Vitamin C Dos Tinggi Rosakkan Buah Pinggang?

Betulkah vitamin C rosakkan buah pinggang?

Betulkah Vitamin C boleh rosakkan buah pinggang? Baru-baru ni KakNjang berkongsi maklumat tentang penggunaan Vitamin C dos tinggi 3,000mg mampu untuk mencegah dan mengurangkan simptom serangan virus, yang sedang tular terkini influenza dan virus corona COVID-19. Bukan suka-suka buat perkongsian, tetapi maklumat tersebut datangnya dari sumber yang sah, disarankan oleh sekumpulan pakar perubatan.

Anda boleh rujuk sendiri artikel tersebut di sini Orthomolecular.org

KakNjang akan kongsikan dengan anak-anak terlebih dahulu. Dan jika perlu, seperti biasa anak-anak akan berkongsi maklumat dengan rakan sekelas mereka. Dan untuk perkongsian tersebut, yang melentingnya adalah tenaga pengajarnya yang juga turut berada di dalam group whatsapp tersebut.

” I told the class. And tc said pasal buah pinggang. Explain please… Tc cakap kalau makan banyak vitamin nanti rosak buah pinggang.”

Mesej dari anak KakNjang.

Aduhai cikgu!

Makan Banyak Vitamin Rosakkan Buah Pinggang?

Buah pinggang ni boleh diumpamakan bagai penapis air dalam badan kita. Buah pinggang juga merupakan organ tubuh yang paling kecil. Sedikit impak tersabit dengannya, buah pinggang akan rosak dulu.

Pemakanan tidak seimbang, tidak sihat, banyak makan processed food, fast food, makan tidak mengikut masa dan sebagainya… semua itu bukan sahaja merosakkan buah pinggang, malah boleh merosakkan organ lain dan seluruh sistem tubuh.

Minum air kurang dari keperluan minima tubuh (berat badan / 30) juga boleh merosakkan buah pinggang. Penapis air kan? Kalau air tak cukup, maksudnya berkeladak teruklah sistem kita.

Diet tinggi protein juga boleh merosakkan buah pinggang. Diet tinggi protein mungkin boleh cepatkan penurunan berat badan. Tapi untuk jangka masa panjang, ia akan membebankan dan merosakkan buah pinggang.

Belum cerita bab vitamin pun lagi, buah pinggang dah banyak rosak ni. Nak dijadikan cerita, bila ambil sahaja vitamin, buah pinggang dah memang dalam keadaan teruk, bila jatuh sakit; vitamin yang dipersalahkan dahulu. Bukan perkara-perkara yang dibincangkan di atas.

Cliche bukan?

Hendak di salahkan mereka yang berpendapat bahawa vitamin C dos tinggi boleh rosakkan buah pinggang pun, tidak boleh juga sebenarnya.

Terdapat beberapa artikel yang menekankan tentang pengambilan vitamin C dalam dos yang tinggi boleh memberi kesan sampingan terutama pada buah pinggang.

Ini yang mereka jumpa dahulu…

Pengambilan vitamin C yang tinggi, mana yang tidak diserap oleh tubuh akan disingkirkan melalui kencing kita. Itu yang meningkatkan risiko pembentukan batu dalam buah pinggang.

Vitamin C rosakkan buah pinggang

Antaranya boleh kita baca di Healthline.com

Walau bagaimana pun, kita perlu faham beberapa perkara terlebih dahulu tentang vitamin C:

  • Vitamin C larut dalam air
  • Vitamin C tidak disimpan dalam tubuh, perlu topup selalu
  • Vitamin C tidak terhasil oleh tubuh, perlu dapatkan dari pemakanan
  • Vitamin C cepat rosak jika terdedah begitu sahaja atau terkena suhu yang tinggi

Perlu juga kita fahami bahawa dalam satu jam, tubuh kita hanya mampu menyerap lebih kurang 200mg vitamin C sahaja.

Dengan dos yang betul selang beberapa jam tertentu, vitamin C InSyaaAllah tidak rosakkan buah pinggang

Ini yang mereka tidak jumpa…

Jadi, bagaimanakah cara yang selamat untuk mengambil vitamin C dos tinggi supaya tidak rosakkan buah pinggang?

Seperti yang dibincangkan oleh pakar perubatan di Orthomolecular Medicine News Service and the International Society for Orthomolecular Medicine, dalam artikel mereka yang berjudul Vitamin C Protects Against Coronavirus; ambil Vitamin C 3,000mg atau lebih, dengan dos yang dibahagikan.

Maksudnya, 3,000mg itu adalah jumlah yang diperlukan dalam sehari, bahagikan kepada beberapa kali pengambilan dalam masa satu hari. Bermaksud, agihkan 3,000mg Vitamin C tersebut kepada beberapa dos yang kecil dan diambil mengikut beberapa jam tertentu.

Bagaimana untuk memilih Vitamin C terbaik? Perlu pilih yang semulajadi, menggunakan pattern sustained release – pelepasan berperingkat, dan yang paling penting HALAL dan lulus KKM.

Saranan KakNjang:

Bagi memudahkan cerita, KakNjang bagi contoh yang berikut.

Sustained Release Vita-C Plus Shaklee

Pilihan KakNjang – Sustained Released Vita-C Plus dari Shaklee. Vitamin C semulajadi diperkaya dengan bioflavonoid untuk serapan lebih sempurna.

Setiap tablet membekalkan 500mg Vitamin C, dengan sistem pelepasan 100mg Vitamin C setiap jam, selama 5 jam.

Untuk dapatkan 3,000mg Vitamin C, KakNjang perlukan 6 tablet (500mg x 6 = 3,000mg)

Memandangkan tubuh kita hanya mampu untuk menyerap lebih kurang 200mg Vitamin C dalam masa satu jam, dan setiap tablet SRVita-C Shaklee melepaskan 100mg setiap jam, maka kita boleh ambil 2biji setiap kali makan.

Berapa kali nak ambil 2 biji SRVita-C tu? Setiap 5 jam.

Jika keperluan kita hanya 3,000mg untuk tujuan pencegahan penyakit, maka kita jadikan amalan 2 biji SRVita-C, 3 kali sehari.

1,000mg dengan pelepasan 200mg Vitamin C setiap jam selama 5 jam.

  • 2 biji Pagi
  • 2 biji Tengahari
  • 2 biji Malam

Now, kita dah pilih vitamin C dari sumber semulajadi. Sebaiknya kita juga hendaklah amalkan pemakanan seimbang dan sihat dari sumber semulajadi juga. Minum air kosong mencukupi. Barulah buah pinggang kita boleh berfungsi dengan sempurna tanpa bebanan akibat dari corak pemakanan kita juga.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini memberi manfaat buat semua pembaca. Semoga kita semua dihindari dari sebarang jenis penyakit merbahaya. Aamiin…

Bilakan waktu terbaik untuk ambil vitmin c?
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *