Vitamin Untuk Kurangkan Keradangan Dan Sakit Sendi

vitamin untuk kurangkan sakit sendi | Azura Abdul

Dalam menuju Penuaan Sihat, perkara yang paling penting untuk kita urus ialah sakit-sakit sendi sana sini. Ya. Sakit sendi terutama sakit sendi pada lutut ni boleh diurus InSyaaAllah. Hari ini KakNjang nak kongsi sedikit bagaimana KakNjang uruskan sakit-sakit sendi, sakit lutut, sakit buku lali BangNjang dan KakNjang sendiri.

Untuk luaran biasanya KakNjang lakukan tuam panas (apply warm compression) dengan menggunakan microwaveable tungku moden.

Tuam panas dapat membantu aliran darah yang lebih baik ke bahagian yang sakit tersebut. Kesakitan dapat dikurangkan sedikit dan tubuh rasa lebih selesa.

Boleh dapatkan microwaveable tungku meden tersebut di sini!

Untuk dalaman, terdapat beberapa vitamin yang KakNjang dan BangNjang sendiri amalkan untuk kurangkan keradangan dan sakit sendi.

Keradangan berlaku akibat dari tindakbalas sistem pertahanan badan kita terhadap trauma, sakit mahupun tekanan (stress). Namun begitu, keradangan juga boleh terjadi akibat dari pemakanan yang tidak sihat dan gaya hidup kita. Oleh itu, makanan anti-radang, bersenam, tidur yang berkualiti dan pengurusan stress sangat membantu dalam masalah pain management ini. Dalam banyak kes, pengambilan suplemen bagi menyokong pain management adalah sangat-sangat membantu.

Beberapa Vitamin Dan Suplemen Untuk Kurangkan Keradangan Dan Sakit Sendi Sakit Lutut

B Complex Untuk Kurangkan Kesakitan (Pain Killer)

B Complex biasanya digunakan secara solo atau sering kali juga digabungkan kegunaannya bersama-sama ubatan lain sebagai pain killer. B Complex juga telah terbukti untuk mengurangkan tempoh kesakitan bagi kes-kes seperti kerosakan saraf, sakit belakang dan senggugut.

Rujukan: LiveStrong.com | SciELO.br

Omega-3 Untuk Kurangkan Keradangan Sendi

Omega-3 sangat penting untuk penuaan sihat. Omega-3 dapat membantu dalam kurangkan keradangan dan kesakitan yang berkaitan dengan kencing manis, sakit jantung, kanser dan lain-lain lagi. Ada kajian mendapati 59% daripada 250 orang pesakit degenerative disc berjaya beralih dari ubat tahan sakit NSAIDs kepada minyak ikan omega-3.

Rujukan: HealthLine.com | MedicalNewsToday.com

Boswellia Untuk Kurangkan Sakit Dan Keradangan

Boswellia atau juga dikenali sebagai Indian Frankincense, sejenis pokok yang tumbuh di Timur Tengah, hutan Afrika dan India. Diklasifikasikan sebagai herba ayuverda, boswellia mempunyai sifat anti-radang dan pain killer. Boswellia juga membantu mengurangkan pengecutan rawan. Ini sangat-sangat membantu mereka yang menderita sakit sendi. Ada kajian mendapati boswellia juga membantu mereka yang selalu sakit kepala, kurang sakit kepala.

Rujukan: VeryWellHealth.com | MedicalNewsToday.com | WebMD.com

Resveratrol Untuk Sakit Sendi

Resveratrol merupakan antioksida hebat yang didapati dalam buah dan sayur berkulit ungu. Resveratrol dapat mengurangkan keradangan bagi mereka yang ada sakit jantung, kencing manis, gastrik, ulser dalam perut dan banyak lagi. Kajian juga mencadangkan resveratrol untuk mereka yang ada sakit sendi.

Rujukan: HealthLine.com |WebMD.com

Magnesium Untuk Sakit Saraf dan Sendi

Magnesium telah lama digunakan dalam perubatan bagi mengurangkan kesakitan untuk pesakit saraf akibat kanser dna kencing manis. Magnesium juga memang terkenal dalam keberkesanannya mengurangkan sakit otot, merehatkan otot.

Rujukan: NCBI.nlm.nih.gov | PsychologyToday.com

Glucosamine Dan Chondroitin Untuk Kesihatan Sendi

Glucosamine sangat membantu untuk kurangkan sakit sendi. Biasanya glucosamine diambil bersama-sama chondroitin. Chondroitin juga membantu kurangkan sakit sendi dan gerakan sendi yang lebih baik. Chondroitin merupakan komponen utama dalam tisu-tisu penghubung pada tulang dan rawan.

Rujukan: WebMD.com | VeryWellHealth.com

Saranan KakNjang

Bila bercakap tentang vitamin tambahan atau suplemen, jangan sekadar tangkap muat sahaja. Carilah jenama yang berkualiti dari pengeluar yang dipercayai terbukti berkesan. Kalau tanya KakNjang, tentulah KakNjang pilih Shaklee. Video berikut menerangkan kenapa KakNjang pilih Shaklee selama ini…

Vitamin Shaklee Untuk Kurangkan Keradangan Dan Sakit Sendi Sakit Lutut

Supplements for pain management by Azura Abdul

Vitamin Shaklee yang KakNjang gunakan bersama BangNjang untuk pain management kami:

  • BComplex with Folic Acid: Bekalkan BComplex untuk kurangkan rasa sakit dan fungsi saraf yang sihat.
  • OmegaGuard: Bekalkan Omega-3 untuk kurangkan keradangan pada sendi.
  • Pain Relief Caplet: Bekalkan ekstrak Boswellia untuk mengurangkan keradangan sendi dan kurangkan rasa sakit.
  • OsteNutrix: Bekalkan magnesium untuk mengurangkan kesakitan saraf dan merehatkan otot.

ResV for pain management | Azura Abdul

ResV merupakan upgraded version of VIVIX, dalam bentuk capsule, tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. ResV membekalkan resveratrol untuk membantu dalam pain management regime kami dalam bentuk yang lebih praktikal.

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *