Bagaimana Vitamin C Kurangkan Sakit Lutut? | Azura Abdul

Biar betul! Makan vitamin C je dah boleh kurangkan sakit lutut? Sakit-sakit sendi semua hilang ke? Ops sekejap! Part ni kita kena perbetulkan dulu. Kurang dan hilang tu dua perkara berbeza ya. Menjelang usia 60 ke atas, sakit lutut ni dah jadi kebiasaan buat telinga kita. Biasa sangat kita dengar.

Sakit Lutut Di Usia Tua

Sakit lutut adalah antara penyakit yang sering datang pada usia tua.

Ianya disifatkan sebagai “wear and tear“. Jadi agak sukar untuk kita hilangkan terus sakit lutut ni.

Namun begitu, InSyaaAllah dengan ikhtiar kita menjaga pemakanan, amalkan suplemen yang betul dan jalani gaya hidup sihat, sakit lutut sakit sendi ni kita boleh kurangkan sedikit.

Baik! Soalan asal kita, bagaimana vitamin C ni boleh bantu kurangkan sakit lutut? Jom kita trace semula kepada perkara yang menyumbang kepada kesihatan sendi terutamanya lutut kita.

Lutut merupakan sendi terbesar yang terdapat pada tubuh seseorang manusia. Apa ada pada lutut?

Lutut menghubungkan peha dan kaki, dan terdiri dari 2 sendi. Satu yang menghubungkan femur dan tibia (tibiofemoral joint) dan satu lagi (patellofemoral joint) yang menghubungkan femur dan patella the tempurung lutut.

Struktur tendon dan ligamen pada lutut kita. Baca lagi di Wikipedia.

Struktur tendon dan ligamen yang kuat dan sihat memegang tulang belulang di antara sendi-sendi lutut bagi membolehkan kita melakukan gerakan dengan baik.

Apa ada antara tulang peha dengan tulang kaki pula?

Ketahui lebih lanjut tentang tulang rawan di sini…

Di setiap hujung tulang terdapat satu lapisan tulang rawan (cartilage) yang bertindak sebagai kusyen bagi menahan hentakan dan geselan antara dua tulang. Kusyen ini mampu ‘menyerap’ kesakitan yang hadir ketika geselan tersebut.

Apa yang membentuk tendon, ligamen dan rawan yang sihat?

Kolagen merupakan sejenis protein yang bertanggungjawab memastikan tendon, ligamen, tulang dan rawan kita kuat dan sihat. Dalam banyak-banyak protein yang terdapat dalam badan kita, kolagen paling banyak. 1/3 daripada protein yang kita ada ni adalah kolagen. Kolagen merupakan penyumbang terbesar kepada pembentukan otot-otot kita, termasuklah yang terdapat pada peha dan kaki kita. Rujukan di sini…

Malangnya, penghasilan kolagen dalam badan kita semakin berkurangan sejajar usia. Bukan sahaja penuaan, terdapat beberapa faktor lagi yang menyebabkan kita lebih cepat kehilangan kolagen dalam badan, seperti:

  • Faktor persekitaran – sinar UV, pencemaran alam sekitar
  • Gaya hidup tidak sihat – merokok, alkohol
  • Pemakanan tidak sihat – makanan tinggi gula merosakkan kolagen dalam tubuh

Bila kolagen mula berkurangan dalam badan, kita mula nampak kedut-kedut pada kulit, terutama kulit pada wajah. Sendi-sendi mula terasa sakit, terutama pada lutut. Ini mungkin sebab tulang rawan telah menipis atau haus terus dan tiada lagi kusyen bagi menyerap hentakan antara dua tulang. Dan sendi-sendi juga dah mula terasa kaku ketat susah nak bergerak, otot-otot pun sering kali kejang sana sini. Rujukan di sini…

Gabungkan Vitamin C dan Kolagen!

Penyelesaian untuk kurang kolagen dalam tubuh ialah dengan mengambil kolagen dalam bentuk suplemen.

Namun untuk penghasilan, pembentukan dan mengukuhkan struktur kolagen dalam tubuh, vitamin C sangat-sangat diperlukan.

Jika memilih untuk tidak mengambil suplemen kolagen, kita perlu makan sejumlah makanan yang mempunyai nutrisi penting untuk penghasilan kolagen secara semulajadi. Baca lagi di sini…

Untuk yang masih muda belia, pemakanan sahaja mungkin mencukupi. Namun bagi yang dah berusia, serapan nutrisi juga berkurangan, pengambilan suplemen mungkin penyelesaian yang lebih efektif.

Vitamin C sokong pembentukan dan struktur kolagen. Baca lagi di sini…

Nampak tak bagaimana Vitamin C menyokong Penuaan Sihat?

Dalam menuju penuaan sihat, perkara paling penting adalah untuk pastikan kita bebas bergerak tanpa kesakitan sana sini, boleh menguruskan diri sendiri dan boleh melakukan aktiviti kegemaran setiap hari. Untuk itu, kesihatan sendi sangatlah penting.

Vitamin C sangat-sangat diperlukan bagi memulakan langkah untuk tingkatkan kesihatan sendi seperti yang dibincangkan di atas.

Namun, ramai yang tidak dapat mencukupkan keperluan vitamin C harian mereka melalui pemakanan sebab:

  • tidak mengamalkan diet sihat seimbang
  • tiada selera makan
  • faktor usia, kurang serapan nutrisi

Dalam keadaan ini, vitamin C perlu diambil dalam bentuk suplemen seperti Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua pembaca.

KakNjang Azura Abdul
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Penuaan Sihat bermula dengan vitamin C

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *