Jangan Melampau. Istiqamah Itu Lebih Utama

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti biasa; nota untuk diri sendiri. Jika bermanfaat, sila kongsikan. Jika tidak, abaikan. Istiqamah itu lebih utama!

Dalam melakukan sesuatu, jangan terlebih buat. Terutama sekali bila apa yang kita buat tu akan melibatkan kekacauan dan gangguan terhadap tanggungjawab. Kadang-kadang tu, sesuatu perkara itu kita lakukan atas asbab ikut-ikutan sehingga kadang-kadang menyebabkan tumpuan kita terhadap tanggungjawab yang hakiki beralih arah. Lain orang, lain tanggungjawabnya. Lain orang, lain kepentingannya. Lain orang, lain fokus kehidupannya. Lain orang, lain matlamat hidupnya.

Ukur baju di badan sendiri. Selalunya KakNjang kalau dah ukur, akan memilih one size up. Margine for error. Supaya tidak terlalu stress dan terkejar sana sini.

Kita ibu anak empat, tak kan dapat samakan dengan mereka yang masih single mingle. Tanggungjawab, stress, ekonomi, rutin dan matlamat  hidup yang sangat berbeza. Jika mereka boleh berlari 5km sejam, kita mungkin akan mengambil masa lebih dari itu.

Tidak kiralah apa pun yang kita buat atau nak buat, always back to square one. Kaji kekuatan dan kelemahan diri. Apa yang kita nak dalam hidup ini. Selain menuju akhirat yang abadi, matlamat hidup di dunia ini juga perlu kita corakkan. Tidak tahu, tiada ilmu dalam sesuatu hal bagi mencapai matlamat itu, belajar.

Kalau matlamat hidup kita ialah untuk happy dengan anak-anak, jangan abaikan masa yang ada  dengan anak-anak. Sementara ada masa, gunakan sebaiknya. Kecil mereka sekejap cuma. Kalau sibuk mengejar sesuatu sekarang, contoh nak kumpul harta, keluar dari rumah sebelum anak bangun, baliknya pula selepas anak dah tidur. Alasan nak kumpul duit so that nanti boleh guna dengan anak-anak.

By the time duit dah banyak, kita dah mula sakit-sakit, anak-anak dah ada kehidupan mereka masing-masing. Semua dah besar panjang. Entah bila first time period mereka pun kita tak tau. Bila first time naik basikal tanpa training wheels pun kita tak perasan, tetiba je dah boleh naik motor. Bila ada masalah di sekolah, kita tak pernah ada di rumah untuk mereka ceritakan dan kongsi suka duka. Duit yang menimbun tak kan dapat kembalikan semua masa tu. Berlalu macam air sungai.

Apa yang sepatutnya kita lakukan?
Jaga keseimbangan 5 perkara:

  • Hubungan kita dengan Yang Maha Mencipta.
  • Hubungan kita dengan kerja/tanggungjawab.
  • Hubungan kita dengan orang sekeliling – jiran, rakan, keluarga jauh.
  • Hubungan kita dengan keluarga terdekat.
  • Hubungan kita dengan diri sediri.

Macam mana nak jaga tu, masing-masing tentu ada cara masing-masing. Fikirkan sendiri keseimbangan yang anda kononnya dah bina. Di mana kurang? Di mana yang terlebih?

Contoh lain. Kita dah berlebihan berat badan bertahun lamanya. Jangan lah impikan penurunan berat badan dalam masa 3 hari. Petik jari esok hilang 10kg. It doesn’t work that way. Belajar apa punca berat badan bertambah dan cuba elakkan. Belajar macam mana nak turunkan berat badan dan amalkan. Be realistic. Berikan masa untuk kita adapt dengan rutin baru, gaya hidup baru, cara makan baru untuk mencorak dan membentuk the new you. Jangan ikut orang. Belajar untuk diri sendiri.

Jadi, tak perlu ekstreem di dalam sesuatu hal. Apa yang penting ialah ISTIQAMAH. Biar sedikit, tetapi kita mampu lakukannya secara berterusan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *