Penyakit Kronik Yang Biasa Dihidapi Warga Tua
Penyakit kronik di kalangan warga tua menyebabkan mereka jadi kurang keupayaan untuk menetap di rumah sendiri. Penyakit kronik juga mempengaruhi kesihatan, kualiti hidup dan beban kewangan yang sering dikaitkan dengan penyakit jangka masa panjang warga tua tersebut.
Namun, melalui kajian pakar ke atas misteri penuaan melahirkan pelbagai pemakanan tambahan untuk menyokong anti penuaan, seperti resveratrol dan polifenol, sedikit sebanyak membuka ruang harapan bahawa penyakit kronik yang biasa dihidapi warga tua boleh dielakkan. Proses penuaan tersebut boleh dilambatkan melalui beberapa langkah pencegahan seperti:
- Mengamalkan gaya hidup sihat – pemakanan, senaman, tidak merokok.
- Lakukan pemeriksaan awal untuk penyakit-penyakit tertentu seperti kanser payu dara, prostat dan serviks, pemeriksaan kencing manis dan kolesterol, juga imbasan kepadatan tulang, dan sebagainya.
Berikut disenaraikan penyakit kronik yang biasa menimpa warga tua:
- Penyakit kardiovaskular – paling kerap berlaku pada warga tua. Penyakit yang berkaitan jantung ini menjadi punca kematian warga tua nombor satu.
- Kanser – ramai warga tua menganggap kanser di usia lanjut tidak perlu lagi dirawat. Kerana rawatan kanser itu sendiri bakal menerukkan lagi keadaan fizikal dan mental warga tua itu sendiri
- Tekanan Darah Tinggi
- Kencing Manis – kekurangan rembesan insulin atas faktor usia, insulin kurang sensitif juga atas faktor penuaan – perubahan komposisi tubuh dan pengecutan otot.
- Terlebih Berat Badan /Masalah Kegemukan
- Nyanyuk
- Artritis – bila rawan antara sendi semakin haus, berkurangan sejajar dengan usia, sakit sendi sana sini pun tiba. Sakit Lutut: Penyakit Yang Sering Bertandang Di Usia Tua
- Osteoporosis – ketumpatan tulang semakin berkurangan sejajar dengan usia.
- Penyakit-penyakit mata berkaitan usia seperti Katarak, Glaukoma dan sebagainya.
Selalunya bila banyak keadaan kronik seperti diabetes dan artritis seolah-olah hanya menyerang warga tua, tanggapan dibuat bahawa itu adalah “sebahagian daripada proses penuaan” – dan tidak perlu buat apa-apa. Tapi sebenarnya penyakit-penyakit tersebut boleh dirawat. Pergilah berjumpa doktor.
Ikhtiar cegah penyakit kronik yang selalu dihidapi warga tua dengan Shaklee!
Sementara nak buat temujanji doktor, boleh juga ikhtiar untuk kurangkan keradangan kesakitan warga tua dengan resveratrol. Polifenol. Mudah didapati, senang untuk konsumsi warga tua. Semua kebaikan resveratrol itu terkandung dalam sebotol VIVIX Shaklee!
Antara faedah Resveratrol ialah:
- Tingkatkan penghasilan tenaga
- Galakkan kulit yang lebih muda dan sihat
- Kawal tekanan darah yang sihat
- Galakkan sendi yang lebih fleksibel
- Kawal gula dalam darah
- Sokong kesihatan mata
- Bantu kawal berat badan
- Lindungi sel, telomere yang sihat.
Hubungi KakNjang sekarang untuk dapatkan sebotol VIVIX anda!
Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.