Kajian Kesan Vitamin C Ke Atas Pesakit COVID-19 Di ICU
Status keberadaan vaksin untuk COVID-19 di Malaysia masih jadi tanda tanya. Walau ada pun nanti, dengarnya COVID-19 ni cepat evolve. Perlu dijalankan pelbagai ujian dan kajian terperinci lebih lagi. Bunyinya memang kita tidak akan dapat vaksin COVID-19 ni dalam masa terdekat. Namun kita masih boleh beralih kepada vitamin C untuk langkah pencegahan dan benteng pertahanan bagi menentang COVID-19 ni. Kajian tentang penggunaan vitamin c ke atas pesakit COVID-19 yang teruk dan berada di ICU telah dilakukan. Dan keputusannya agak memberansangkan. Mungkinkah Vitamin C dapat dijadikan sebagai alternatif kepada vaksin COVID-19? Wallahu’alam. Kita hanya mampu doakan yang terbaik.
14% dari kes-kes positif COVID-19 yang teruk adalah melibatkan acute lung injury (ALI) dan acute respiratory distress syndrome (ARDS). Pencetusnya ialah lambakan cytokine (cytokine storm) dalam darah yang menyebabkan tekanan oksidasif yang melampau yang seterusnya menyebabkan kerosakan tisu paru-paru yang teruk.
Dalam kajian ini, Vitamin C dos tinggi diberikan ke atas pesakit COVID-19 sebagai antioksida yang berpotensi untuk mengurangkan tekanan oksidasif dalam usaha mengurangkan tahap kerosakan paru-paru, juga dalam usaha mencegah kegagalan fungsi organ yang lain.
Pesakit yang terlibat dalam kajian tersebut mempunyai masalah kesihatan yang pelbagai. Mereka juga adalah perokok. Dari ujian tersebut, kumpulan yang diberi rawatan tambahan dengan Vitamin C didapati mempunyai tempoh sakit berkurangan dan SOFA (Sequential Organ Failure Assessment) score yang lebih baik.
Kesemua mereka diberi ubat-ubatan yang biasa diberikan untuk keadaan mereka dan satu kumpulan ditambah dengan Vitamin C. Keputusan kajian mendapati pesakit yang diberi rawatan tambahan Vitamin C 57% discaj dari hospital dengan sihat, 29% discaj dengan ketidakupayaan dan 14% meninggal. Berbanding kumpulan yang tidak dirawat dengan Vitamin C, 71% kematian, 29% discaj dengan ketidakupayaan – bebas COVID-19 tapi mengalami kegagalan atau kecederaan pada organ lain.
Keputusan Kajian Vitamin C Ke Atas Pesakit COVID-19 di ICU:
Dari kajian ini, apa yang kita dapat simpulkan ialah Vitamin C membantu pesakit COVID-19 di ICU dengan:
- mengurangkan kadar kematian sebanyak 57%
- cepat sembuh, keluar dari hospital lebih cepat
- 5.6 hari lebih cepat bebas extubation
- 7.5 hari lebih cepat bebas dari alat sokongan pernafasan
Kajian ini dilakukan di hospital-hospital di Malaysia. Anda boleh rujuk kepada artikel asal di sini…
Saranan KakNjang:
Sebelum ini KakNjang ada bincangkan bagaimana 1 dari 2 orang mereka yang didapati positif COVID-19 tidak adalah tidak bergejala; rujuk sini…
Ini bermaksud sesiapa sahaja antara kita boleh dijangkiti dan menjangkiti. Sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan paru-paru dan organ yang lain, KakNjang cadangkan kita amalkan pemakanan yang sihat dan tinggi dengan vitamin c, juga sebagai tambahan pengambilan Vitamin C Shaklee yang terbukti secara klinikal, selamat dan berkesan.
KakNjang sekeluarga ada masalah sinus. Jadi kami sekeluarga amalkan Vitamin C, Omega-3 dan Interferon sebagai langkah pencegahan dan memastikan sistem imun sentiasa pada tahap terbaik.
Kita Jaga Kita!
Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua. Semoga kita semua dilindungi dari wabak COVID-19 ini.