Testimoni Detox: When The Right Program Becomes Your Lifestyle!

Me Then VS Me Now | Azura Abdul | Penuaan Sihat

When the right program becomes your lifestyle, the rest is history! Apabila program kecergasan dan kesihatan yang diikuti bertukar menjadi gaya hidup kita yang baru, dah tak pandang belakang lagi dah lepas tu! Jom KakNjang ceritakan bagaimana bermula dengan sebuah program detox boleh bantu KakNjang capai Penuaan yang Sihat🙋‍♀️. Testimoni Detox Cara Shaklee #PoweredByShaklee #LiveAmazing #TheShakleeWay

Program Jom Fit With Kevin 2015 | Azura Abdul

Semuanya bermula di sini… Program Jom Fit With Cikgu Kevin Zahri. Masa tu tahun 2015. Dalam program tu KakNjang dapat ilmu sihat paling bermakna. KakNjang follow sampai sekarang segala nasihat yang Cikgu Kevin berikan.

Sebelum tu, 2014 KakNjang dah daftar sebagai ahli Shaklee. Join program Detox #PoweredByShaklee pada penghujung 2014. Nampak macam ada progres sikit, tapi sekadar mengikut tanpa ilmu.

Bila geng Shaklee open seats untuk menuntut ilmu sihat bersama Cikgu Kevin, KakNjang terus grab!🫸🤛💪

Dari situlah bermulanya perjalanan misi Penuaan Sihat KakNjang, gabungan Program Detox Shaklee bersama ilmu sihat dari Fitness Coach Malaysia, Cikgu Kevin Zahri. Doakan KakNjang terus istiqomah dalam misi ini demi Allah dan keluarga tercinta🤲🤲🤲

Jom KakNjang kongsikan apa yang KakNjang buat sejak 2015 sehingga kini. Perkara paling penting bagi KakNjang ialah Penuaan Sihat. Dan fokus KakNjang adalah untuk itu. Jika anda belum baca tentang kenapa KakNjang pilih penuaan sihat, boleh baca di sini. Untuk mencapai penuaan yang sihat, perkara utama yang perlu kita jaga seharusnya bermula dari perut dengan proses detox yang berkesan.

Apa Itu Detox? Detox Untuk Apa?

Lain orang, lain maksud detox tu. Tapi pada KakNjang, detox tu adalah proses semulajadi tubuh kita membersih mencuci dari dalam dengan sokongan pemakanan yang baik.

Apa itu DETOX, KakNjang?

5 Sumber Toksin Dalam Badan Kita

Terdapat banyak toksin yang wujud di dalam persekitaran kita, yang datangnya secara semula jadi daripada kandungan bahan kimia dan tiruan; lihat saja pada udara yang kita hirup, air yang kita teguk, peralatan dan perkakas yang kita sering gunakan, juga tempat yang kita selalu berada dan kita akan sedar kehadiran unsur yang bukan semulajadi atau tidak berkhasiat. Toksin! Secara tidak sedar, toksin ini, menjadikan tubuh kita sebagai perumah dan kemudiannya merubah cara ianya berfungsi dengan menjadi yang lebih teruk! Pencemaran dan kesannya seringkali dikaitkan dengan pelbagai masalah perubatan dan meningkatkan risiko diserang pelbagai jenis penyakit.

Ringkasnya, sumber toksin dalam badan kita datang dari:

  1. Pemakanan
  2. Udara
  3. Air
  4. Gaya hidup
  5. Tubuh kita sendiri!

Sekarang kita dah tahu dari mana datangnya toksin banyak-banyak dalam badan. Jom tengok program detox #PoweredbyShaklee yang KakNjang dok buat selama ni😃

Program Detox Yang Berkesan Tu Bagaimana?

Sesuatu diet tidak akan mengubah cara bagaimana tubuh berfungsi menyingkirkan bendasing atau toksin atau racun keluar dari tubuh kita. Akan tetapi, sesuatu program detox yang berkesan hendaklah mampu menyokong setiap fungsi organ detox untuk berfungsi menyingkirkan toksin dari badan dengan lebih berkesan.

Penuaan yang sihat bermula dengan program detox yang berkesan!

Shaklee bukan semata-mata muncul dengan program detox untuk kurus hanya kerana ramai yang nak kurus. Tetapi Shaklee menyokong program detox ini bermula dengan melakukan beberapa pilot program dan kajian unggul (The Landmark Studies) untuk capai penuaan yang sihat sebelum dibentangkan pelan sokongan dari segi Menu Pemakanan Harian 7-hari untuk perut yang selesa dan disokong dengan suplemen yang sangat membantu sepanjang program detox ini.

Ada je program baru yang lain dari Shaklee termasuklah Hello New You dan Intermitten Fasting cara Shaklee. Tapi secara peribadi, program detox the shaklee way lebih berkesan untuk KakNjang.

Jom Tengok Pelan Rancangan Detox Yang KakNjang Ikuti!

Penuaan yang sihat bermula dengan program detox yang berkesan!

Pertama: Pilih tarikh/hari yang sesuai untuk set sebagai hari pertama program detox anda.

Macam KakNjang, hari yang paling sesuai untuk memulakan detox ialah hari Isnin.

Kenapa?

Dalam program detox yang dirancangkan oleh Shaklee, detox extreme adalah pada 3 hari pertama sahaja. Selepas itu keadaan menjadi semakin relax.

Mula detox hari Isnin!

Maka hujung minggu, day 6 & 7 akan menjadi hari suku-suku-separuh KakNjang. Family day! Cheat Day! Yeay!!!

Kedua: Cari kawan untuk sama-sama jalani program ini.

Cari geng untuk sama-sama buat detox! Penuaan yang sihat bermula dengan program detox yang berkesan!

Macam KakNjang, KakNjang join support group GengDetox #PoweredByShaklee.

Jom sertai KakNjang, anda juga boleh sama-sama sertai support group besar GengDetox ini.

Dan sekarang kami dah buat lagi satu group besar, GengLari #PoweredByShaklee untuk geng detox yang nak sama-sama jalani hidup sihat dengan gabungan pemakanan yang sihat dan sama-sama berlari atau briskwalk secara maya.

Ketiga: Mula untuk kurangkan pengambilan kopi, minuman ringan bergas bergula, alkohol, kurangkan makanan berkanji, berlemak, kurangkan pengambilan garam dan gula.

Bunyi macam agak sukar, bukan?

Tapi hati perlu kental.

Demi hidup yang lebih sihat!

Kurangkan gula dan sebagainya untuk penuaan yang sihat

Keempat: Mula untuk penuhkan peti sejuk dengan sayur-sayuran mentah dan buah-buahan segar.

Hijaukan peti ais anda! Untuk penuaan yang sihat.

Ini merupakan cabaran berikutnya setelah kita tinggalkan semua kegemaran kesayangan perut kita.

Peti sejuk kita mungkin tidak pernah nampak hijau sebelum ini. Tetapi kali ini pastikan ianya penuh dengan sayur dan buah-buahan segar.

Dan pastikan juga kita habiskan semuanya dan tidak biarkan semuanya layu dan rosak!

Kelima: Pastikan anda kekal dalam kumpulan sokongan yang aktif meneruskan gaya hidup sihat, cara pemakanan sihat.

Bersemuka itu tidak lah wajib. Walau hanya dalam group WhatsApp, terus saling memberi sokongan antara satu sama lain.

Make new friends dalam group besar GengDetox / GengLari #PoweredByShaklee. Jika kebetulan ada yang berada di sekitar kawasan kariah anda, make plans and meet up at some good times!

Stay dengan geng anda!
Penuaan yang sihat bermula dengan program detox yang berkesan!

Perancangan kita dah susun dengan sangat cantik. Jom mulakan PROGRAM DETOX 7 HARI kita!

Penuaan yang sihat bermula dengan program detox yang berkesan!

Mai KakNjang bagi ringkasan sikit apa yang berlaku, apa dan bagaimana kami makan dalam program detox 7-hari ni sampai nak kena penuhkan peti sejuk dengan hijau…

Program Detox 7-Hari (Ringkasan)

Hari 1: sayur hijau berdaun mentah.

Hari 2: sup sayur hijau berdaun dan tidak berdaun.

Hari 3: sayur mentah pelbagai warna berdaun dan tidak berdaun.

Hari 4: menu sayur, tambah protein untuk makan malam.

Hari 5: menu sayur, tambah protein untuk makan tengahari dan malam.

Hari 6: menu sayur dan protein, tambahan karbo untuk makan malam.

Hari 7: menu suku-suku-separuh.

Program DETOX 7-Hari bantu reset semula sistem tubuh kita supaya berasa lebih sihat dan bertenaga dalam masa 7 hari!

Apa sahaja matlamat kita, samada menurunkan berat badan, lebih bertenaga, lebih cergas, atau kawal keadaan kesihatan, mulakan dengan DETOX YANG SIHAT dan diteruskan dengan NUTRISI LENGKAP.

Nota: fokus kami 80% pemakanan, 20% senaman. Kekerapan berdetox: 3-4 bulan sekali. Jika tak sompek, kami hanya teruskan diet suku-suku-separuh dan detox selepas selesai musim perayaan, khususnya selepas Syawal!

Dengan mengurangkan toksin dalam badan, badan kita akan menyerap nutrien dengan lebih efisyen, memberi nutrisi/khasiat dan suplemen dengan lebih baik. Kita akan berasa lebih sihat, lebih bertenaga, lebih focus, lebih hebat!

Dan apabila detox berjalan dengan lancar dan tubuh mendapat khasiat yang lengkap, kita akan mula menikmati KESIHATAN YANG LEBIH BAIK, PENUAAN YANG SEMAKIN SIHAT!

Penuaan yang sihat bermula dengan program detox yang berkesan!

Selesai detox 7-hari, mulai hari ke-8 dan seterusnya, berikan khasiat kepada badan dengan set keperluan harian agar badan sentiasa berasa hebat!

Kenapa perlu diteruskan dengan Set Keperluan Harian?

Set Keperluan Harian membekalkan nutrisi berspektrum lengkap dengan vitamin, mineral, antioksidan, fitonutrien, asid lemak omega-3 yang disokong secara klinikal untuk membantu kita rasa lebih sihat, lebih bertenaga dan lebih fokus untuk membina asas kehidupan yang lebih sihat.

Ia direka berdasarkan Kajian Unggul – The Landmark Studies.

Penuaan yang sihat bermula dengan program detox yang berkesan!

Keseluruhannya ambil masa sebulan untuk menjayakan program ini dengan selesa. Untuk yang nak merasa detox the Shaklee way ni, boleh hubungi KakNjang di 019 668 6767. Boleh pilih untuk berdetox dengan KakNjang atau sertai group besar kami GengDetox/GengLari untuk sokongan dari pelbagai arah😊

Apa Kata Mereka Yang Telah Ikuti Program Detox 7-Hari
Bersama Shaklee? Review on Shaklee Detox Program

AzuraAbdul.com | Penuaan Sihat Bermula Dengan Detox yang berkesan!

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *