11 Cara Semulajadi Turunkan Paras Gula Dalam Darah

Turunkan paras gula dalam dara cara semulajadi

Cara terbaik untuk turunkan paras gula dalam darah dengan cepat secara semulajadi adalah dengan mencegah ‘sugar spike’ dari berlaku. Hentikan pengambilan gula putih dan karbo ringkas (tepung putih – kuih muih, nasi, roti putih) yang membebaskan gula ke dalam darah dengan cepat. Gantikan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran (juga merupakan sumber gula dan karbohidrat kepada tubuh).

Paras gula yang tinggi dalam darah berlaku bila mana tubuh tidak berupaya untuk menghantar gula dari dalam darah ke sel dengan sempurna. Lama kelamaan ini akan menyebabkan penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes.

11 Cara Semulajadi Untuk Turunkan Paras Gula Dalam Darah Dengan Cepat:

1: Lebih Kerap Bersenam!

Bersenam dapat membantu kita kurangkan berat badan dan tingkatkan kepekaan insulin. Bila insulin lebih peka, bermaksud sel tubuh dapat menggunakan hampir keseluruhan gula dalam darah.

bersenam turunkan paras gula dalam darah dengan cepat secara semulajadi

Senaman juga membantu otot untuk menggunakan gula dalam darah sebagai sumber tenaga dan membantu dalam penguncupan otot.

Ini dapat membantu turunkan paras gula dalam darah.

Antara senaman yang dicadangkan termasuk mengangkat berat, berjalan cepat, berlari, berbasikal, menari, memanjat gunung / mendaki bukit, berenang dan sebagainya.

2: Kawal Pengambilan Karbo

Karbohidrat akan dipecahkan oleh tubuh kepada beberapa bentuk gula (glukos kebanyakannya), yang akan di bawa oleh insulin ke dalam sel tubuh.

Pengambilan karbohidrat berlebihan dalam sesuatu masa atau ketidakupayaan insulin untuk mengangkut semua glukos ke dalam sel, akan menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.

3: Tingkatkan Pengambilan Fiber

Fiber atau serat melambatkan penghadaman karbohidrat dan serapan gula. Oleh itu, pelepasan gula dalam darah adalah lebih terkawal dan secara yang lebih perlahan.

Ada dua jenis serat, serat larut dan tidak larut. Kedua-duanya sama penting untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh. Tetapi serat larut ditujukan khas untuk turunkan paras gula dalam darah dengan cepat cara semulajadi.

4: Minum Air!

Minum air secukupnya untuk tubuh kekal terhidrat dan mengekalkan paras gula yang sihat. Selain dari itu, air yang mencukupi membantu buah pinggang singkirkan gula berlebihan dalam darah melalui air kencing.

Secara tidak lansung dapat mengurangkan risiko kencing manis.

Air manis akan meningkatkan paras gula dalam darah, menyebabkan peningkatan berat badan dan meningkatkan risiko kencing manis.

minum air lebih merupakan cara semulajadi untuk turunkan paras gula dalam darah dengan cepat.
Minum air lebih merupakan cara semulajadi untuk turunkan paras gula dalam darah dengan cepat.

5: Kawal Portion Makan – Amalkan suku-suku-separuh!

Kawalan portion makan bantu kawal pengambilan kalori, yang secara lansung membantu dalam penurunan berat badan. Kajian mendapati bahawa penurunan berat badan akan memberi kesan positif kepada paras gula dalam darah dan mengurangkan risiko kencing manis jenis 2.

Salah satu cara untuk kawal portion makan ialah dengan mengamalkan gaya pinggan sihat suku-suku-separuh.

Lagi satu cara ialah dengan mengatur waktu makan agar kita makan pada kuantiti yang sedikit tetapi dengan lebih kerap. Dengan ini kandungan karbohidrat dalam darah adalah lebih konsisten. Jaga waktu makan.

6: Pilih Makanan yang Rendah Indeks Glisemik (Low GI Food)

Berapa banyak dan jenis karbohidrat itu menentukan bagaimana sesuatu makanan boleh memepengaruhi paras gula dalam darah.

GI Glycemic Index atau juga dipanggil indeks glisemik menentukan kadar pelepasan gula dalam darah. Kadar yang selamat biasanya adalah untuk kita memilih GI di bawah nilai 70.

Walau nilai GI rendah, jumlah karbohidrat yang diambil tetap perlu dikawal bagi mengelakkan lambakan karbohidrat berlebihan yang bakal ditukarkan kepada gula juga akhirnya.

makanan rendah GI bantu turunkan parasgula dalam darah dengan cepat secara semulajadi.

7: Kawal Stress Anda. Kawal Anxiety.

Ketika kita stress, hormon seperti glucagon dan cortisol dirembeskan. Kedua-dua hormon tersebut menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah.

yoga boleh bantu turunkan paras gula dalam darah secara semulajadi.

Ada kajian menunjukkan bahawa senaman, lepak-santai dan meditasi mampu mengurangkan stress dan menurunkan paras gula dalam darah; terutamanya di kalangan pelajar.

Senaman, meditasi dan aktiviti-aktiviti lain yang mengurangkan stress juga boleh membantu meningkatkan kepekaan insulin bagi pesakit kencing manis.

8: Dapatkan Cukup Tidur Yang Berkualiti

Tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur, tidur tidak nyenyak, buat badan tidak cukup rehat. Menyebabkan tubuh hasilkan kurang hormon pertumbuhan dan dalam masa yang sama meningkatkan rembesen cortisol. Ini akan mempengaruhi paras gula dalam darah dan kepekaan insulin.

Tidak cukup tidur juga buat selera makan bertambah dan peningkatan berat badan.

9: Makan Makanan Yang Kaya Dengan Kromium dan Magnesium

Kromium merupakan mineral penting yang terlibat secara lansung dalam penghadaman karbohidrat dan lemak. Manakala magnesium pula penting untuk memastikan gula pada paras yang sihat.

KakNjang dan keluarga amalkan multimineral & multivitamin Vita-Lea Shaklee untuk memastikan tubuh mendapat kromium dan magnesium yang mencukupi setiap hari. Boleh dapatkannya di sini kepada yang mahu.

10: Turunkan Berat badan!

Mengekalkan berat badan pada berat ideal adalah sangat bagus untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh. Semua orang sepatutnya faham itu.

Namun jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau telah masuk ke kategori obes, usaha menurunkan berat badan walau hanya dalam 7% daripada berat badan diturunkan dalam sesuatu masa, anda telah menurunkan risiko mengidap kencing manis kepada 58%.

Ambil berat juga tentang ukur lilit pinggang atau ukuran pusat-ke-pusat. Ini memberi gambaran jumlah visceral fat atau lemak yang terkumpul di sekitar organ dalaman anda. Kekalkan di bawah 35inci bagi wanita dan 40inci bagi lelaki untuk mengurangkan risiko kepada kencing manis jenis 2.

11: Jangan Tinggal Sarapan!

Walau nutritionist, doktor, mak ayah selalu pesan jangan tinggal sarapan, sarapan bagus untuk kesihatan; tetap ramai dikalangan kita yang tinggal sarapan. Alasan biasa – tak sempat, sibuk, dah lambat!

Ada kajian mendapati, jika kita tinggal sarapan 4-5 kali dalam masa seminggu, kita 55% berisiko mendapat kencing manis jenis 2!

sarapan setiap hari bantu turunkan paras gula dalam darah

Rujukan:

Apa yang boleh KakNjang simpulkan ialah…

Untuk turunkan paras gula dalam darah cara semulajadi dengan cepat dan selamat, kita perlulah kembali kepada tiga langkah asal untuk menuju Penuaan Sihat!

  1. Jaga makan. Untuk yang dah ada kencing manis, kawal pengambilan gula dan karbohidrat.
  2. Senaman yang bersesuaian. Rehat/tidur cukup. Bersantai. Tenangkan fikiran.
  3. Jika ada ubat dari doktor, ambil ikut sepertimana disarankan. Ambil suplemen secara bijak.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang
019 668 6767

Pengedar Shaklee Malaysia

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *