Berpeluh Tanpa Keluar Rumah!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua keluarga dan rakan taulan KakNjang. Hari ni KakNjang nak kongsi dengan ibu-ibu yang bekerja dari rumah, mahupun surirumah sepenuh masa, bagaimana nak berpeluh sakan di rumah. Berpeluh Tanpa Keluar Rumah!
KakNjang selalu kongsi dengan rakan-rakan sekolah KakNjang tentang penuaan sihat dan macam-macam cadangan KakNjang dapat dari mereka terutama bagaimana nak bakar lebih lemak tanpa menjadi hulk hogan! Seorang dari rakan KakNjang kongsi video ni, hanya 45 minit untuk berjalan sejauh 3 batu hanya di depan TV.
Waktu pagi sangat kritikal bagi kita ibu-ibu yang berada di rumah, terutama untuk menguruskan laundry dan ke pasar. Namun, badan kita kena sihat dulu sebelum kita dapat menguruskan yang lain-lainnya. Betul? Jadi, utamakan kesihatan diri juga dalam menguruskan rumahtangga.
Bagaimana nak manfaatkan waktu pagi untuk kesihatan yang lebih baik?
Berjalan 3 batu setiap pagi!
KakNjang tak keluar rumah untuk berjalan sejauh 3 batu tu.
Ini apa yang KakNjang buat/akan buat pagi ni…
- Sarapan dan ambil suplemen – CoQ10 dan Vitamin C
- Masukkan baju ke dalam mesin basuh, dan jalankan mesin.
- KakNjang buka video YouTube ni dan ikut je kat depan TV.
- Selesai 3 batu berjalan, kita kutip Vitamin D sambil sidai baju
- Mandi
- Ke pasar
Sementara Mesin basuh tu berjalan, KakNjang pun berjalan juga. Aktiviti berjalan sejauh 3 batu ini sangat sesuai untuk kita-kita mak-mak pergi pasar ni sebab tiada gerakan teknikal diperlukan, hanya berjalan.
Video sesuai untuk mereka yang berbadan besar dan nak keluarkan peluh tapi malu nak berdepan dengan masyarakat luar, malu nak berjoging kat luar. Mulakan dari rumah sahaja. Ikut video ini, tapi jangan mengalah separuh jalan. Ikut sehingga habis. 45 minit sahaja.
Untuk kita-kita yang dah melepasi usia 40an ni, video ini sangat sesuai kerana InSyaaAllah semua gerakan dalam video ini adalah selamat dan susah nak dapat kecederaan melainkan anda memang tidak boleh berjalan.
Ok. Mesin basuh dah masuk cycle akhir, nak spin dah. Jom sidai baju pula.
Hari ini cuaca sangat baik. Matahari bersinar hebat sekali. Matahari merupakan sumber alami Vitamin D, bagus untuk kesihatan tulang.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengutip Vitamin D. Jom kita…
Tinggalkan Balasan