Pakej Kiriman ESP-Ajwa Untuk Mak Ayah di Kampung

ESP-Ajwa untuk mak ayah di kampung

Tahun ni KakNjang nak buka Pakej Kiriman ESP-Ajwa Untuk Mak Ayah di Kampung. Idea ni datang sebab mak KakNjang suka minum ESP bersama kurma Ajwa bila puasa, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Mak KakNjang suka kurma yang dijual timbang, bukan yang dijual dalam kotak. Jadi, memang KakNjang selalu pos ESP bersama kurma kegemarannya terutama untuk tingkatkan tenaga di bulan puasa.

KakNjang pasti mak ayah anda juga ada yang begini. Nak KakNjang bantu dapatkan kurma terbaik bersama ESP? Boleh terus wasap KakNjang di sini!

ESP-Ajwa untuk mak ayah di kampung

Tingkatkan Tenaga di bulan
Ramadhan dengan Protein Berasaskan Tumbuhan!

Ketika berpuasa, kita tidak makan dan minum selama lebih 10 jam. Tubuh akan menggunakan glukosa yang disimpan dalam hati dan otot sebagai sumber tenaga.

Glukosa habis, tubuh akan beralih kepada lemak sebagai sumber tenaga.

Puasa yang berlanjutan akan membuatkan tubuh beralih dari lemak kepada protein sebagai sumber tenaga.

Penggunaan tenaga dari sumber protein tubuh pada suatu jangka masa yang panjang adalah tidak sihat kerana boleh menyebabkan:

  • Pengecutan otot
  • Keletihan melampau
  • Kadar metabolik tubuh menurun

Untuk kita yang muda belia, otot sado, cergas sihat tubuh badan, pengecutan otot mungkin tidak begitu menjejaskan kesihatan tubuh. Kerana selepas selesai ibadah puasa, kita boleh kembali kepada rutin makan seperti biasa. Namun untuk warga emas, pengecutan otot akan mengundang pelbagai masalah kesihatan dan mobiliti. Baca lagi di sini…

BAGAIMANA UNTUK TINGKATKAN DAN KEKALKAN TENAGA MAK AYAH KITA DI BULAN PUASA?

  • Ambil minuman berprotein tinggi semasa berbuka dan semasa bersahur untuk mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama.
  • Pilih minuman protein yang tinggi kalsium dan rendah Indeks Glisemik, membantu anda mengekalkan tenaga dan focus sepanjang hari.
  • Pilih minuman protein dari sumber tumbuhan yang rendah lemak dan tanpa kolesterol untuk membina badan sihat ketika puasa.
ESP Protein soya rendah indeks glisemik, sesuai untuk puasa | Azura Abdul
  • Pilih protein berkualiti tinggi yang mudah diserap oleh tubuh.
5 sebab kenapa Kurma baik untuk kesihatan | Azura Abdul

Antara 5 sebab kenapa kurma baik untuk kesihatan:

  • Elak sembelit
  • Kurangkan kolesterol jahat
  • Sokong kesihatan jantung
  • Sokong Penuaan Sihat
  • Bekalkan tenaga segera yang selamat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *