Luka Ketika Bersalin Cepat Sembuh Dengan Suplemen Shaklee

Luka Ketika Bersalin Cepat Sembuh Dengan Shaklee

Proses paling banyak yang berlaku dalam tubuh kita ialah proses penyembuhan atau pemulihan. Bermula dari penghasilan sekecil-kecil platelet dan makrofag, sehinggalah ke pembangunan semula extracellular matrix dan salur darah. Untuk tujuan tersebut, tubuh memerlukan sekurang-kurangnya 20 jenis vitamin dan 16 mineral surih yang berbeza. Multivitamin dan multimineral ini seeloknya diperolehi dari pemakanan kita. Boleh dilengkapkan dengan pengambilan dalam bentuk suplemen. Vitamin dan mineral yang lengkap ini boleh dimanfaatkan oleh mereka yang mengalami kecederaan atau luka luar atau dalam seperti pembedahan, bersalin, kecederaan ketika bersukan atau kemalangan.

set berpantang shaklee menyediakan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu untuk sembuh luka ketika bersalin
Set Berpantang Shaklee menyediakan ibu yang baru melahirkan dengan semua vitamin dan mineral yang diperlukan untuk baikpulih tubuh luar dan dalam, juga penghasilan susu ibu yang berkualiti untuk penyusuan bayi.
Warga Emas kekurangan 9 nutrisi berikut

Luka ketika melahirkan boleh jadi hanya pada torehan untuk bukaan laluan bayi dilahirkan. Luka ketika melahirkan juga mungkin adalah kerana melahirkan melalui pembedahan. Bagaimana pun cara anda melahirkan, luka tetap ada. Kecil atau besar, luar atau dalam, nampak atau tidak, lukanya tetap ada.

Atas sebab itulah adanya tempoh berpantang supaya kita ada masa untuk merawat luka tersebut dengan baik, dan kembali sihat seperti sediakala.

Tidak kira di mana jua luka tersebut, yang paling penting ialah untuk kita jaga bahagian luka tersebut agar sentiasa bersih dan kering sebelum disapu dengan antiseptik. Itu untuk luarannya. Untuk dalaman, pemakanan adalah segalanya!

Cepatkan Sembuh Luka Ketika Bersalin dengan Pemakanan yang Baik

  • Rancang makanan dan makanan ringan yang sihat dan seimbang yang merangkumi jumlah makanan yang tepat dari semua kumpulan makanan MyPlate / PingganSihat / Suku-suku-separauh – protein, buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan biji-bijian.
  • Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C, seperti strawberi atau bayam. Untuk zink yang mencukupi, pilih bijirin penuh dan gunakan protein, seperti telur, daging, tenusu atau makanan laut. Beberapa luka mungkin memerlukan pengambilan vitamin dan mineral tertentu yang lebih tinggi untuk menyokong penyembuhan.
  • Ambil protein yang mencukupi sepanjang hari. Pastikan ada protein dalam setiap hidangan atau makanan ringan. Menu contoh boleh merangkumi telur hancur untuk sarapan, nasi dan ikan untuk makan tengahari, yogurt atau keju untuk makanan ringan dan sup ayam semasa makan malam.
  • Kekal hidrasi dengan air atau minuman tanpa gula.
  • Bagi penghidap diabetes, kawal kadar gula dalam darah untuk membantu mencegah luka daripada melarat dan untuk menyokong penyembuhan dan pemulihan.

Kalori yang mencukupi juga sangat penting untuk sembuh dari sebarang kecederaan atau luka dengan cepat. Makan! Cuba untuk dapatkan 30-35 kalori untuk setiap kilogram berat tubuh pesakit. Untuk kes kurang berat badan dan obesiti, adjust accordingly!

Cara mudah untuk lengkapkan keperluan protein ialah dengan mengambil protein shakes yang sedap!

Suplemen Untuk Cepatkan Sembuh Luka Ketika Bersalin

  1. Protein: Penting dan perlu dalam pemulihan dan pembentukan sel baru.
  2. Vitamin C: Cegah kerosakan sel, sokong pembentukan kolagen untuk baikpulih tisu rosak.
  3. Vitamin A: Kawal keradangan di kawasan luka, mebentuk lapisan pelindung di kawasan luka.
  4. Zink: Mempercepatkan penyembuhan sel.
  5. Karbohidrat: Bekerjasama dengan protein, memberi tenaga kepada tubuh dan sel di kawasan yang luka untuk penyembuhan segera.
set luka bersalin shaklee menyediakan vitamin dan mineral minima yang diperlukan oleh ibu untuk sembuh luka ketika bersalin
Fokus kepada penyembuhan luka, set bajet ini dapat membantu ibu sembuh dari luka ketika bersalin dengan cepat.

Sumber Rujukan:
EatRight.org
AdvancedTissue.com

MDLinx.com
ShieldHealthCare.com

Saranan KakNjang:

Walaupun pengambilan vitamin larut air (seperti vitamin C dan B) yang berlebihan akan disingkirkan melalui kencing, pengambilan vitamin larut lemak (seperti vitamin A,D, E, K) secara berlebihan akan memudaratkan dan menjadi toksik kepada tubuh.

Oleh itu, paling tidak, baca label pada botol vitamin anda. Lebih baik, dapatkan konsultasi terbaik dari pengedar suplemen anda tentang dos setiap suplemen yang diambil.

Suplemen Shaklee adalah terbukti secara saintifik dan klinikal, selamat dan berkesan. Penggunaan mengikut saranan pada label setiap botol Shaklee adalah selamat.

Untuk tempahan suplemen Shaklee, anda boleh terus hubungi KakNjang secara WhatsApp di 0196686767.

Atau anda boleh layari sendiri laman web Shaklee untuk maklumat lanjut. Jika mahu, anda boleh terus daftar sebagai ahli dan terus membuat belian pada harga ahli.

Klik untuk daftar di sini…

Semoga perkongsian KakNjang kali ini memberi manfaat buat semua.

KakNjang Azura Abdul
Rakan Sihat Anda!
019-668 6767
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang

Pengedar Shaklee Malaysia


  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *