Sakit Lutut: Penyakit Yang Sering Bertandang Di Usia Tua

Sakit Lutut Di Usia Tua

Sakit lutut merupakan antara penyakit yang sering bertandang tatkala usia semakin meningkat. Bagi mereka yang telah pun mencapai usia 60-65 tahun ke atas, sakit lutut adalah perkara biasa. Namun begitu, pada zaman sekarang ini, pada usia seawal 30an-40an pun sudah ada yang mula mengadu sakit lutut dan tak tahu bagaimana cara untuk hilangkan sakit itu.

Kenapa?

Sebab utama kepada masalah sakit lutut ialah rawan yang menjadi kusyen antara tulang, yang wujud di setiap sendi kita; menjadi haus. Menipis. Mungkin juga dah rosak. Seawal usia 20an rawan ni dah mula haus sedikit demi sedikit. Bila masuk usia 50an, setahun 1% haus. Bila sampai umur 60 dah 40% kurang.

Itu belum diambil kira faktor keaktifan kita, bagaimana kita guna semua tulang 4 kerat kita, gaya hidup kita dan sokongan dari segi pemakanan kita. Adakah habit kita itu semua memastikan rawan sentiasa terpelihara atau mempercepatkan lagi kehausannya? Perkara seperti ini biasanya dipanggil “wear and tear“. Kalau kaknjang, kaknjang kata haus lah.

Macam tapak kasut kita tu, semakin lama kita guna, semakin menipis, semakin haus tapak kasut. Kadang kala sampai dah tak de bunga lagi dah. Ada juga ketikanya di bahagian tumit tu tapaknya terus berlubang dan tidak lagi mampu melindungi kaki kita dari sebarang geseran dan hentakan.

3 perkara yang menerukkan lagi keadaan SAKIT LUTUT:

  • Osteoarthritis – kes haus tadi?. Kusyen dah tak de. Tulang bergesel! Sakit lutut. Sakit sendi. Semua sakit. Menurut Centers for Disease Control and Prevention, 14% remaja America seawal usia 24 tahun mengalami masalah ini. Selepas umur 65 tahun, 34%.
  • Obesiti. Ramai yang semakin meningkat usia, semakin meningkat berat badan mereka. Natijahnya, lutut tak larat nak tampung berat badan sendiri. Ditambah lagi dengan dengan haus rawan kat lutut tu, memang bergesel semua tulang sendi asbab nak tampung berat berlebihan. Ketahui kesan berat badan berlebihan terhadap kesihatan warga tua di sini…
  • Sarcopenia atau dalam bahasa en. leman, otot mengecut. Ini akan berlaku kepada semua kita seiring dengan usia; lebih-lebih lagi bagi mereka yang tak bersenam/bergerak. Otot di bahagian peha dan kaki bantu lutut untuk sokong bebanan berat badan kita. Bila otot semua dah kecut, sokongan itu sudah tiada. Tinggallah lutut sendirian yang menampung keseluruhannya berat badan. Ketahui punca dan kesan akibat pengecutan otot di sini…

Secara alami, memang tak dapat nak dielakkan bila masuk bab haus tulang rawan yang menjadi pelapik antara sendi, kusyen antara sendi. Ini penyakit biasa ketika tua. Sebabnya, macam kasut yang KakNjang andaikan tadi, tulang dan sendi ni kita guna setiap hari untuk bergerak. Memang akan ada wear and tear walau sesedikit zarah sekali pun.

Namun apa yang kita boleh buat ialah, kita boleh bantu sokong pelihara rawan yang lebih sihat dan otot yang lebih kuat.

Bagaimana cara kurangkan sakit lutut?

Memang senang nak cakap. Pastikan badan kekal sihat dan kuat. Tapi nak menjayakannya adalah sangat-sangat memeritkan.

Bagaimana nak pastikan badan kekal sihat dan kuat?

  1. Kurangkan berat badan! Tak perlu banyak turun kg nya. 5% dari berat sekarang sudah mencukupi untuk merasakan perubahan impak pada lutut. Dari situ baru bina kekuatan dan semangat untuk teruskan penurunan berat badan secara sihat.
  2. Jaga pemakanan. Makan makanan seimbang. Pemakanan yang sihat. Utamakan makanan yang memberi kita sumber protein (perbaiki sel dan pembentukan sel baru), kalsium (kuatkan tulang), omega3 (kurangkan sakit/anti radang) dan kolagen (gantian rawan pada sendi). Jika rasa pemakanan tak berapa nak cukup zat dan vitamin, boleh topup dengan suplemen tertentu. Contohnya, CoQ10 untuk tenaga. Nak lengkapkannya kita perlu makan 3kg daging setiap hari. Boleh? Tentu tidak.
  3. Bersenam! Bergerak. Gaya hidup yang lebih sihat. Sakit lutut pun kena bersenam untuk kurangkan sakit lutut itu. Ada lah caranya. Senaman perlu untuk bantu kurangkan kesakitan, kuatkan otot dan bina otot baru tanpa lemak.

Nak tua dengan sihat kan?

Eat Well! Live Well! Be well!

Jom tua sihat dengan KakNjang.

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *