Cara Membuat Hand Sanitizer Untuk Kulit Sensitif

Hand Sanitizer untuk kulit sensitif

Bila di tanya En. Wikipedia pasal hand sanitizer, ada dua jenis. Berasaskan alkohol dan tidak berasaskan alkohol. Untuk tujuan penjagaan kesihatan, recommendation adalah untuk hand sanitizer yang mengandungi alkohol 60-95%. Boleh rujuk di sini… Namun tidak semua mempunyai kulit yang tahan dengan alkohol. Jadi… Bagaimanakah caranya untuk membuat hand sanitizer bagi mereka-mereka yang mempunyai kulit sensitif, hidung sensitif?

Ada ke orang allergic dengan hand sanitizer?

Well, surprisingly yes! KakNjang dan anak-anak KakNjang, kami tidak tahan dengan hand sanitizer yang mengandungi alkohol. Sekali guna tangan dah rasa pedih. Kali ke-dua guna, kulit mula menggelupas. Maka, tiada kali ke-tiga bagi kami!

Jika tanpa alkohol pun, kami alah dengan yang ada bau. Kebanyakan bauan yang ada itu menusuk hidung, terus ke kepala. Kami sekeluarga ada masalah sinus, dan hidung sangat super sensitif dengan bau yang agak keras.

Banyak jenis hand sanitizer yang dicadangkan, berakhir di dalam tong sampah. Samada disebabkan oleh kandungan alkoholnya, mahupun baunya yang menyesakkan. Paling baik (yang kurang memedihkan tangan dan kurang menyakitkan hidung), kami tinggalkan di surau R&R yang kami lewati.

Basuh tangan dengan sabun adalah terbaik, tetapi bila kita tidak mempunyai sabun dan air, hand sanitizer adalah penyelesaian kedua terbaik. Hand sanitizer yang komersil boleh jadi mahal, dan dengan kekurangan hand sanitizer kerana COVID-19, membuat sendiri mungkin suatu penyelesaian paling bijak!

Untuk cara-cara membuat hand sanitizer yang beralkohol, anda boleh rujuk di wikiHow di sini… ada juga ditunjukkan cara buat hand sanitizer guna witch hazel or tea tree oil. Pilihan masing-masing. janji tangan tu sentiasa bersih tanpa mengundang alahan lain.

KakNjang akan kongsikan dengan anda cara murah, mudah dan ringkas untuk membuat hand sanitizer sesuai buat mereka-mereka yang memiliki kulit sensitif dan hidung sensitif seperti KakNjang sekeluarga.

Bagaimana cara untuk membuat hand sanitizer the Shaklee way sesuai untuk kulit sensitif?

Apa yang anda perlukan ialah:

Bagaimana untuk membuatnya?

Campurkan setitik BasicH dan air ke dalam botol spray. Ianya sudah siap untuk digunakan!

BasicH sebagai hand sanitizer untuk kulit sensitif

Peringatan:

BasicH tiada sifat antibakteria. Cuma, BasicH boleh remove particles secara fizikal (termasuk virus). Tapi lepas sembur kat tangan kena lap pakai tisu. The best adalah basuh tangan dengan sabun dan air!

Puan Sarah, Nutritionist Shaklee Malaysia.

Kenapa KakNjang guna BasicH?

Sebab BasicH merupakan pencuci semulajadi tanpa racun, tanpa bahan kimia, tanpa klorin, tanpa alkohol, tanpa bau.

Sebelum-sebelum ini jika KakNjang menggunakan sabun biasa, tidak kira untuk tujuan apa, kulit tangan atau kaki akan menggelupas teruk. Bukan KakNjang seorang, tetapi anak-anak juga. Kulit kami sensitif dengan apa saja kandungan dalam sabun tersebut. Dan jika terlebih guna sabun, bau sabun tersebut boleh menyebabkan anak sulung KakNjang mendapat asthma attack. Demam 3 hari!

Along memang dah lama menggunakan BasicH untuk pelbagai tujuan. Cuci barang, air purifier… Paling ketara ialah bila Along sentiasa pastikan ada satu botol spray kecil di dalam beg tangannya dan dibawa ke sana ke sini. Dah bertahun dia bersiap sedia macam ni. So, bila kecoh COVID-19 ni, Along cool je…

jadikan basich sebagai hand sanitizer untuk mereka yang kulit sensitif dengan alkohol
KakNjang pun ada juga. Tapi besar. Memang akan ada satu botol dalam kereta untuk kegunaan semua.

Angah pula lebih kurang je ceritanya. Cuma Angah ni dia lebih creatif dan inovatif sedikit. Geng ‘save the turtles’ ni…

Orang tak tahu, akan berkata… baiknya budak ni. Ke hulu ke hilir bawa botol spray wuduk!

Hakikatnya anak ini, daripada botol spray wuduk tu terbiar begitu sahaja, lebih baik digunakan semula. Isi air ke dalam botol tersebut dan campur dengan setitis BasicH , and she’s all set!

Untuk tempoh COVID-19 yang sedang galak tular ini, penggunaan hand sanitizer yang mengandungi alkohol 60% ke atas adalah sangat digalakkan. Namun, bagi kita-kita yang alah dengan pelbagai perkara, kurangkan diri dari berada di tempat awam yang sesak.

Jika tidak dapat dielakkan, pastikan tangan kita sentiasa dalam keadaan bersih dengan menggunakan pencuci bebas alkohol, bebas toksik, tanpa bau seperti BasicH sebagai hand sanitizer anda!

Perlu diingatkan sekali lagi:

BasicH tiada sifat antibakteria. Cuma, BasicH boleh remove particles secara fizikal (termasuk virus). Tapi lepas sembur kat tangan kena lap pakai tisu. The best adalah basuh tangan dengan sabun dan air!

Semoga perkongsian KakNjang kali ini memberi manfaat buat anda semua.

KakNjang Azura Abdul
Rakan Sihat Anda
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *