4 Suplemen Bantu Cepat Pulih Sakit Badan Selepas Bersukan
Kita mungkin dah ada satu set rutin senaman harian atau mingguan yang diikuti untuk memastikan kecerdasan dan kecergasan kita tip top. Tetapi akan ada satu masa di mana kita rasa sakit badan selepas bersukan, sebab kita terlebih bersukan… kata KakNjang. Betul ke ada istilah terlebih bersukan ni?
Apa yang KakNjang maksudkan dengan terlebih bersukan ni? Keadaan ni wujud bila mana kita memaksa diri untuk buat lebih dari biasa. Paksa diri untuk berlari berbasikal lebih jauh lebih kuat dari biasa. Selalunya ia berlaku ketika kita di dalam sesuatu pertandingan atau acara sukan yang memerlukan kita untuk beusaha lebih sedikit (atau banyak) dari biasa untuk mencapai sesuatu target dari segi masa atau rintangan dalam sesuatu acara sukan tersebut.
Ketika bersenam atau bersukan, otot akan kekurangan glikogen, tenaga terhasil dari glukosa dan karbohidrat. Ini menyebabkan otot mengalami koyakan kecil dan menyebabkan terkumpulnya radikal bebas. Itu semua menyumbang kepada sakit otot selepas bersukan. Lebih kuat kita bersukan, lebih banyak/besar koyakan pada otot, maka lebih jugalah kesakitan yang dirasa. Selalunya akan paling terasa tatkala baru bangun dari tidur di waktu pagi.
Sekiranya anda seorang ahli sukan, penting untuk anda pulih cepat supaya tidak ketinggalan dengan rutin latihan sukan dari jurulatih. Sekiranya bersukan bukan sumber pendapatan anda, bermaksud selepas sesuatu acara sukan, anda perlu kembali kepada rutin harian anda, menjalankan tugasan harian seperti biasa. Biasanya tempoh rehat diperlukan untuk pulih dari kecederaan atau sakit-sakit selepas bersukan ialah 48 jam, mungkin lebih bergantung kepada betapa seriusnya kecederaan yang dihadapi selepas bersukan itu. Sekiranya tidak dibantu, kesakitan ini boleh berlarutan dan memudaratkan tubuh kita sendiri.
Jadi, hari ini KakNjang nak kongsi dengan anda semua bagaimana nak bantu anda cepat pulih dari sakit badan selepas bersukan.
Tidak dinafikan pemakan yang betul dengan pengambilan buah sayur yang lebih serta pengambilan protein yang mencukupi membekalkan tubuh dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Akan tetapi tatkala waktu kecederaan begini, pengambilan suplemen sangat-sangat membantu kerana suplemen terus menyediakan nutrisi, vitamin, mineral yang tepat untuk baikpulih kecederaan dan mengembalikan kecergasan otot tadi.
Di sini KakNjang senaraikan 4 suplement/vitamin yang sangat penting semasa fasa pemulihan selepas bersukan:
Protein
Protein merupakan nutrien terpenting untuk diambil selepas bersukan kerana otot-otot yang rosak perlu diperbaiki dan dibina semula. Pengambilan protein dalam bentuk serbuk bukan sahaja cara yang pudah dan efisien untuk membekalkan segala asid amino perlu ke otot, tetapi serbuk protein merupakan kaedah paling sempurna untuk merangsang sintesis protein untuk membaikpulih dan membina semula otot. Anda boleh baca lagi di sini… Dalam memilih serbuk protein, pastikan anda pilih dari sumber yang terbaik.
Minyak Ikan
Minyak ikan merupakan sumber terbaik Omega3. Omega3 merupakan asid lemak yang sangat berfaedah dalam memelihara kesihatan kita secara menyeluruh, termasuk memastikan jantung, otak dan mata berfungsi dengan baik. Yang paling penting, omega3 membantu mengurangkan keradangan dan tingkatkan serapan oksigen yang menggalakkan otot untuk pulih lebih cepat. Keradangan bukan sahaja membahayakan kesihatan, malah keradangan mempengaruhi keupayaan tubuh untuk pulih dari kecederaan, kurangkan lemak dan membina otot.
Magnesium
Magnesium bantu otot lebih relax. Sebab itu bila dapat magnesium, tidur lebih lena. Tapi yang lebih penting, bila otot mampu untuk relax, penyembuhan semakin cepat. Magnesium bantu perbaiki fungsi otot, kekalkan elektrolit dalam badan dan kurangkan keletihan. Apabila digabungkan dengan zinc, ia dapat bantu tingkatkan sistem imun.
Co-Enzyme Q10 (CoQ10)
CoQ10 bersifat anti-oksida, anti-radang dan membekalkan tenaga kepada sel otot. Anti-oksida cegah kerosakan dari radikal bebas terhasil ketika sintesis otot, anti-radang mengurangkan kesakitan, dan apabila tenaga dibekalkan kepada sel, penyembuhan menjdi cepat dan otot dapat bekerja lebih kuat. Tubuh menghasilkan CoQ10 dari pemakanan kita secara semulajadi. Malangnya semakin kita menua, keupayaan tubuh untuk menghasilkan CoQ10 semakin berkurangan. Oleh itu CoQ10 sangat-sangat diperlukan dalam bentuk suplemen.
Terdapat beberapa lagi vitamin yang bantu cepat pulih sakit badan selepas bersukan seperti VItamin A, Vitamin B-Complex, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E dan Zinc.
Suplemen mungkin mahal tetapi ianya sangat berbaloi sekiranya anda melabur kepada suplemen yang berkualiti tinggi. Dengan mengamalkan suplemen berkualiti tinggi, anda bukan sahaja dapat tingkatkan prestasi sukan anda, tetapi tempoh pemulihan juga dapat dipendekkan.
Jadi, untuk para atlit, maksimumkan prestasi anda.
Berlatih sehabis kuat. Pulih kecederaan dengan bijak. Suplemen dengan cara yang betul.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!
Di bawah ni KakNjang sediakan link untuk memudahkan anda dapatkan cadangan suplemen bantu cepat pulih sakit badan selepas bersenam.
Klik pada ikon di bawah untuk pembelian secara online, bayaran menggunakan kad kredit/debit. Untick mana-mana produk cadangan yang tidak diperlukan.
Atau
Anda boleh terus WhatsApp KakNjang di 019 668 6767 atau klik pada ikon di bawah
Konsultasi exclusive percuma untuk semua pelanggan KakNjang.
Penghantaran percuma untuk pengguna sekitar
Air Keroh, Bukit Katil dan Bukit Beruang.
Pos ke seluruh Malaysia.
Nak beli dengan harga lebih rendah, daftar sebagai Ahli Keluarga Shaklee sekarang.
Semoga bermanfaat.
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!
Tinggalkan Balasan