Jus Hijau Untuk Penuaan Sihat.
Jus hijau untuk penuaan yang sihat. Green juicing atau penyediaan jus hijau adalah satu cara mudah untuk kita dapatkan pelbagai antioksida terbaik untuk tubuh. Antioksida adalah penting untuk penuaan sihat.
Sesetengah orang mengamalkan jus hijau untuk diet, dalam usaha penurunan berat badan.
Secara amnya green leafy veggies ni high in ABCEK iron manganese dan calcium. Sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah Anxiety Disorder yang selalunya disebabkan oleh kekurangan nutrisi tertentu. Mereka yang mengalami masalah kolesterol dan darah tinggi juga akan mendapat banyak faedah daripada jus hijau ini. Sifat dedaun hijau yang alkali ini, sekali gus mengawal keasidan perut seseorang. Maka, mereka yang ada gastrik juga boleh ikhtiar kawal masalah gastrik dan pedih ulu hati.
Sebaiknya campurkan green leafy bersama buah utk dapatkan green juice yg tidak terlalu tinggi dgn sesuatu nutrient…
Bagaimana nak sediakan green juice / jus hijau untuk penuaan sihat ni?
Meh KakNjang kongsi resepi jus mak ko ijo nak? 😀
Apa yang perlu ada:
- Buah hijau – KakNjang selalu pilih epal hijau granny smith. Jambu, kedondong, avocado pun ok jugak. Apa yg kita suka makan, itu yg kita pilih.
- Filler – boleh pilih timun atau celery
- Sayur hijau berdaun – bayam kegemaran KakNjang. Sesekali ganti dengan lettuce yg ada bermacam-macam jenis di pasaran.
- Sedikit halia dan lemon – Penyedap rasa.
- Air secawan. Suhu biasa atau chill.
Cara penyediaan: Masukkan ke dalam blender. Blend hingga semua hancur. Tabur sedikit chia seeds / flex seeds / kekacang sebelum minum.
Cara pengambilan: Jangan ditapis seratnya. Minum secawan first thing awal pagi selepas subuh – sebelum sarapan. Minum secawan sebelum makan malam.
Serapan terbaik nutrien dan mineral ialah ketika perut kita kosong. Jadi, minum jus hijau awal pagi atau setengah jam sebelum makan.
Amalkan setiap hari. InSyaaAllah mampu kawal masalah Anxiety Disorder, 3-tinggi (kencing manis, darah tinggi dan kolesterol) dan pelbagai masalah kesihatan yang kebanyakannya berpunca dari perut (cara pemakanan kita dan masalah serapan nutrisi).
Amaran: Jika anda ada mengambil ubat pencair darah, sila pastikan green juice anda tidak terlalu pekat atau tidak tertumpu hanya kepada dedaun hijau sahaja. Vitamin K yang tinggi dalan sayur berdaun hijau akan mengganggu keberkesanan ubat pencair darah.
Tak suka jus hijau? Jom cuba Longan Herbs!