Situasi Semasa Jangkitan COVID-19 di Malaysia

Situasi Semasa Covid-19 di Malaysia | Azura Abdul

Kenyataan Akhbar KPK 31 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 4,522 kes (166,049 kes kumulatif, 77.2%);
• Kes baharu : 5,298 kes (214,959 kes kumulatif);
• Kes import : 3 kes (2 warganegara, 1 bukan warganegara)
• Kes tempatan : 5,295 kes [3,406 warganegara (64.3%); 1,889 bukan warganegara (35.7%)];
• Kes aktif : 48,150 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 313 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 127 kes; dan
• Kes kematian :14 kes (760 kes kumulatif , 0.35%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,460 kes (46.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,907 kes (77.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 1,020 kes (19.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 783 kes (14.8 peratus).

Kes covid-19 5000 lebih 3 hari berturut-turut
Situasi semasa jangkitan COVID-19: 3 hari berturut-turut Malaysia mencatatkan lebih 5000 kes positif!

Situasi Semasa Jangkitan COVID-19 di Malaysia

Jumlah kes baharu pada hari ini adalah sebanyak 5,298 kes, yang merupakan kes harian ketiga tertinggi yang pernah dilaporkan oleh CPRC Kebangsaan KKM. Selama tiga (3) berturut-turut, negara kita telah digemparkan dengan kes harian baharu melebihi lima ribu sehari. KKM ingin mengesahkan bahawa, situasi ini disebabkan oleh pelaporan lewat kes-kes ke CPRC Kebangsaan KKM termasuk kes-kes yang dikesan positif pada tahun 2020.

Peningkatan kes yang mendadak ini adalah disebabkan oleh saringan bersasar di tempat kerja, saringan kontak rapat, dan saringan kumpulan berisiko tinggi yang dijalankan secara besar-besaran di beberapa buah negeri. Namun begitu, kes-kes yang lewat dilaporkan ini telah diambil tindakan sewajarnya di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkenaan seperti pengasingan dan rawatan ke atas kes-kes positif, pengesanan kontak rapat serta pengesanan kes secara aktif.

Kelewatan Pelaporan

Terdapat juga kelewatan pelaporan menggunakan Sistem Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) oleh fasiliti swasta berdaftar misalnya klinik-klinik dan hospital-hospital swasta. Terima kasih kepada fasiliti swasta yang telah melaporkan kes segera menggunakan SIMKA, dan juga pengguna MySejahtera yang membuat laporan kendiri bagi memaklumkan status keputusan ujian COVID-19 mereka.

KKM akan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan agar isu isu kelewatan pelaporan kes-kes positif ini dapat ditangani dengan segera bagi membendung penularan COVID-19 di Malaysia.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di sini...

Anda adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang lebih serius!

Saranan KakNjang: Tingkatkan imuniti tubuh. Amalkan diet sihat yang seimbang.

Dalam situasi kes positif harian yang semakin meningkat ini, kita perlulah sama-sama tingkatkan imuniti tubuh dengan meningkatkan pengambilan vitamin C melalui pemakanan kita.
Kepentingan Vitamin C untuk Kesihatan Warga Tua
Warga tua antara golongan risiko tinggi terhadap jangkitan covid-19. Mereka juga berisiko kekurangan banyak zat dan vitamin termasuklah vitamin C. Pastikan keperluan nutrisi mereka lengkap.

Semoga bermanfaat buat kita semua. Penuaan Sihat Bermula Sekarang – Azura Abdul.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *