Surirumah Lebih Cepat Tua Berbanding Dewasa Yang Lain

Surirumah Lebih Cepat Tua Berbanding Dewasa Yang Lain | Azura Abdul

Surirumah Lebih Cepat Tua Berbanding Dewasa Yang Lain! Statement mengundang kah ini? Hmmm terpulanglah kepada tafsiran masing-masing, tapi yang KakNjang nak bincangkan hari ini ada kaitan dengan Telomere dan Penuaan Sihat. Kalau belum baca, boleh baca di sini supaya kita sama-sama faham apa yang nak dibincangkan ni.

Isu ini mungkin dah lapuk to some. Tapi pada KakNjang, it’s an ongoing issue. Ramai yang menganggap jadi surirumah ni senang. Duduk rumah goyang kaki sahaja. KakNjang minta maaf lah ya. Bukan nak cakap besar, cuma nak bagi tau yang KakNjang juga pernah bekerja di pejabat sebelum bergelar fulltime surirumah. So tak payah nak brag lah about how busy you are, how penat you are kerja kat pejabat nun, because I’ve been there before. Most of the days I worked 9-5 recorded hours, but sometimes kena jugak ke ofis after midnight to troubleshoot things.

Enough about me! Soalannya sekarang ni, surirumah yang macam mana akan lebih cepat tua? Ya… Tak semua surirumah akan dapat effect penuaan yang cepat ni. Mereka yang ada bibik di rumah, mereka yang mempunyai masa yang lebih untuk diri sendiri me-me-time, yes! Mereka ni tidak termasuk dalam golongan yang akan makin cepat tua kalau kena caranya. Golongan surirumah yang ‘memakai segala jenis topi’ dalam masa-masa tertentu adalah golongan yang akan lebih cepat tua. Itu secara general.

Soal Hati!

Walaupun mereka yang all-rounders ini nampak happy dan ikhlas dalam melaksanakan tugasan keluarga, benda ni sebenarnya ‘makan dalam’. Melibatkan soal hati. Stress mental dan fizikal, penat mental dan fizikal; yang dipakejkan pula dengan sokongan insan-insan terdekat (pasangan hidup, mak ayah, ibu bapa mertua) yang belum tentu macam mana rupanya…

Ini semua akan menyebabkan proses penuaan tu jadi semakin cepat. Sel-sel akan jadi tua lebih cepat.

Antara mereka yang paling terkesan dengan pemendekan telomere ialah ibu-ibu yang berada di rumah menjaga keperluan anak-anak dan warga tua. Stressnya satu macam. Lebih lama mereka menjaga anak-anak dan warga tua, lebih teruk keadaan stress, dan lebih cepatlah telomere memendek. Ini sebabnya ramai surirumah sepenuh masa kelihatan cepat tua berbanding mereka yang bekerjaya dan tidak berada di rumah 24/7.

Telomere Dan Penuaan Sihat: Apa Kaitannya?

Dalam artikel tersebut ada dibincangkan… Terdapat beberapa faktor yang boleh buat kita cepat tua:

  • Gaya hidup yang stress
  • Pencemaran alam sekitar
  • Obesiti
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Tidak bersenam
  • Tidur tidak cukup
  • Kurang sokongan dari orang terdekat

Kesemua faktor di atas kita dah biasa dengar. Tapi KakNjang lebih tertarik kepada yang last sekali tu. Sokongan dari orang yang terdekat. Cara disebut tu seolah-olah seperti KakNjang ni (KakNjang guna diri sendiri sebagai perumpamaannya, lebih mudah. Guna orang lain nanti ada pula yang terasa hati!) perlu mengharapkan orang di sekeliling memberi sokongan kepada KakNjang. Nak uruskan anak-anak. Uruskan hal rumah. Uruskan mak yang sakit uzur.

Tapi apa yang KakNjang nampak adalah dari sudut yang berbeza. Sokongan tu mungkin akan ada. Most of the time sokongan tu mungkin datang dalam keterpaksaan. Sokongan tu diberi sebab kita ni isteri, kita ni anak, kita ni menantu, kita ni mak, adik, kakak, sebab kita ni someone someone… Ikhlas atau tidak tu, Wallaahua’lam!

We never know…

So, macam mana nak tahu yang sokongan yang diberi tu seikhlas hati dan bukan kerana terpaksa? I don’t know. I can’t know…

Sekarang ni masa untuk KakNjang menjaga mak yang sakit. Tak pe lah, sebab KakNjang yang nak kena hadap. Tapi nanti, bila tiba masanya it’s KakNjang sendiri yang perlu dijaga oleh yang lain, jika mereka menjaga KakNjang dalam keterpaksaan, kesihatan emosi mereka pula yang akan terganggu. Pada masa itu, KakNjang memang dah tua. Dan yang menjaga KakNjang tu pula akan jadi cepat tua kerana nak kena melayan karenah tua KakNjang ni!

Emotional Bank Account. Tabungan Emosi!

Dalam bab penuaan sihat, KakNjang selalu pesan yang kita perlukan 4 perkara:

  1. Pemakanan yang sihat dan seimbang
  2. Senaman / riadhah / aktiviti yang bersesuaian
  3. Pengambilan suplemen yang bijak
  4. Tabungan emosi kena penuh!

Ramai yang cakap tabung kewangan itu lebih penting. KakNjang tak nafikan itu, sebab ya betul, we need money to buy and move things around. But always remember that money cannot buy us everything. Money cannot buy us happiness. Money cannot buy us respect, trust, love, passion, patient… macam-macam lagi. Dan rezeki tu Allah yang bagi InSyaaAllah. Berapa banyak duit dalam bank tu yang you all nak kumpul, nak simpan? How much is enough?

It’s almost free to deposit, tapi bila silap pilihan tersalah percaturan, it could be the biggest withdrawal from one’s emotional account!

Tabungan emosi ni pula on the other hand, tak semuanya perlukan duit in order to put big deposits in it. Kadang-kadang tu it’s not what we do; but it’s what we chose not to do.

Pilih kasih umpamanya. Membeza-bezakan kasih sayang kepada anak-anak. Membeza-bezakan cucu-cucu yang kesemuanya anak-anak kepada anak-anak kita sendiri. Itu semua could either be a big deposits if you don’t pilih kasih, or such a big withdrawals if you do pilih kasih from the start.

Percakapan kita. Our first expression or reaction towards sesuatu situasi… itu juga memberi impact ke dalam tabungan emosi insan-insan yang terlibat. “Boleh je, tak de masalah…” VS “Kenapa aku yang nak kena sibuk?!”… mana deposit, mana withdrawal?

There’s no such thing as “dia cakap je begitu, tapi dalam hati tu tak sebenarnya.” Sebabnya, from the beginning lagi KakNjang dah diasuh untuk jaga hati. Sebab apa pun terjadi, hatta bila melatah sekali pun, perkara pertama yang akan terkeluar dari mulut kita adalah apa yang sedang kita fikirkan pada masa itu. Hati kena bersih.

Kalau nak beli jiwa dengan sesuatu, tak de masalah pun. Tak perlu mahal-mahal pun. Cukup dengan karipap satu set… “Lalu kat kedai tu tadi, teringat kau suka makan ni. Tu yang belikan tu hehehe”. Gesture sebegini akan diingat sampai bila-bila walau hanya sekali dua sahaja kejadiannya tu.

Kalau nak membodek ambik hati konon, tapi right away selepas tu terus dengan tugasan “kau buatkan aku ini ini ini ini…” Eh apa cerita ni hahaha ha! Fikir lah sendiri ini deposit atau withdrawal…

Aduh! Panjang pula bebelan di sini. Bab beli jiwa, bab tabungan emosi ni sememangnya KakNjang sangat ambil berat. Sebab tu bila ada masa, KakNjang akan cuba untuk mengumpul dan mencipta sebanyak mungkin kenangan indah bersama suami dan anak-anak. Collecting Memories! Family gathering, seboleh mungkin harus attend! Kena pastikan anak-anak turut serta ambik berat when it comes to family matters. Kenapa?

Sebab dalam situasi kecemasan atau kematian, kaum kerabat inilah yang akan hadir paling awal untuk urusan selanjutnya!

Kaitan Tabungan Emosi dan Penuaan Sihat

Ini yang KakNjang nak ketengahkan hari ni sebenarnya. Apakah hubungan antara tabungan emosi yang melimpah ruah tu dengan penuaan sihat? Berbalik kepada si surirumah yang perlu menjaga keperluan anak-anak kecil dan warga tua tadi tu.

Bila tabungan emosi tu penuh melimpah ruah…

Jika kita adalah si surirumah itu, of course kita buat atas dasar tanggungjawab. Ikhlas? Kita cuba. Sebabnya orang perempuan ni, hati kita ni akan jadi sangat lemah dan mudah ‘dihasut’ oleh suara-suara bisikan-bisikan halus bermain dalam kepala ni, terutama bila sedang penat dan stress.

Bila memandang orang yang dijagai, terkenangkan happy moment suatu waktu dulu, kita boleh tersenyum dan melayani dengan baik, hilang sedikit rasa penat lelah tu. Jika yang dijaga itu pula boleh mengulangi cerita yang sama, keadaan jadi lebih mudah untuk kedua-dua pihak bila dijalinkan dengan gelak ketawa. Ikhlas tu akan datang sendiri. Walau badan penat, tapi kita enjoy, letih tu jadi kurang, hati jadi tenang, senang dan seronok.

Bila tabungan emosi tu negatif…

Cuma masalah problemnya adalah, hanya benda-benda negatif sahaja yang ada antara kita dengan yang dijaga itu. Hati wanita yang sedang lemah ni memang akan mudah meletup! Mulut kena tutup rapat sambil senyum. Jangan tanya lagu mana tu, tapi kena buat jugak. Mata nak kena pandang. Hati nak kena sabar.

Time gini lah saat waktunya di mana telomere itu akan semakin cepat memendek tatkala sel-sel kita tu terbahagi! Stress kat dalam tu build up kadang tu to the max. Surirumah yang lama dalam keadaan stress dan depress ni lah yang akan jadi lebih cepat tua dari waktunya.

Dapat pasangan yang membantu dan memahami, Alhamdulillah. Kurang sedikit tekanan kat dalam tu. Kena pulak pasangan tu hadiahkan VIVIX untuk merawat dan memperbaharui sel setiap hari, itu sangatlah membahagiakan! Terus awet muda dan bergetah semula.

Now, what if…

Nah! Cuba bayangkan pula… kita adalah seseorang yang perlu dijaga keperluan hariannya oleh si surirumah itu. Adakah kita bakal penyebab telomere nya memendek dengan cepat atau sebaliknya? Hanya Allah sahaja yang tahu jawapannya… Semuanya bergantung kepada bagaimana kita menyantuni beliau sebelum-sebelum ini. Berapa banyak deposit yang ada dalam tabungan emosi antara kita dan beliau.

Kita tak boleh nak decide atau tahu siapa yang akan jaga kita jika tiba masanya tu nanti. Mungkin anak cucu kita, silap hari bulan orang luar. Orang yang kita tak terfikir pun akan jadi caretaker kita.

Teringat pula kepada arwah KakChik (arwah pernah babysit KakNjang 5 beradik masa kami kecik-kecik dulu). Tidak dikurniakan zuriat.

Kami semua adalah anak-anak beliau. Kami tersangat nakal setiap seorang. Gurauan kami kasar kadang-kadang tu.

Tapi pada KakChik kami semua adalah “Anak bertuah!” Tak pernah kena marah dengan arwah. Sangat baik orangnya. Sampai ke tua, kami rapat dengan arwah.

Di penghujung hayatnya disantuni salah seorang anak yang diasuhnya suatu waktu dahulu. Beliau meninggal di bumi Mekah.

Al-Fatihah…

Peringatan Untuk Diri Sendiri…

KakNjang menulis sebagai nota, peringatan untuk diri sendiri. Ada anak cucu nak baca nanti, silakan. Mana yang baik, amalkan. Yang buruk, minta dijauhkan.

Bila bab memenuhkan tabungan emosi ni, kita jangan asyik nak menuding jari ke arah yang lain.

“Dia tu sepatutnya kena gini gini gitu dekat aku!”

“Dia tu tak boleh buat gitu!”

Dia. Dia. Dia. Semuanya salah orang lain. Orang lain buat semua salah.

Sebaliknya, tudinglah ke arah diri sendiri. Dalam setiap situasi yang lintas di hadapan kita, bagaimana kita handle? Ada hulurkan tangan sebagai sokongan? Setiap insan yang hadir dalam hidup kita, bagaimana kita layani, santuni mereka?

Setiap benda yang kita buat, bagaimana kita uruskan, semua tu mempengaruhi tabungan emosi mana-mana insan yang berada di dalam circle yang terlibat. Tak boleh nak elak. Hatta pada yang hanya memerhati dari jauh. Pun terkesan juga. Makan dalam.

Ikhlas itu di hati, tak perlu dicanang sana sini!

Sebab itulah hati ni kita kena jaga. Jangan ada perasaan dengki, tak boleh tengok yang lain bahagia. Cuba be happy for them. Nak-nak nya lagi jika mereka itu anak menantu anak cucu kaum kerabat kita sendiri. Paling mudah, setiap tindak tanduk kita, niatkan kerana Allah. Buat dengan ikhlas. Ikhlas itu letaknya di hati. Tak perlu dicanang sana sini. Lain pula jadinya nanti. Permudahkan urusan mereka yang bermasalah, semoga Allah permudahkan urusan kita, urusan keluarga kita yang jauh dan dekat.

Ingatlah bahawa hati setiap kita ni, Allah yang pegang. Kita buat apa yang Allah suka, Allah akan gerakkan hati-hati di sekeliling kita untuk berbuat baik pada kita.

Jika rasanya pada saat ini usia kita dah lanjut, don’t give up! Setiap dari kita ada zaman jahiliah masing-masing. Teruskan mencipta memori indah. Teruskan berbuat baik dengan hati yang ikhlas. Walau kita bukan lagi surirumah yang dulu menjaga keperluan yang lain, sekurang-kurangnya kita lebih prihatin dengan setiap yang berada di sekeliling kita agar tak cepat melatah, agar mereka lambat tua!

Kerana sesungguhnya PENUAAN SIHAT BERMULA DARI SEKARANG. Bukan esok, bukan Isnin depan. Selagi kita bernafas, sementara ada masa, teruskan mencipta memori indah bersama insan-insan tersayang. Santuni sehabis baik setiap insan yang hadir dalam hidup kita. Kerana kita tak akan tahu bagaimana keadaannya waktu pengakhiran kita kelak.

Maaf jika ada yang terasa hati. Wallahua’lam…

Nukilan rasa,
KakNjang Azura Abdul
019-668 6767
www.AzuraAbdul.com
Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Disember 8, 2023

Tag:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *