Doa Pagi Hari Mohon Diberi Ilmu, Rezeki Dan Amal Diterima

Doa di waktu pagi hari

Rasulullah memanjatkan doa khusus bagi umatnya terkait pagi hari:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا
“Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya.”

Berpagi-pagian lah kita. Banyak rahmat dan berkat yang Allah nak bagi kepada kita bila kita mulakan hari seawal mungkin. Sesudah Subuh, janganlah tidur semula. Itu malas namanya. Bagaimana kita rasa jika Allah pun ‘malas’ nak bagi kita rahmatNYA?

Mulakan tugasan kita awal pagi. Barulah kita akan rasa betapa panjangnya hari itu dan betapa banyaknya tugasan dan pekerjaan yang dapat kita lakukan dan selesaikan dalam masa satu hari.

Rasulullah Saw juga mengajarkan kepada kita untuk sentiasa memanjatkan doa sesudah selesai solat Subuh atau waktu pagi hari seperti berikut:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

“Ya Allah Sesungguhnya aku memohon daripadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Diriwayatkan oleh Al-Humaidi, Ahmad dan Ibnu Majah.
Doa di waktu pagi hari supaya diberi ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima...
doa di pagi hari. rezeki datangnya dari Allah. Bukan dari manusia.

??Mohon dengan Allah??

Ilmu yang bermanfaat…
Kerana ilmu tanpa amal, ilmu yang tidak memberi sebarang kebaikan kepada yang lain
… adalah sia-sia

??Mohon dengan Allah??

Rezeki yang baik-baik. Yang halal. Yang suci.
Kerana dari rezeki itulah yang bakal menjadi darah daging seluruh keturunan kita.

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, bukan sekadar wang ringgit. Sihat itu rezeki. Bahagia itu rezeki. Berjaya itu rezeki. Hidup pun rezeki juga. Jangan pertikaikan apa yang kita perolehi kerana Allah tahu bila dan apa yang terbaik untuk kita.

??Mohon dengan Allah??

Amalan yang diterima. Semoga dengan amalan yang diterima Allah ini mengundang redho dan rahmatNYA, menjadi asbab kita ke Syurga.
Kalau Allah tak terima amalan kita, buat penat sahaja!

Semoga hari ini lebih baik dari sebelum-sebelum ini???

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *