Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Menyusu

Kepentingan kalsium untuk ibu menyusu dan bayi yang disusuinya sangat banyak. Nak sebut semua memang tak muat dalam satu entry ni. Jadi KakNjang nak bebel pasal kalsium-magnesium untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayinya.

Bagaimana pentingnya kalsium-magnesium untuk kita yang dah dewasa dan matang, begitu jugalah kepentingan kalsium untuk bayi.

Image Source: The Science Photo Library
Re Rickets story

  • Pembentukan tulang yang kuat
  • Membina otot dan saraf bayi
  • Bantu pembekuan darah
  • Mencegah penyakit berkaitan tulang
  • Kawal fungsi jantung
  • Bantu pelbagai fungsi enzim

Antara penyakit yang berkaitan dengan kekurangan kalsium dikalangan bayi ialah rickets. Biasanya berlaku seawal usia 6 – 36 bulan.

Itu serba ringkas kenapa kita kena pastikan bayi mendapat cukup kalsium dan magnesium seawal usia mereka. Sumber terbaik adalah dari susu ibu. Maka adalah lebih penting untuk pastikan ‘sumber kalsium bayi’ ini mendapat cukup kalsium untuk diberikan kepada bayi susuan mereka.

Jadi, apakah kepentingan kalsium untuk ibu menyusu? Kenapa KakNjang kata penting sangat?

KakNjang tak risau sangat tentang kualiti susu ibu yang diberi kepada bayi susuan tu. Kerana susu ibu adalah anugerah Allah. Memang akan ada kalsium dalam susu tu dan InSyaaAllah cukup untuk bayi yang disusui itu. Dari mana datangnya kalsium dalam susu itu? Dari si ibu susu. Kalau si ibu tak ambil kalsium lebih, tubuh si ibu akan tetap pastikan kalsium ada dan dapatkan sumber kalsium dari tulang si ibu tadi.

Banyak kes yang kita sendiri jumpa, baru anak seorang, gigi dah senget sana sini. Pinggang dah sakit. Lutut tak tahan diri lama-lama. Itu semua antara tanda-tanda si ibu itu kekurangan kalsium. Tidak kiralah samada kalsium dah kurang sejak dari saat mengandungkan bayi tersebut, mahu pun selepas melahirkan dan ketika menyusukan bayi.

Kalsium itu antara ‘ramuan’ utama susu ibu. Tak dapat secara langsung dari ibu, dari tulang ibu akan diambilnya. Akibatnya, tulang ibu semakin rapuh dan tidak kuat.

Bila seseorang wanita itu paling perlukan kalsium?

  1. Selepas melahirkan. Tidak kira menyusu atau tidak, membentuk dan membesarkan seorang bayi (atau lebih) di dalam rahim sepanjang tempoh kehamilan sangat menuntut kepada keperluan kalsium yang tinggi. Bila supply kalsium ibu rendah, kalsium dari tulang akan dilarutkan untuk memenuhi kehendak bayi yang dikandungkan itu. Ini menyebabkan ketumpatan tulang ibu berkurangan.
  2. Menyusu dan datang bulan. Semasa tempoh subur, biasanya dalam seminggu sebelum haid, tubuh wanita kekurangan kalsium. Akibatnya, penghasilan susu menjadi berkurangan, kejang otot dan senggugut.
  3. Sakit kepala, migrain. Apa pun penyebab sakit kepala tu, bila topup dengan kalsium-magnesium, InSyaaAllah kurang sikit denyut tu. Gabungan kalsium-magnesium ni memberi efek tenang dan meredakan kesakitan.

Banyak mana kalsium nak kena ambil hari-hari?

kalsium untuk ibu menyusu

Untuk wanita dewasa, kita memerlukan 1000mg kalsium setiap hari. Warga emas memerlukan lebih kalsium, 1200mg setiap hari. Sekiranya anda sedang menyusukan, 1300mg kalsium diperlukan setiap hari. 1000mg – 1300mg itu adalah jumlah keseluruhan kalsium yang perlu kita perolehi dari semua sumber pemakanan dan supplement.

Bagaimana nak cukupkan keperluan kalsium harian kita? Apa nak makan?

Kalsium Untuk Ibu Menyusu

Apa sahaja yang kita makan mempunyai nilai-nilai nutrisi yang tertentu. Lebih banyak proses penghasilannya, lebih berkuranganlah nutrisi tertentu itu. Jadi, adalah lebih baik untuk kita makan makanan sebenar, real food, makanan yang tidak diproses, makanan dari sumber asli. KakNjang rasa dah tak de perkataan lain lagi dah nak terangkan tentang makan real food ni.

Ada 3 cara mudah untuk kita tingkatkan serapan kalsium dalam tubuh.

  1. Makan makanan tinggi kalsium seperti susu, yogurt, keju, sayur berdaun hijau mentah atau dimasak, brokoli, sardin, salmon, oat, kekacang dan sebagainya.
  2. Elakkan makanan yang boleh menghalang serapan kalsium. Contoh. Coklat ada oxalates yang ‘memegang’ kalsium dan menghalang serapan kalsium. Jika dibiarkan, lama kelamaan boleh menyebabkan masalah buah pinggang. Daging pula mengandungi phosphorus yang boleh menghalang serapan kalsium.
  3. Pastikan ada Vitamin D. Vitamin D bantu serapan kalsium. Matahari adalah sumber terbaik vitamin D.

Kalsium ni KakNjang suka sifatkan dia sebagai satu nutrisi yang sangat mengada. Bukannya apa. Kalsium sahaja mungkin boleh menyelesaikan beberapa masalah tertentu. Tetapi kalsium ni perlu diserap secara sempurna. Lebihan kalsium dalam badan boleh menyebabkan masalah jantung. In order untuk kalsium tu diserap sepenuhnya ia memerlukan kehadiran beberapa unsur lain untuk bertindak sebagai ‘transporter, penyusun, pemampat, pengukuh, penggalak’.

Unsur-unsur berkenaan adalah Vitamin D, magnesium, zinc, copper, manganese dan boron. So far KakNjang tak jumpa lagi supplement kalsium yang datang lengkap bersama dengan bala tenteranya seperti Ostematrix Shaklee. Kita lebih cenderung kepada pengambilan protein untuk rasa kenyang yang lebih lama. Tetapi protein haiwan yang biasa kita makan tu sebenarnya adalah berasid. Kalsium beralkali dan boleh menenangkan keasidan protein. Sebab tu KakNjang suka cadangkan ESP – Serbuk protein soya Shaklee kerana di dalam setiap hidangannya mengandungi 500mg kalsium.  Itu dah hampir separuh dari keperluan harian kita.

Ini adalah antara sebab kenapa ESP + Ostematrix adalah gabungan supplement untuk mereka yang ada masalah gastrik.

Kenapa ibu-ibu yang vegetarian tak perlu topup banyak kalsium?

Biasanya seorang wanita dewasa memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari. Tetapi mereka yang mengamalkan diet sayur-sayuran sahaja hanya perlu target kepada 600mg-700mg kalsium sehari sahaja. Vegetarian tertumpu kepada pemakanan tinggi kalsium dari hasil tumbuh-tubuhan. Dalam tumbuhan-tumbuhan, kalsium wujud dengan seimbang bersama bala tentera serapannya yang lain. Vegetarian juga elakkan daging haiwan yang mempunyai phosphorus, yang mengganggu serapan kalsium.

Nak ambil supplement atau tak? Anda tahu pemakanan anda macam mana. If you eat McD, KFC, Pizza, fast food everyday, you surely need supplementation. Kalau anda rasa anda ambil cukup sayur hijau dan buah-buahandan makan real food setiap hari, terpulang kepada anda. Pada KakNjang, dengan keadaan pencemaran udara, air dan tanah yang tidak terbendung sekarang ni, agak sukar untuk mendapatkan makanan dengan nutrisi penuh dari alam semulajadi. Sedikit sebanyak, kita perlu kepada supplement.

Kredit kepada WebMD.com, KellyMom.com dan LiveStrong.com

Set Supplement Selepas Bersalin/Set Berpantang Shaklee

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *