Protein Soya Untuk Wanita Yang Sibuk

Kenapa Pentingnya Protein Soya Untuk Wanita Yang Sibuk?

Bila kaum hawa ni dah mula beranak pinak, macam-macam watak kita boleh nampak. Ada masa dia nampak ayu sangat, ada masa tetiba dia dah jadi mak kau hijau!
 
Kita-kita ni yang mana ‘perempuan’lah memang akan fokus kepada selain diri sendiri. Memang tak de masa nak fokus kepada diri sendiri.
 
Kalau wanita yang bekerjaya, awal-awal pagi dah bangun nak siapkan itu ini untuk semua orang dalam rumah, baru lah ada masa utk diri tu siap ke ofis. Tengahari anak-anak diuruskan oleh khidmat transit. Balik kerja terus balik rumah untuk sediakan makan malam dan berkemas itu ini mana yang sempat. Kadang tu lewat malam baru boleh landing atas katil.
 
Bagi yang tidak bekerja di ofis, cabaran dia lebih hebat. Sebab what’s in between 9-5 tu semua dia akan buat sendiri. Uruskan anak-anak balik dan ke sekolah semula untuk kelas agama atau ko-kurikulum, hantar tusyen, masak, mengemas, mendobi… Ada yang bekerja dari rumah perlu uruskan kerjanya juga sambil uruskan apa yang di rumah.
 
Hmmm… kaknjang faham sangatlah dengan semua-semua ni… sebab kaknjang pun dah memang pernah sampai ke tahap jadi incredible hulk dah! Addeh… itu sebelum mula berShaklee la.
 
Bila mula kenal Shaklee, kaknjang mula dengan ESP – soy protein dan Ostematrix – more than calcium-magnesium. Tapi hari ni nak cerita pasai ESP saja. 
 
Bila dah mula berESP, energy level jadi up sikit. Bila lebih bertenaga, mood pun boleh bertukar. Buat kerja/tugas tak de lah grumpy sangat. Penat tu memang lah penat tapi masih boleh senyum towards the end of the day.
 

Apa sebenarnya kebaikan ESP – protein soya ni kepada kaum hawa?

 

1 – Menggalakkan Kulit Sihat Berseri

Bila kita ambil protein soya yang berkualiti tinggi, kandungan asid amino perlu yang lengkap mampu membantu pertumbuhan kulit yang sihat dan berseri-seri.
Protein soya berkualiti tinggi mempunyai isoflavon yang mimik aktiviti estrogen yang membantu menjadikan kulit kelihatan lebih muda. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon dari protein soya bantu menganjalkan kulit.
 

2 – Menguatkan Rambut Dan Kuku

Rambut keghing keghesiau, rambut gugur, kuku rapuh ni semua disebabkan oleh pemakanan kita yang tak cukup nutrisi terutamanya protein berkualiti tinggi. 
 
Tanpa asid amino yang lengkap, tubuh tidak mampu menghasilkan keratin yang cukup. Hasilnya – rambut dan kuku mula menipis dan rapuh.
 

3 – Meredakan Gastrik

Bila sibuk dan sikap yang lebih mementingkan orang lain berbanding diri sendiri, kaum hawa ni akan menghalalkan termissed time makan. Sekali dua tu ok. Tapi bila itu dah jadi kebiasaan, perut akan jadi tidak menentu. 
 
Ketidakhadaman, senak, kembung, sebu, gastrik semua tu mula jadi sahabat baik kita. Tak tinggal punya kita ni… ada je dia.
 
Protein soya yang terbaik mampu mengatasi semua masalah tu sebab senang nak sediakan dan kaum hawa boleh terus minum walau dalam kesibukan yang melampau.
 
Kajian juga menunjukkan pengambilan protein soya mampu mengurangkan rembesan asid gastrik dalam perut. Hasilnya – kurang gastrik. Perut lebih selesa.
 

4 – Sokong Kehamilan Yang Sihat

Kehamilan yang sihat sangat penting untuk ibu dan bayi yang dikandung. Menjadi sorang ibu yang sibuk tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mendapat nutrisi yang lengkap bagi menyokong kehamilan ini.
 
Sepanjang kehamilah, ibu perlukan protein yang cukup bagi menyokong pembesaran bayi dalam kandungan. Pengambilan protein yang cukup dan konsisten sepanjang kehamilan dapat membantu tingkatkan berat dan ketinggian bayi semasa kelahiran dan mengurangkan risiko bayi terlalu kecil, berat terlalu rendah ketika lahir.
 

5 – Menggalakkan Penghasilan Susu Badan

Susu ibu merupakan sumber makanan yang mebekalkan nutrisi terbaik untuk menyokong tumbesaran bayi.
 
Susu ibu kaya dengan antibodi yang membekalkan immuniti  pertama untuk usus bayi bagi menerima sumber makanan yang bakal diberikan.
 
Protein soya berkualiti tinggi dapat membantu memenuhi keperluan protein si ibu bagi menyokong penyususuan yang lebih berkualiti.
 
Malangnya ibu-ibu yang sibuk ni kerapkali mengabaikan pengambilan protein terbaik yang lengkap ketika mereka masih menyusu. Ini bakal mengganggu kualiti penyusuan bayi kerana tubuh si ibu tanpa asid amino perlu yang lengkap mengganggu penghasilan susu badan.

Itu antara sebab kenapa ESP sangat-sangat membantu kaum hawa untuk kekal aktif bertenaga walau berdepan dengan multi-tasking yang bercabang lima!

 
Nanti kaknjang cerita kenapa kena bagi ESP untuk Atok dan Nenek pula. Klik sini jika nak tahu kepentingan ESP untuk bapa. Siapa Perlukan Lebih Protein?
 
Sebelum tu, dah beli ESP? Kaknjang jual!
 
Boleh WhatsApp kaknjang 019.668.6767 
 
Atau klik pada link di bawah:
 
 
 
Yours sincerely;

Kaknjang – MomIsHome – Azura Abdul


 Klik untuk pembelian secara online.
Klik di sini untuk pembelian ESP secara online.

 

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *