9 Tip Untuk Kulit Lebih Cantik Dan Sihat Di Usia 50an
Semua orang tak ke mana, akan menuju tua. Bezanya antara kita ialah cepat atau lambat kesan penuaan tu nampak. Tua selalunya dikaitkan dengan kerepot, kan? Bagaimana untuk kita pastikan kulit kita lebih cantik dan sihat di usia 50an? Bagaimana untuk melambatkan proses kekerepotan itu? Bagaimana nak cantik masa tua? Bagaimana nak sihat masa tua?
Kebijaksanaan dan keyakinan kita mungkin akan bertambah seiring dengan usia kita. Akan tetapi tahap hormon dalam badan kita berkadar songsang dengan usia. Semakin usia kita meningkat, penghasilan hormon dalam tubuh semakin merudum.
Menopaus menyebabkan banyak perubahan pada kulit kita. Badan akan semakin gagal menghasilkan kolagen yang banyak seperti ketika kita remaja dahulu. Kita kehilangan lemak di bawah kulit menyebabkan kulit kurang keanjalannya. Ditambah pula dengan kekeringan yang disebabkan oleh perubahan hormon, boleh menyebabkan kendur (terutamanya di sekitar leher, rahang, dan pipi) dan garis halus dan kedutan. Selalunya kita akan ada crow’s feet kat tepi mata, dan garisan-garisan halus atas bibir bila usia semakin meningkat.
Bagaimana hendak atasi kesan penuaan pada kulit ini?
1 – Cuci Muka!
Kebersihan dan pembersihan adalah langkah yang paling penting dalam penjagaan kulit tatkala usia semakin meningkat. Semakin tua, kulit semakin kering. Gunakan mandian dan pencuci muka untuk kulit kering, yang memelihara dan menambahkan lembapan kepada kulit.
Jadi, pilih pencuci yang berkrim yang menghidratkan; bukan pencuci berbuih atau gel yang boleh menghilangkan kelembapan semulajadi kulit.
Contoh pencuci muka organik yang anda boleh cuba – YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser.
2 – Gunakan Pelembab!
Kulit kita akan lebih kering bila dah menopause. Elakkan mandi menggunakan air panas. Seeloknya sapukan pelembab selepas mandi atau mencuci muka; ketika kulit masih lembab. Ini akan membantu menghidratkan kulit kita.
Contoh pelembab yang best anda kena cuba – YOUTH Age Defense Moisturizer – SPF50.
3 – Gunakan Krim Pelindung Matahari – SPF50!
Semakin kita meningkat usia, perlindungan semulajadi pada kulit semakin berkurangan. Oleh itu sila cari krim pelindung cahaya matahari SPF30 atau lebih. Dah jumpa, sila gunakannya setiap hari.
Pelembab YOUTH kita memang dah SPF50. Simple. Kena cuba – YOUTH Age Defense Moisturizer – SPF50.
4 – Belakang Tangan Juga Perlukan Perhatian!
Selalu kita akan fokus pada muka saja kan? Jangan lupa belakang tangan kita pun perlukan perhatian. Kulit di belakang tangan kita akan lebih kelihatan berkedut dan menipis. Cuba lihat sekarang. Dah nampak lebih banyak urat-urat bermacam warna dan ada juga yang dah nampak tulang belulang di situ. Kurangkan kedutan itu dengan menggunakan pelembab tangan dan lindungi dari sinaran matahari. Gunakan sarung tangan ketika berkebun atau melakukan kerja rumah.
5 – Makan Sayur Buah Mentah – Antioksida!
Kolagen memberi kesan keremajaan, tegang dan anjal pada kulit kita. Tapi bila estrogen drop, kolagen pun drop. Makan makanan yang mempunyai antioksidan boleh membantu menjadikan kulit kita kuat dari dalam. Cari buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna terang (lebih terang, lebih tinggi 6 – antioksidanya) dan cuba makan setiap spektrum warna.
Boleh cuba pemakanan tambahan/suplemen Vitamin C, Vitamin A dan Collagen Powder.
6 – Banyakkan Makan Soya!
Soya kaya dengan isoflavon, sebatian berasaskan tumbuhan mirip estrogen di dalam badan. Isoflavon boleh membantu memperbaiki perubahan berkaitan dengan usia seperti kulit yang menipis. Pakar percaya kira-kira 50 mg isoflavon – lebih kurang 3 auns tempe atau setengah cawan miso sehari boleh membantu wanita mengatasi gejala menopaus.
Pilihan lain, serbuk protein soya terbaik dipasaran, anda boleh cuba ESP.
7 – Kawal Stress!
Stress atau tekanan boleh menjadikan kulit kita lebih kering dan lebih sensitif. Stress juga boleh mencetuskan kepada pelbagai sakit kulit seperti psoriasis. Dan jika kita stress, kita mungkin juga lupa rutin penjagaan kulit kita. Cuba yoga, meditasi, dan teknik pengurangan stress lain untuk membantu kita berehat.
8 – Bersenam! Exercise!!!
Bersenam bukan sahaja bantu kuatkan otot dan tulang. Besenam juga membantu kulit kita dengan dua cara. Pertama – bersenam kurangkan stress. Kedua – bersenam tingkatkan aliran darah ke seluruh badan termasuklah kulit kita di bahagian muka. Peredaran darah yang baik dengan oksigen yang cukup menjadikan kulit kelihatan glowing. Berseri-seri. Lebih cerah. Lebih sihat.
9 – Tidur Yang Cukup!
Tidur yang cukup bantu kulit kita kelihatan lebih segar. Tidur yang cukup elakkan lingkaran hitam di bawah mata. Tidur yang cukup juga beri peluang untuk tubuh kembalikan tenaga dan pulihkan sebarang kerosakan dalam tubuh. Tak cukup tidur menyebabkan metabolisma dan penghasilan hormon lebih terjejas, sepertimana penuaan mengurangkan tahap metabolisma dan paras hormon dalam badan.
Rumusan!
Bila kita perhatikan semua tip di atas, kita akan kembali kepada 3 Langkah Menuju Penuaan Sihat. Memang tak dapat nak lari punya. Jadi, untuk menjaga penampilan dan kesihatan kulit yang baik, untuk sihat dan cantik di usia 50an, kita perlulah:
- Jaga pemakanan! Eat more of raw green leafies, veggies dan yang paling penting pilih yang berwarna terang untuk dapatkan lebih banyak dan tinggi kandungan antioksidanya.
- Lifestyle! Beralih kepada healthier lifestyle. Bersenam. Kurangkan stress. Tidur cukup. Personal hygiene. Semua tu kena jaga.
- Pemilihan suplemen yang bijak. Yang ketiga ni sangat penting untuk menyokong yang pertama dan kedua di atas.
Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!