Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan | Azura Abdul

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

Apa itu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan?

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan merupakan usaha Kerajaan Malaysia untuk mewujudkan herd immunity dalam mengekang masalah penularan COVID-19 di Malaysia masa kini. Strategi kita adalah untuk memberikan vaksin COVID-19 ini secara percuma kepada seramai mungkin penduduk di Malaysia, warganegara dan bukan warganegara.

Apa itu vaksin?

Vaksin mengandungi antigen yang berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan tubuh dan membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

Vaksin COVID-19 pula adalah khusus kepada jangkitan penyakit koronavirus SARS-CoV-2 atau nama glamor nya COVID-19.

Sejarah Penggunaan Vaksin di Malaysia

Sejak awal 1950-an, vaksin diberikan melalui Program Imunisasi Kebangsaan bagi melindungi rakyat daripada penyakit cegahan vaksin.

Sehingga kini, 11 jenis vaksin bagi mencegah 13 jenis penyakit cegahan vaksin diberikan kepada kanak-kanak iaitu Tuberkulosis, Hepatitis B, Difteria, Tetanus, Batuk Kokol (Pertussis), Polio, Haemophilus Influenza Jenis B (Hib), Demam Campak (Measles), Rubella, Beguk (Mumps), Pneumokokal, Japanese Encephalitis (JE) dan Human Papillomavirus (HPV).

Selain itu, vaksin Meningokokus diwajibkan untuk melindungi semua jemaah haji dan umrah Malaysia.

Sumber: KKM

Bagaimana vaksin COVID-19 dihasilkan dengan cepat?

Usaha pembangunan vaksin dimulakan secara intensif sejurus selepas kod genetik virus dikongsikan oleh penyelidik dari China pada Januari 2020.

Pertama kali dalam sejarah dunia, pembangunan vaksin dapat dipercepatkan menerusi pelaburan besar-besaran di peringkat global oleh pelbagai pihak sama ada menerusi negara, badan dunia, syarikat farmaseutikal serta individu.

Kepesatan pembangunan vaksin ini juga adalah hasil daripada kajian-kajian terdahulu mengenai patogen-patogen yang pernah mencetuskan pandemik, epidemik dan endemik seperti Virus Nipah, Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) dan Middle East Respiratory Syndrome (MERS)

Sumber: JKJAV

Apakah fatwa JAKIM tentang vaksin COVID-19?

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan. Penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak malah hukum penggunaannya telah bermula sejak tahun 1988 lagi.

Selain Malaysia, institusi fatwa dunia lain turut memfatwakan keharusan penggunaan vaksin, antaranya adalah institusi terkemuka di Al-Azhar Al-Sharif; Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu; dan Majma’ Fuqaha’ Al-Shari’ah Amerika Syarikat.

Sumber: Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM)

Adakah vaksin COVID-19 mematuhi peraturan undang-undang negara?

Ya, vaksin COVID-19 dikawal selia dan mematuhi akta-akta berikut:

  • Akta Racun 1952 (Akta 366) dan Peraturan- peraturannya
  • Akta Jualan Dadah 1952 (Akta 368) dan Peraturan- peraturannya
  • Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984
  • Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342)

Sumber: KKM

Maka dengan ini, kita sebagai rakyat Malaysia tidak perlu lagi berasa was-was tentang status halal haram vaksin COVID-19 yang dibawa masuk oleh Kerajaan Malaysia untuk kita semua.

petikan dari booklet Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Garis Masa Perolehan Vaksin COVID-19 Malaysia

Vaksin Covid-19 Malaysia dari mana?

Sehingga Februari 2021, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin COVID-19. Daripada 5 pengeluar vaksin tersebut, vaksin daripada Pfizer-BioNTech telah memperolehi kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan NPRA pada 8 Januari 2021. Manakala 4 calon vaksin COVID-19 masih sedang diproses untuk kelulusan NPRA. Bekalan vaksin daripada kelima-lima pembekal ini akan diterima oleh Malaysia secara berperingkat bermula Februari 2021, tertakluk kepada kelulusan pendaftaran oleh PBKD.

Berikut adalah pembekal dan vaksin COVID-19 Malaysia:

petikan dari booklet Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Portfolio Vaksin COVID-19 Malaysia

Kenapa peratusan keberkesanan vaksin COVID-19 berbeza?

Keberkesanan, atau seberapa baik vaksin berfungsi dilihat melalui keupayaannya untuk melindungi individu daripada simptom penyakit Covid-19 melalui vaksinasi. Peratus keberkesanan berbeza mengikut cara kajian klinikal dijalankan, jenis vaksin, risiko penyakit pada sukarelawan dan pelbagai faktor lain. Walaupun peratusan keberkesanannya berbeza, 50% merupakan tahap minimum keberkesanan vaksin COVID-19 yang ditetapkan oleh WHO. Semua vaksin yang diluluskan oleh NPRA adalah selamat dan berkesan untuk digunakan di Malaysia.

Berikut adalah beberapa jenis vaksin yang ada:

petikan dari booklet Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Vaksinasi COVID-19 adalah secara sukarela dan percuma kepada semua penduduk Malaysia (warganegara dan bukan warganegara) berumur 18 tahun ke atas.

Pemberian Vaksin Covid-19 di Malaysia akan dilakukan dalam 3 fasa seperti jadual berikut:

FASA I
Februari – April 2021

Golongan Sasaran:
Frontliners dari petugas kesihatan kerajaan dan swasta, perkhidmatan penting dan pertahanan.

Jumlah Sasaran:
500,000 orang

FASA II
April – Ogos 2021

Golongan Sasaran:
Baki Fasa I, warga emas 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi (ada penyakit jantung, obesiti, darah tinggi, kencing manis dan OKU)

Jumlah Sasaran:
9.4 juta orang

FASA III
Mei 2021 – Februari 202
2

Golongan Sasaran:
Penduduk berumur 18 tahun ke atas (warganegara dan bukan warganegara)
Keutaman kepada mereka di zon merah, zon kuning dan kemudian zon hijau.

Jumlah Sasaran:
13.7 juta orang atau lebih

Jumlah keseluruhan sasaran penerima vaksin COVID-19 ialah 23.6 juta orang penduduk Malaysia. Ini bersamaan dengan 72% populasi rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya 70% daripada populasi diperlukan untuk mendapat herd immunity dan kita boleh dapatkan ini.

Artikel KakNjang sebelum ini… sekurang-kurangnya 70% perlu divaksinkan untuk kita capai herd immunity yang diinginkan. Baca lagi di sini…

Terdapat 5 cara pendaftaran vaksin COVID-19:

  1. Melalui aplikasi MySejahtera (paling mudah).
  2. Melalui talian hotline yang bakal diberitahu kelak.
  3. Pendftaran di klinik dan hospital.
  4. Menerusi laman sesawang www.vaksincovid.gov.my
  5. Program bantuan (outreach) bagi kawasan luar bandar & pedalaman.

Apakah Kesan Sampingan Vaksin COVID-19?

Setakat yang dilaporkan, kesan sampingan vaksin covid-19 adalah ringan dan bersifat sementara. Namun berikut disenaraikan apakah kesan sampingan vaksin COVID-19 yang kerap dilaporkan:

  • sakit / bengkak / kemerahan di tempat suntikan
  • penat
  • sakit kepala
  • menggigil
  • sakit sendi
  • demam
  • loya
  • rasa tidak sihat
  • bengkak kelenjar limfa
  • kesan sampingan yang mungkin dilapor dari semasa ke semasa

Anda golongan sasaran yang mana satu? Frontliners? Warga tua? Yang berpenyakit? Atau belia remaja 18 tahun ke atas? Tidak kira dalam golongan mana kita berada, apa yang sangat penting sekarang ini ialah untuk memastikan diri dan keluarga mempunyai imuniti yang tinggi sementara menanti hari untuk terima vaksinasi covid-19.

Bagaimana untuk tingkatkan imuniti diri? Melalui 3 langkah berikut:

  1. Jaga pemakanan sihat seimbang. Ini adalah kerana sumber nutrisi, vitamin dan mineral sepatutnya datang dari pemakanan harian kita.
  2. Bersenam 30 minit setiap sesi, 5 kali seminggu. Ini sangat penting kerana bersenam melancarkan aliran darah ke seluruh badan. Dan dalam masa yang sama menghantar segala nutrisi ke tempat masing-masing.
  3. Amalkan pengambilan suplemen yang bijak. Kajian ada menunjukkan yang 95% dari rakyat Malaysia dewasa tidak makan sayur dan buah yang cukup. Bagi melengkapkan keperluan harian nutrisi, perlulah mengamalkan suplemen yang sesuai.

Dalam situasi pandemik COVID-19 sekarang ini, paling glamor ialah vitamin C, bertujuan untuk tingkatkan imuniti tubuh. Namun, apa lagi yang diperlukan oleh tubuh untuk pastikan sistem pertahanan tubuh pada tahap optimum? Ikuti cadangan pakar perubatan di sini…

Penuaan Sihat bermula dengan vitamin C

Jangan lupa untuk mendaftar penerimaan vaksin COVID-19 di aplikasi MySejahtera anda. Walaupun secara sukarela, kita perlu capai sasaran melebihi 70% populasi di Malaysia divaksinkan untuk dapat the herd immunity! Jom mainkan peranan masing-masing.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *