Jadual Kursus Asas Haji 2025 / 1446H Negeri Melaka

Jadual Kursus Asas haji 2025 / 1446H

Hari ni KakNjang nak kongsikan dengan anda semua Jadual Kursus Asas Haji 2025 / 1446H, just incase ada yang mencari, boleh terus klik pada link di atas. KakNjang pun mencari juga sebenarnya. Rupanya ada je kat apps Tabung Haji TH-Jari. Banyak info ada di sana, perlu install kat fon masing-masing. Boleh juga terus visit Tabunghaji.gov.my

Jadual Kursus Asas Haji 2025 / 1446H

Ini contoh maklumat KAH Kursus Asas Haji yang KakNjang buka menggunakan apps TH-Jari.

Boleh pilih mana-mana negeri dan daerah tertentu untuk melihat tempat di mana kelas Kursus Asas Haji bakal dijalankan.

Selain dari maklumat masjid, tarikh dan masa kelas berlangsung, nombor telefon Pejabat Tabung Haji berdekatan juga turut disediakan untuk kemudahan para bakal jemaah haji.

Banyak lagi info berguna yang ada dalam aplikasi TH-Jari. Install dan explore untuk manfaat diri sendiri.

Kursus Asas Haji (KAH)

Kursus Asas Haji (KAH) merupakan kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal-bakal jemaah haji. KAH diadakan pada setiap hujung minggu selama 2 jam 30 minit bagi setiap siri (diadakan sebanyak 13 siri) bermula dari bulan Rabi’ul Akhir sehingga Jamadil Akhir setiap tahun. KAH diadakan di masjid-masjid pilihan di seluruh negara dengan kerjasama jawatankuasa masjid berkenaan (Jabatan Agama Islam Negeri).

Modul kursus merangkumi pendedahan asas tajuk-tajuk berkaitan ibadat haji, kesihatan dan pengurusan haji di Tanah Air dan Tanah Suci. Peserta kursus tidak dihadkan kepada bakal haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Peserta perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat menganjurkan kursus ini.

Sebagai persiapan, bolehlah download Nota Kursus Asas Haji ini terus dari website Tabung Haji.

Tarikh Dan Lokasi Kursus Asas Haji 2025 / 1446H

Berikut dikongsikan senarai lokasi nama-nama masjid yang terlibat dalam penganjuran Kursus Asas Haji 2025 / 1446H khusus bagi negeri Melaka dan maklumat tarikh mula dan akhir KAH diadakan.

TH CawanganTarikh Mula – AkhirMasaMasjid
Banda Kaba
06-283 6303
26/10/2024 – 18/01/20258:45am – 11:30amMajid Nurul Hidayah Airport,
Batu Berendam
Banda Kaba
06-283 6303
26/10/2024 – 18/01/20258:45am – 11:30amMasjid Tun Mohd Khalil Yaakob,
Tanjung Minyak
Banda Kaba
06-283 6303
27/10/2024 – 19/01/20258:45am – 11:30amMasjid Al-Ehsan,
Bukit Baru
Banda Kaba
06-283 6303
27/10/2024 – 19/01/20258:45am – 11:30amMasjid As-Salimin,
Kandang
Masjid Tanah
06-384 1329
26/10/2024 – 18/01/20258:45am – 11:30amMasjid Al-Sultan Abdullah,
Masjid Tanah
Alor Gajah
06-556 7759
26/10/2024 – 18/01/20258:45am – 11:30amMasjid Ar-Rasyidin,
Alor Gajah
Merlimau
06-263 3505
26/10/2024 – 18/01/20258:45am – 11:30amMasjid Asy-Syujaah,
Merlimau Utara
Jasin
06-529 1602
27/10/2024 – 19/01/20258:45am – 11:30amMasjid Al-Muhaimin,
Bemban, Jasin
Jadual Kursus Asas Haji 2025 / 1446H Bagi Negeri Melaka

Untuk Jadual Kursus Asas Haji 2025 / 1446H seluruh Malaysia, boleh rujuk di sini… Jadual KAH 2025 / 1446H, RASMI dari sumber Portal Tabung Haji.

Ada yang tak nak hadiri kelas ni sekarang atas alasan turn haji tu lambat lagi. Dah sampai turn atau belum turn kita, tak jadi masalah. Hadir untuk belajar dahulu. Sekali belajar belum tentu pandai dan mahir. Sekurang-kurangnya kita tunjukkan ikhtiar lebih sikit untuk bab haji ni. Bilakah panggilan untuk kita, itu urusan Allah.

KakNjang masih ingat lagi pesan seorang ustaz ni. Kata beliau, bila bab urusan tanah suci Mekah ni, baik umrah mahupun haji, semua atas jemputan dari Allah, rezeki kita. Walau tiket kapal terbang dah siap beli, dah nak boarding semua dah, jika bukan rezeki kita untuk jejak kaki ke tanah suci Mekah, kita takkan jejak kaki ke sana. Dan walau ikut jadual Tabung Haji entah lagi 100 tahun baru nak sampai giliran kita, jika Allah kata tahun ni giliran kita; tahun ni giliran kita untuk mengerjakan ibadah haji InSyaaAllah. Kunfayakun! Percaya tu…

Semoga perkongsian Jadual Kursus Asas Haji 2025 Seluruh Malaysia ini bermanfaat buat semua bakal jemaah haji di Malaysia. Tahniah kepada anda yang telah berjaya mendapat tawaran Haji tahun 2025/ 1446H. Semoga mendapat Haji yang Mabrur.

Oktober 23, 2024

Tag:, , ,

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *