Cara Minum ESP Shaklee Supaya Sedap
ESP Shaklee tak sedap? KakNjang tak tau lah you all ambil ESP macam mana tapi KakNjang rasa ok je. Mungkin cara minum ESP itu yang membuatkan anda rasa ESP Shaklee ni tak sedap. Jadi, di sini KakNjang kongsikan beberapa resepi ESP yang bakal membuatkan anda semua terus jatuh cinta dengan ESP selepas membuatnya!
Apakah Kelebihan Dan Manfaat ESP?
- Membantu menghilangkan PARUT JERAWAT
- Membantu menjadikan kulit lebih berseri, menganjalkan kulit dan awet muda.
- Memberi rasa kenyang, sesuai untuk yang nak KURUS & maintain badan
- Membekalkan TENAGA berpanjangan
- Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan
- Mengelakkan tulang rapuh
- Untuk kecantikan kulit dan RAMBUT
- Memudarkan parut
- Memberi tona kulit yang CERAH SEKATA
- Rendah lemak, tanpa kolesterol
- Diproses pada suhu rendah untuk menjaga kualiti protein
- Mempercepat PEMULIHAN LUKA selepas pembedahan
- Membantu pembentukan sel- sel baru
- Bertindak sebagai antioksidan
- Membantu mengurangkan risiko KANSER
- Mempertingkatkan tahap KOLESTEROL BAIK
- Memelihara kesihatan jantung
- Membantu mengurangkan GASTRIK
- Menghilangkan JERAGAT
- Membaiki masalah RAMBUT GUGUR dan beruban
- Baik untuk hormon kerana kacang soya kaya dengan isoflavones
- Mencegah osteoporosis
- Sesuai untuk ibu mengandung, berpantang dan menyusu yang mahu menurunkan berat badan
- Milk booster, memekat dan membanyakkan SUSU IBU
Banyak kan manfaat ESP ni? Sebab itulah kalau boleh KakNjang nak bagi anda semua mampu rasa kesedapan ESP, secara tak langsung menikmati kebaikan yang terkandung dalam ESP. Rugi sangat kalau tak ambil ESP ni.
Jadi, cara minum ESP kena betul.
Minum ESP ni sebenarnya paling senang. Paling ringkas. Paling simple. Paling pantas. Sebab penyediaannya yang ringkas dan mudah. Untuk yang bekerjaya, waktu pagi merupakan waktu paling kritikal untuk memastikan setiap ahli keluarga, terutamanya diri sendiri, mendapat sarapan atau sekurang-kurangnya minum pagi yang berkhasiat.
Paling mudah KakNjang akan shake-shake-shake ESP + susu + air + ketulan ais. Berapa banyak ESP nak letak? Kalau anda jenis yang susah nak terima perisa baru, mulakan dengan sesudu besar ESP dahulu. Jangan lebih dari 3 sudu besar setiap kali bancuh. Satu hidangan ESP bersamaan 3 sudu besar, membekalkan 14g protein untuk tubuh. Ini mengambil masa dalam 1jam-1.5jam untuk serapan lengkap.
KakNjang selalu minum ESP selepas bersenam atau berkebun. Kalau berpeluh extra lencun, KakNjang akan shake-shake-shake ESP bersama Performance Drink untuk tubuh kembali terhidrat.
Yang di bawah ni adalah kegemaran mak KakNjang. Setiap pagi memang mak konsisten dengan pengambilan susu omega, ESP, MealShake, oat dan nestum. Jika ada pisang, mak akan kisar kesemuanya sekali.
Mak KakNjang paling suka ESP dan MealShake ni terutamanya di bulan puasa. Katanya lebih ringkas dan kenyang lebih lama. Tahan cergas hingga ke petang.
Lain-lain resepi ESP untuk rasa yang lebih sedap:
Hubungi KakNjang sekarang untuk dapatkan setong ESP anda!
Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!