Berat Tak Turun, Salah Penimbang Tu Ke?

Berattak turun salahkan penimbang

Ramai yang berusaha untuk kurangkan berat badan. Tapi berat tak turun turun juga. Kecundang di tengah jalan. Semakin berumur, berat semakin bertambah. Pada hal tak de ubah cara makan, corak aktiviti pun. Semua sama saja seperti sebelum-sebelum ini. Kat mana salahnya? Sebabnya, semakin berumur, semakin rendah kadar metabolisma tubuh kita.  Tetapi salahnya pula ialah corak pemakanan dan gaya hidup kita tidak mengikut rentak penurunan metabolisma itu. Atas sebab itulah perkara biasa untuk kita-kita yang dah memasuki era 40an alami peningkatan berat badan yang sangat ketara.

Faktor peningkatan usia mungkin sebab pertama kita gagal kawal berat badan bila usia semakin meningkat. Tetapi perkara yang lebih penting yang menyumbang kepada kegagalan itu ialah ikut-ikutan. Buat sesuatu tanpa ilmu, sekadar ikut apa orang kata.

Orang kata nak kurus kena minum banyak air. Jadi, kita pun minum air macam yang orang tu kata. Tak de apa beza pun. Berat makin naik ada lah.

Ada orang lain kata kena bakar banyak lemak. Lemak dah tebal ni. Kena makan pil itu ini. Kita pun makan. Seminggu tu macam ok. Bila pil tu semua dah habis, berat naik semula. Makin menjadi-jadi ada lah.

Kau tak bersenam ni, kata lagi seorang. Maka bersenamlah kita dalam keadaan yang sangat tak tahu apa-apa. Buat sekadar orang itu suruh. hasilnya badan sangat letih sampai kadang tu nak tidur pun susah. Berat tetap tak turun-turun jugak

Tu yang kadang-kadang rasa macam nak lepuk je penimbang tu. Rasa nak tembak terus penimbang tu pun ada.

Di mana silapnya?

Tak de silap kat mana-mana. Cuma tak cerita habis aje. Bab air, bakar lemak dan penurunan berat badan ni kita kena tengok sebagai satu entiti. Setiap satu menyumbang kepada keberjayaan antara mereka.

Macam mana tu KakNjang? Ni semua fakta. Sila Google sendiri untuk kepastian. KakNjang cerita semula berpandukan pemahaman KakNjang dari rujukan yang telah dibuat.

Kisah Lemak
Lemak yang terkumpul dalam badan kita sebenarnya ialah lebihan kalori yang kita makan tapi tak digunakan. Tak kiralah mana datangnya kalori tu, samada dari protein, karbohidrat, buah, sayur, kuih muih, kek, coklat, aiskrim apa sahaja yang kita makan, sekiranya jumlah kalori yang kita makan itu melebihi jumlah kalori yang kita bakar, lebihan kalori itu akan tersimpan di dalam badan kita sebagai lemak. Sekilo lemak bersamaan dengan 7,700 kalori. Jadi, nak turun 1kg kita perlu bakar sejumlah 7,700 kalori atau ambil makanan kurang dari 7,700 kalori secara total.

Kisah Air
Apa yang penting sangat air ni? Air merupakan perkara paling asas dalam semua tindakbalas kimia dalam badan kita, termasuklah dalam proses pembakaran lemak. Air ni merupakan transporter kepada nutrien untuk semua perkara dalam badan kita bermula dari apa yang masuk sehinggalah apa yang keluar atas bawah kiri dan kanan. Kita boleh hidup selama 30-40 hari dengan air semata-mata, tapi tanpa air kita mungkin tak akan hidup selepas 3 hari. Bila kita tak minum air secukupnya, tubuh tidak mampu untuk berfungsi dengan efisyen. Jika cecair yang kita minum hanyalah kopi, teh, soda, jus buah tipu atau minuman-minuman yang sama waktu dengannya, sel tubuh akan menjadi kering, dehydrated, tak cukup bendalir. Untuk mengimbangi keadaan ini, metabolisma akan dilambatkan. Metabolisma yang perlahan dengan ketidakcukupan air akan menghalang pembakaran lemak.

Kisah Penurunan Berat Badan
Penurunan berat badan yang sihat akan kita capai bilamana tubuh yang mempunyai nutrisi yang cukup dibekalkan dengan air yang cukup. Air merupakan transporter kepada nutrisi yang diperlukan dalam semua fungsi dalam tubuh. Jika nak turunkan berat badan, fokus untuk ambil kalori tidak lebih dari 1200-1500 jika anda wanita; dan tidak lebih dari 1500-1800 jika anda lelaki.

Makanan yang diambil pula perlulah dari buah-buahan dan sayur-sayuran segar, protein yang bagus tanpa lemak seperti ESP – serbuk soya NON-GMO Shaklee, karbo kompleks dan asid lemak perlu yang bagus – omega 3.

Minum 2-2.5L air setiap hari untuk pastikan semua nutrien yang dimakan tadi tu sampai ke semua lokasi dalam tubuh dan melaksanakan semua proses dengan efisyen termasuklah proses penyingkiran toksin, penyingkiran air lebihan dan juga pembakaran lemak.

Bila cerita pasal minum lebih air, kita perlu ingat bahawa air tidak mempunyai nutrien yang cukup dan lengkap untuk semua organ dan sel dalam tubuh kita berfungsi dengan sempurna. Bila fokus hanya kepada penurunan berat badan, kita akan cenderung untuk tidak makan dan hanya minum sahaja. Ini sangat tidak sihat terutama jika kita tidak bekalkan tubuh dengan nutrisi perlu oleh tubuh lebih dari 24 jam. Bila ini berlaku, metabolisma kita akan jadi perlahan, begitu juga proses pembakaran lemak. Dah le tak cukup tenaga, kita kena kerja lebih keras untuk bakar lebih banyak lemak.

Jadi, apa yang KakNjang nak cerita sebenarnya?

  1. Nak kurus kita kena makan.
  2. Fokus kena tukar sikit. Bukan kurus, tapi sihat.
  3. Beri masa untuk badan rehat dan berfungsi dengan baik melalui cukup air dan nutrisi.

Itu semua kita boleh bincang. Jangan lepuk mesin penimbang tu dulu. Biar dia rehat kejap.

KakNjang tanya satu soalan.

Nak kurus atau nak sihat?

Apa pun pilihan anda, KakNjang sangat-sangat cadangkan anda jaga dulu kesihatan perut anda. Jika rasa perlu ambil sebarang pemakanan tambahan atau set kurus mana-mana jenama, KakNjang cadangkan anda semua DETOX dulu supaya penyerapan pemakanan tambahan atau nutrisi dari set kurus yang diambil lebih berkesan.

Detox Cara Shaklee akan mendidik kita kawal selera makan dan kawal kuantiti makan secara semulajadi.

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *