kita rasa sakit perut selepas makan ni.

Yang pertamanya ialah IBS – Irritable Bowel Syndrom. Senang cakap, dalam kes ni, usus kita tak nak gerak. Bila usus tak gerak, kita tak membuang. Ini menyebabkan sepanjang usus kita tu penuh dengan sisa kumbahan. Jadi, bila kita makan, sedangkan salur usus kita masih penuh, seumpama kita menyumbat satu belon panjang dengan benda pejal. Boleh bayangkan tak betapa tegangnya struktur belon itu? Macam tu lah jugak perut kita.

Sebab kedua yang buat kita rasa sakit perut selepas makan ni ialah masalah pencernaan. Ini melibatkan penghasilan asid dalam perut bagi mencernakan segala apa yang kita makan. Ketidakseimbangan antara solid dan liquid dalam perut, di tambah pula dengan muatan berebihan dalam perut menyebabkan asid dalam perut melimpah ke salur esofagus. Itu yang kita panggil pedih ulu hati. Memang pedih, rasa macam terbakar kat belakang tulang dada.

Asbab kepada masalah sakit perut lepas makan tadi tu, badan rasa sungguh stress dan letih terutama bila time nak maghrib dan ke atas. Balik rumah memang flat habis tak dan nak berfamily-time dah, hanyut dulu.   Sangat tak best kan? Jangan risau – nanti stress. Stress tu pun antara sebab perut jadi kelam kabut.

Ada beberapa sebab kenapa perut tak selesa selepas makan:

  1. Makan tak tentu masa. 
  2. Makan makanan segera siap sedia. 
  3. Makan makanan berlemak/pedas
  4. Makan terlalu banyak dalam satu masa. 
  5. Makan buah dan sayur selepas nasi dan lauk. 
  6. Minum terlalu banyak air semasa makan. 
  7. Tidak cukup minum air sepanjang hari.
  8. Makan terlalu cepat. 
  9. Baring/tidur selepas makan.
  10. Tidak bersenam.

Macam pernah dengar je semua tu kan? Jangan risau. Apa yang kaknjang senaraikan tu semua adalah punca kenapa sakit perut selepas makan. Semua tu adalah punca kenapa kita selalu rasa senak, kembung dan sebu selepas makan.

Dari senarai tu sahaja dapat kita simpulkan bahawa apa yang penting ialah “makan” – 80%. Selebihnya aktiviti kita – 20%.   Mana-mana pun kita buat kajian tentang nak tangani sesuatu masalah kesihatan atau yang berkaitan tentang tubuh kita; semua akan beri jawapan yang hampir sama:

  1. Pemakanan yang sihat
  2. Gaya hidup sihat
  3. Suplemen dengan bijak

Jadi, macam mana cara nak hilangkan sakit perut selepas makan ni? Mai sini kaknjang nak habaq.

Cara makan untuk mengelakkan sakit perut selepas makan:

  1. Makan pada masanya. 
  2. Makan makanan sebenar – masak sendiri paling bagus.
  3. Elakkan/kurangkan makan berlemak/pedas.
  4. Makan ikut saiz hidangan sihat – suku-suku-separuh.
  5. Bila makan, mulakan dengan buah dan sayur.
  6. Elakkan makan sambil bersulam minum air sepanjang waktu makan.
  7. Pastikan pengambilan air yang cukup sepanjang hari
  8. Makan perlahan-lahan.

Gaya hidup sihat untuk menggalakkan kesihatan tubuh:

  1. Bersenam sekurang-kurangnya 30minit setiap sesi sehari, 3-5 kali seminggu.
  2. Bersukan
  3. Jangan tidur selepas makan.
  4. Jangan bersukan selepas makan berat.
  5. Makan berat terakhir adalah pada jam 6 – 7 petang.

Suplemen untuk atasi masalah sakit perut:

  1. Alfalfa mengandungi enzim pencernaan yang tinggi untuk membantu proses penghadaman dan pencernaan protein, lemak dan karbohidrat. Mengurangkan gas terhasil semasa pencernaan makanan yang dimakan sebelumnya. Kandungan potassium membantu atasi masalah sembelit. Sifatnya yang beralkali bantu mengurangkan masalah gastrik atau pedih ulu hati.
  2. Daun Pudina – mengurangkan sakit dan kembung sebab IBS dan ketidakhadaman.
  3. Halia – merawat sakit perut, loya dan muntah.
  4. Daun Senna – merawat sembelit. Juga digunakan untuk membersihkan usus sebelum ujian colonoscopy. Daun senna juga digunakan untuk sindrom IBS, buasir dan penurunan berat badan.

Untuk cara makan dan gaya hidup sihat untuk menghilangkan sakit perut sepelas makan tu anda semua kena usaha sendiri. Kaknjang hanya boleh bantu cadangkan apa yang perlu.  Untuk bahagian suplemen, kaknjang boleh tolong cadangkan Set Kesihatan Perut* – Basic yang terdiri dari Alfalfa Complex Shaklee* + Herb-Lax Shaklee* + Peppermint-Ginger Shaklee*.

Set Kesihatan Perut Shaklee. Sakit perut, perut sebu, perut kembung, gastrik.
Set Kesihatan Perut

Cara nak dapatkan set kesihatan perut:

1 – Pembelian secara online:
Anda akan dibawa ke laman sesawang Shaklee yang selamat untuk pembelian 3 suplemen ini. Anda boleh memilih untuk tidak membeli mana-mana suplement yang tidak diperlukan. Anda juga boleh menambah bilangan kuantiti suplement yang diperlukan.
Caj penghantaran sebanyak RM10.00 akan ditambah dihujung transaksi (sama untuk semenanjung dan sabah/sarawak). Pembayaran adalah menggunakan kad kredit atau debit

Untuk tempahan set ini secara online, sila klik di sini.

2- WhatsApp kaknjang di 0196686767 untuk tempahan.
WhatsApp kaknjang dengan masalah kesihatan yang perlu ditangani.  Kita bincang apa yang sesuai dan teruskan dari situ.
Hubungi kaknjang secara whatsApp, klik di sini.

Setiap pembelian produk akan disertakan dengan:

– PERCUMA bekas vitamin (sementara stok masih ada)
– PERCUMA plan pemakanan sihat untuk perut sihat
– PERCUMA tips pengambilan produk Shaklee khusus untuk simptom yang anda hadapi
– PERCUMA kos pos Semenanjung Malaysia (pembelian melalui wasap sahaja)

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan tempahan, boleh terus hubungi kaknjang di talian 019-6686767.
Kaknjang tolong sampai jadi! #MomIsHome #LiveAmazing #TheShakleeWay #NoMoreGastric #SakitPerutLepasMakan  

* Produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Ini adalah iklan produk suplemen.  

Dah baca kenapa perut rasa kembung? Kalau belum jemput baca di sini: Kenapa Perut Saya Kembung?

Artikel lain berkaitan:
Antara 10 Makanan Untuk Atasi Masalah Pedih Ulu Hati
Sarapan Untuk Perut Meragam

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *