Makanan Indeks Glisemik (GI) Rendah Baik Untuk Kesihatan

Rendah GI baik untuk kesihatan

Bagi yang ada masalah metabolik, atau penyakit terutamanya kencing manis, anda perlu tahu tentang Indeks Glisemik (GI – Glycemic Index) ni sebab lebih rendah GI, lebih baik untuk kesihatan.

Walau kita dalam keadaan sihat sekarang, namun semakin kita berusia, masalah berkaitan metabolik tetap akan timbul. Oleh itu kita perlu cakna dengan maklumat berkenaan GI.

Berikut dikongsikan penerangan tentang GI oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad di FB Page nya.

APAKAH INDEKS GLISEMIK (GI)?

Indeks Glisemik telah diperkenalkan pada 1981 oleh seorang ahli sains, Dr David Jenkins. Ia telah dibentangkan dalam American Journal of Clinical Nutrition dan dijadikan panduan untuk menilai jenis karbohidrat dan kesannya pada paras glukosa darah. Secara tidak langsung kajian beliau memberikan impak mengenai kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia.

Untuk menilai GI dalam satu makanan, ia diberikan nilai antara kosong hingga 100. Nilai kosong ialah apabila makanan tidak meningkatkan paras glukosa dalam darah dan nilai maksimum peningkatan paras glukosa adalah 100.

Makanan yang mudah dan cepat hadam dan ditukar menjadi glukosa dalam darah dipanggil GI Tinggi (high glycemic index) apabila nilai GI lebih daripada 70.

Nilai GI antara 56 hingga 69 pula dipanggil GI Sederhana (medium glycemic index).

Makanan lebih lambat menjadi glukosa pula dipanggil GI Rendah (low glycemic index) apabila nilai GI kurang daripada 55.

Dengan adanya panduan seperti ini kita dapat memilih makanan bagi mengurangkan kenaikan gula yang pantas dalam darah setelah memakan makanan itu. Ini kerana makanan tinggi GI menyebabkan kenaikan cepat paras glukosa dalam darah. Sementara, makanan rendah GI menaikkan paras glukosa dalam darah secara beransur-ansur.

Kadar kenaikan paras glukosa yang terlalu tinggi dengan cepat selepas makan harus dielakkan kerana ia memudaratkan kesihatan diri untuk jangka panjang. Kita perlu menstabilkan paras glukosa darah dengan memakan makanan yang mempunyai rendah GI untuk mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes), darah tinggi, sakit jantung, kolesterol tinggi, strok dan kanser.

Sebagai kesimpulan, kita perlu memilih makanan berkarbohidrat dengan nilai GI rendah dan sederhana dalam pemakanan seharian dan perlu mengurangkan makanan mempunyai nilai GI tinggi.

Contoh Makanan / Nilai GI

ROTI DAN BIJIRIN

  • Roti Putih – 78
  • Nasi Putih – 77
  • Kentang Lenyek – 82
  • Beras Perang – 55
  • Pasta – 60
  • Mi – 80
  • Tepung Gandum – 75
  • Oat – 80
  • Bijirin Jagung – 54

MINUMAN / MAKANAN RINGAN

  • Minuman bergas – 70
  • Teh tarik – 72
  • Gula pasir – 70
  • Madu – antara 35 hingga 64 (bergantung pada kualiti)
  • Jus Oren – 80
  • Kacang pea – 10
  • Kentang goreng – 58

SAYUR-SAYURAN

  • Lobak merah – 50
  • Asparagus – 15
  • Brokoli-15
  • Kacang Buncis – 30

BUAH-BUAHAN

  • Epal – 39
  • Oren – 42
  • Pisang – 40
  • Kismis – 64

Secara umumnya jika sesuatu makanan mempunyai GI tinggi, kita patut makan sedikit saja dan jika mempunyai GI rendah, kita perlu makan lebih banyak.

#HealthDrZubaidi

Gi rendah baik untuk kesihatan

Produk Shaklee yang membekalkan makronutrien semuanya memiliki nilai GI yang rendah.

Produk Shaklee GI rendah baik untuk kesihatan
Nilai Indeks Glisemik Glycemic Index serbuk protein Shaklee: MealShakes – 42, ESP – 39, Cinch Shake Latte – 27, Cinch Shake Vanilla – 22, Cinch Shake Chocolate – 16.

Disebabkan oleh nilai GI yang rendah, produk Shaklee sememangnya sesuai untuk mereka yang inginkan kesihatan yang lebih baik.

Bilakah waktu kritikal untuk memiliki sumber protein, makronutrien ini? Ketika berpuasa, di bulan puasa, atau jika anda sudah pun didiagnos dengan penyakit kencing manis. Sumber protein rendah GI bantu kita rasa kenyang lebih lama, bekalkan tenaga lebih lama dan yang paling penting, kekalkan paras gula dalam darah pada tahap sihat.

Vitamin penting untuk kesihatan pesakit kencing manis

Hubungi KakNjang sekarang untuk dapatkan bekalan makronutrien sihat anda!

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Pengedar Shaklee Malaysia
  • Salam,….saya masak guna beras putih , dan apabila menggelegak saya buang kanjinya Dan bilas dgn air 2 atau 3 Kali. Adakah cara ini baik
    dan selamat untukk dimakan pengidap diabetes ?
    Terima kasih.

    • Salam En. Shahideen. KakNjang kurang pasti tentang kaedah memasak seperti itu. Tetapi yang KakNjang tahu, kita boleh tukarkan kanji dalam nasi menjadi ‘kanji degil’ atau ‘resistance starch’ di mana ‘kedegilan’ tersebut menyebabkan nasi jadi lambat dihadam dan tenaga dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam sistem tubuh.

      Boleh wasap KakNjang di 019 668 6767 kita boleh bincang lebih lanjut.

      Terima kasih sudi singgah dan bertanya 🙂

  • Apakah produk yg baik yang boleh digunakan oleh pesakit diabetes jika ingin mengamalkan barangan shaklee

    • Salam tuan.

      Paling baik untuk kawalan gula ialah RESVERATROL. Shaklee ada VIVIX yang mengandungi kandungan resveratrol tinggi. Untuk tujuan binaan asas, sila ambil ESP. Ada banyak supplement Shaklee yang menyokong kawalan gula dalam darah dan kesan ubatannya juga simptom biasa pesakit kencing manis. Antara lainnya seperti VitaLea, BComplex, GLA, OmegaGuard, Zinc, CoQ-Trol, Ostematrix dan Vitamin C.

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *