Protein Soya Penting Untuk Wanita Sekarang Yang Terlalu Sibuk
Kenapa Protein Soya Penting Untuk Wanita Masa Kini?
Bila kaum hawa ni dah mula beranak pinak, macam-macam watak kita boleh nampak. Ada masa dia nampak ayu sangat, ada masa tetiba dia dah jadi mak kau hijau!
Kita-kita ni yang perempuan ni kebiasaannya memang akan fokus kepada selain diri sendiri. Memang tak de masa nak fokus kepada diri sendiri.
Kalau wanita yang bekerjaya, awal-awal pagi lagi mereka dah bangun nak siapkan itu ini untuk semua orang dalam rumah, baru lah ada masa untuk diri sendiri tu siap ke ofis. Tengahari anak-anak diuruskan oleh khidmat transit. Balik kerja terus balik rumah untuk sediakan makan malam dan berkemas itu ini mana yang sempat. Kadang tu lewat malam baru boleh landing atas katil.
Bagi yang tidak bekerja di ofis, cabaran dia lebih hebat. Sebab what’s in between 9-5 tu semua dia akan buat sendiri. Uruskan anak-anak balik dan ke sekolah semula untuk kelas agama atau ko-kurikulum, hantar anak pergi balik tusyen, memasak, mengemas, mendobi… Ada yang bekerja dari rumah perlu uruskan kerjayanya juga sambil uruskan apa yang serabut di rumah.
Hmmm… KakNjang faham sangatlah dengan semua-semua ni… sebab KakNjang sendiri dah lalui semua fasa tu. KakNjang pun dah memang pernah sampai ke tahap jadi incredible hulk dah ha! Addeh… itu sebelum mula berShaklee la.
Bila mula kenal Shaklee, KakNjang mula dengan ESP – soy protein dan Ostematrix (sekarang OsteNutrix) – more than just calcium-magnesium. Tapi hari ni nak cerita pasai ESP saja.
Bila dah mula berESP, energy level jadi up sikit. Bila lebih bertenaga, mood pun boleh bertukar. Buat kerja/tugas tak de lah grumpy sangat. Penat tu memang lah penat tapi masih boleh senyum towards the end of the day.
Jom kita tengok apakah kebaikan ESP – protein soya Shaklee untuk orang perempuan ni!
1. Rasa Kenyang dan Kekal Bertenaga Lebih Lama!
ESP dengan formula GI rendah memperlahankan pencernaan dan penyerapan protein, sekaligus memberikan wanita kesan kenyang yang lebih lama dan tenaga yang berterusan.
2. Menggalakkan Kulit Yang Sihat Berseri
ESP meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin untuk menegangkan kulit.
Bila kita ambil protein soya yang berkualiti tinggi, kandungan asid amino perlu yang lengkap mampu membantu pertumbuhan kulit yang sihat dan berseri-seri.
Protein soya berkualiti tinggi mempunyai isoflavon, sejenis PhytoEstrogen yang mimik aktiviti estrogen; membantu menjadikan kulit kelihatan lebih muda. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon dari protein soya boleh membantu menganjalkan kulit.
3. Kuku dan Rambut Yang Sihat dan Kuat
ESP juga menggalakkan penghasilan keratin untuk rambut yang lebih kuat dan berkilat serta kuku yang lebih sihat.
Gejala rambut kering, rambut gugur, kuku rapuh ni semua disebabkan oleh pemakanan kita yang tak cukup nutrisi, terutamanya protein yang berkualiti tinggi.
Tanpa asid amino yang lengkap, tubuh tidak mampu menghasilkan keratin yang cukup. Hasilnya – rambut dan kuku mula menipis dan rapuh.
4. Meredakan Gastrik
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan protein soya mampu mengurangkan rembesan asid gastrik dalam perut. Hasilnya – kurang gastrik. Perut lebih selesa.
Bila sibuk dan sikap yang lebih mementingkan orang lain berbanding diri sendiri, kaum hawa ni akan menghalalkan ter-missed time makan. Sekali dua tu ok. Tapi bila dah jadi kebiasaan, perut akan jadi tidak menentu.
Ketidakhadaman, senak, kembung, sebu, gastrik semua tu akan mula jadi sahabat baik kita. Tak tinggal punya kita ni… ada je dia.
Protein soya yang terbaik seperti ESP Shaklee mampu mengatasi semua masalah tu sebab senang disediakan dan kaum ibu / wanita boleh terus minum walau dalam kesibukan yang melampau.
5. Sokong Kehamilan yang Sihat
Menjadi sorang ibu yang sibuk tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mendapat nutrisi yang lengkap bagi menyokong kehamilan ini.
Sepanjang kehamilan, ibu perlukan protein yang cukup bagi menyokong pembesaran bayi dalam kandungan.
Pengambilan protein yang cukup dan konsisten sepanjang kehamilan dapat membantu tingkatkan berat dan ketinggian bayi semasa kelahiran dan mengurangkan risiko bayi terlalu kecil, berat terlalu rendah ketika lahir.
6. Sokong Penghasilan Susu Ibu Berkualiti dan Ibu Menyusu Kekal Sihat
Susu ibu merupakan sumber makanan yang membekalkan nutrisi terbaik untuk menyokong tumbesaran bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi yang membekalkan immuniti pertama untuk usus bayi bagi menerima sumber makanan yang bakal diberikan.
Protein soya berkualiti tinggi seperti ESP Shaklee dapat membantu memenuhi keperluan protein si ibu bagi menyokong penyususuan yang lebih berkualiti.
Malangnya ibu-ibu yang sibuk ni kerapkali mengabaikan pengambilan protein terbaik yang lengkap ketika mereka masih menyusu.
Ini bakal mengganggu kualiti penyusuan bayi kerana tubuh si ibu tanpa asid amino perlu yang lengkap mengganggu penghasilan susu badan.
Kesihatan ibu menyusu juga akan terjejas jika kekurangan protein ketika menyusukan bayi.
Itulah antara sebab kenapa ESP sangat-sangat diperlukan oleh orang perempuan untuk kekal aktif bertenaga walau berdepan dengan multi-tasking yang bercabang sepuluh!