6 Mitos Tentang Penuaan dan Bersenam | Azura Abdul

6 Mitos Tentang Penuaan dan Bersenam | Azura Abdul

Kecergasan ni tiada expiry date! Dalam setiap peringkat umur, tahap kecergasan kita, fitness kita, mempengaruhi tahap kesihatan kita. Tahap kecergasan kita mampu membantu menurunkan angka-angka tertentu seperti bacaan kencing manis, darah tinggi dan kolesterol terutamanya. Itu antara penyakit yang biasa kita akan dapat bila usia semakin meningkat. Tahap kecergasan kita mempengaruhi bagaimana kita bergerak, juga apa yang kita rasa. Namun ramai yang gagal menjaga kecergasan mereka di usia tua kerana terpengaruh dengan 6 mitos tentang penuaan dan bersenam ini.

#1: Aku dah tua…

Sebenarnya, tidak bergerak atau tidak bersenam menyebabkan kita lebih berisiko untuk sakit dan mempercepatkan proses penuaan itu sendiri.

Mereka yang mempunyai gaya hidup sedantari dilaporkan mempunyai dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit jantung, lebih kerap jumpa doktor dan lebih banyak makan ubat-ubatan.

Cadangan:

Jika anda tidak pernah bersenam, atau dah lama tidak bersenam, mulalah dengan yang ringan-ringan sahaja.

Contohnya: berenang, berjalan kaki, berkebun, bermain dengan anak cucu, dan sebagainya.

Cuba untuk dapatkan 30 minit setiap sesi, 5 kali seminggu untuk senaman kardio, 2 kali seminggu senaman angkat berat.

Jika 30 minit itu terlalu lama, buatlah sedikit dahulu. 10-15 minit setiap kali lebih baik dari tak buat langsung!

Bersenam ni tidak bermaksud kena pergi gym atau join team sukan mana-mana, dan angkat berat tu tidaklah bermaksud angkat berat macam body builder dok buat tu.

Memadai dengan santai-santai main sukan yang pernah kita main dulu seperti badminton atau tenis atau sebagainya.

Jika tidak pernah bersukan, boleh rujuk contoh yang KakNjang beri di atas tadi 🙂

#2: Nanti aku tercedera…

InSyaaAllah tak tercedera jika kita tahu apa yang kita buat, sedar diri dan tidak melampaui batas.

Nak mulakan sesuatu program sukan atau senaman, boleh bincang dengan doktor yang biasa kita lawati. Mereka ada rekod kesihatan kita sejak awal lagi. Mereka akan dapat menasihati kita tentang sukan atau jenis senaman yang boleh kita ikuti dan perlu kita elak.

Bila kita lebih fit, badan lebih cergas, maka akan kuranglah risiko jatuh dan kecederaan.

Cadangan: boleh cuba Yoga, Tai-chi, plank, pushups, lunges.

#3: Jantung dah tak kuat…

Bila kita bersenam, otot jantung akan lebih kuat dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tak perlu masuk marathon atau paksa diri lari 5km sekali harung. Berjalan laju sikit keliling taman sudah memadai untuk melancarkan aliran darah, buat kita berpeluh, kawal paras kolesterol dan kawal mood kita sepanjang hari.

#4: Aku tak mampu…

Nak sihat ni sebenarnya percuma sahaja 🙂 tak perlu keluarkan sesen pun. Perlu keluar peluh tu je ha!! Eh tetiba KakNjang ter-Emo kejap, ops…???

Macam yang KakNjang dah sebut sebelum ini, briskwalk keliling taman bagi keluar peluh.

Berkebun setiap pagi atau petang.

Kalau hujan, dalam rumah je kita. Boleh je follow senaman ringan di YouTube seperti powerwalk with Leslie Sansone ni ke…

Kalau nak tambah rintangan atau bebanan untuk strength training, pergi ambil 2 botol mineral 500ml, isi air dan pegang sambil powerwalk tu. Tak pun, boleh je buat macam ala-ala angkat berat tu angkat sikit-sikit pelan-pelan. Kalau rasa tak mencabar sangat, tukar botol air yang lebih besar, penuhkan botol air 1L atau 1.5L dan angkat.

Tak pun, kita boleh je guna berat badan sendiri sebagai bebanan. Senaman seperti pushups, lunges, wall pushups, plank dan sebagainya. Free je!?‍♀️

After all, kita bersenam ni pun untuk menguatkan otot supaya kita boleh angkat diri sendiri dan bergerak sana sini, tanpa risau nak jatuh, bila dah semakin meningkat usia matang ni.

#5: Aku gerak dah tak macam dulu…

Kenapa nak bandingkan kita yang dulu dengan kita yang sekarang? Dulu tu dulu lah. Masa tu kita tengah muda belia, sihat wal’aafiat.

Sekarang is sekarang. Nak hidup pun sekarang. Bergerak cara sekarang.

Jika tak tahu bagaimana, dapatkan bantuan.

Ada kajian dari Yale University mendapati warga tua yang berjalan hanya sekitar 20 minit setiap hari mempunyai kurang risiko masalah gerakan dan kestabilan tubuh selepas 2 tahun berbanding mereka yang tidak buat apa-apa ikhtiar.

Nah! Dah ada kajian tu… takkan nak dok diam diri sahaja?

Daripada asyik terkenangkan apa yang kita boleh buat suatu waktu dahulu, lebih baik fokus kepada mengenal pasti senaman atau aktiviti fizikal yang mana sesuai untuk kita buat sekarang.

Semoga dengan ikhtiar kita bergerak dan bersenam ini, akal fikiran kita sentiasa tajam dan tubuh badan sihat dan cergas hingga ke tahun-tahun mendatang.

#6: Dah tua-tua ni tak de geng nak senam sama-sama!

Awat tak habaq awai-awai… tak dak geng rupanya! ???

Ada je group wasap ikhtiar untuk sama-sama sihat dan cergas yang kita boleh sertai. Kena cari lah 😛

Contohnya macam KakNjang. KakNjang join GengLari dan GengDetox untuk tujuan ini.

Group yang KakNjang join; walaupun namanya GengLari, tidaklah semuanya wajib berlari. Ramai je yang sekadar berjalan atau briskwalk untuk mengumpul sebanyak kilometer yang mungkin dalam setiap event jika ada.

Begitulah juga dengan GengDetox. Ada yang gerun bila dengar bunyi perkataan “detox” tu. Tapi group ini sebenarnya menggalakkan para peserta mengamalkan pemakanan sihat terutamanya cara Pinggan Sihat Malaysia: Suku-Suku-Separuh. Banyak resepi yang berkenaan dikongsi bersama.

Jika ada yang berminat nak join kumpulan yang KakNjang sertai tersebut, boleh terus wasap KakNjang di 0196686767. Nanti KakNjang uruskan!

Nah. Dah faham bukan tentang 6 mitos penuaan dan bersenam tu tadi? Jadi, janganlah berlengah lagi. Ayuh semua rakan seperjuangan KakNjang. Sama-sama kita mulakan gaya hidup yang lebih sihat untuk masa depan kita yang lebih sihat dan cergas.

AzuraAbdul.com

Penuaan Sihat bermula sekarang. Bukan esok, bukan Isnin depan. Tapi, SEKARANG!

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua ;-).

Artikel ini diilhamkan dari WebMD.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *