Manfaat Matcha untuk Kesihatan
Matcha atau teh hijau terbaik berkualiti tinggi yang berasal dari Jepun ini sememangnya memiliki manfaat yang banyak untuk kesihatan. Biasanya dijadikan sebagai perisa atau pewarna makanan semulajadi. Mengandungi antioksida yang tinggi dan bersifat anti-radang, tidak hairanlah ramai yang memilih matcha sebagai minuman sihat mereka.
Antara tujuan utama ramai yang memilih matcha adalah kerana manfaat matcha untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Ramai juga yang mencari matcha untuk manfaat sebagai penenang, kawal mood dan anxiety.
Kenapa agaknya ya? Jom kita tengok 6 kebaikan utama matcha untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.
6 Manfaat Utama Matcha Untuk Kesihatan Tubuh
Manfaat Matcha untuk Fungsi Kognitif dan Otak
- Menggalakkan ketajaman mental, ketenangan & fokus.
- Mengurangkan inflamasi neuron
- Menghalang penuaan otak
Manfaat Matcha untuk Tingkatkan Tenaga tanpa Rasa Gemuruh
- Memberikan tenaga tanpa rasa gemuruh atau menggigil gementar
- Meningkatkan kepekaan dengan meningkatkan pengeluaran adrenalin
Manfaat Matcha Sebagai Antioksida dan Agen Anti-Radang
- Kaya dengan antioksidan, bertindak sebagai pemburu radikal bebas.
- Menyekat penghasilan cytokine dan enzim yang berkaitan dengan keradangan.
Manfaat Matcha Untuk Pengurusan Berat Badan dan Metabolisma
- Meningkatkan penggunaan tenaga
- Mempercepatkan metabolisma lemak
- Menghalang penyerapan lemak dan glukosa
Manfaat Matcha untuk Jantung yang Sihat
- Menghalang pengoksidaan LDL dengan mengurangkan tekanan oksidasif.
- Memperkukuhkan dan meningkatkan fleksibiliti salur darah.
Manfaat Matcha untuk Detoksifikasi
- Membersihkan dan melancarkan aliran darah, buah pinggang dan hati.
- Menyokong proses detoksifikasi hati
Dapatkan manfaat matcha bersama kehebatan serbuk protein soya non-GMO Shaklee. Terkini, produk bermusim dari Shaklee, Life Shake Mixed Soy Protein with Matcha didatangkan dalam tempoh terhad. Maklumat lanjut di sini…