Bijak Urus Kesakitan Untuk Penuaan Sihat Ceria
Sakit adalah keadaan yang sangat biasa. Kesakitan meningkat apabila seseorang itu semakin tua, dan wanita lebih cenderung mengalami kesakitan berbanding lelaki. Untuk menikmati penuaan sihat dengan ceria dan bahagia, kita perlu bijak untuk urus kesakitan yang dialami.
Strategi Pengurusan Kesakitan Utama
Terapi Fizikal: Penggunaan Pek Haba atau/dan Sejuk
Terapi haba membantu meningkatkan aliran darah ke kawasan di mana haba digunakan. Terbaik untuk sakit otot atau kekakuan.
Terapi sejuk membantu mengurangkan keradangan. Ia paling membantu apabila digunakan untuk kecederaan akut dan kesakitan.
Penggunaan Ubatan dan Pemakanan Tambahan
Berehatlah Secukupnya!
Cabaran untuk yang bekerja dari rumah ialah kebolehan untuk mendapatkan rehat yang cukup. Cabaran untuk yang usia telah beranjak Asar menuju senja ialah mudah lelah.
Dari pengalaman KakNjang sendiri, kadang tu payah sungguh nak biarkan “benda tak siap”. Selagi dok nampak, selagi itulah kaki dan tangan ni gatal nak bergerak. Tubuh akan cepat terasa letih, terutama bagi yang telah berusia lanjut.
Jadi, kena belajar untuk “tutup sebelah mata” terhadap sesuatu yang boleh dilakukan pada waktu yang lain. Tenang-tenang sahaja mengharungi cabaran hidup bila-bila masa.
Tinggalkan Balasan