Produk Shaklee Halal Atau Haram? JAKIM Iktiraf?

Produk Shaklee Halal atau Haram?

KakNjang dapat banyak soalan yang mempertikaikan tentang status halal atau haram produk Shaklee. Jika betul produk Shaklee ni halal, kenapa tiada tanda halal JAKIM? Itu dulu lah… Sekarang semua dah packing baru, siap ada tanda halal JAKIM lagi!

Produk Shaklee adalah HALAL dan diperakui oleh Islamic Services of America (ISA). Setiap tahun Shaklee akan memperbaharui sijil halalnya dan senarai produk halal juga turut dikemaskini. Sijil Halal Shaklee 2023 adalah seperti berikut:

Sijil Halal Collagen Powder Shaklee 2023 | Azura Abdul
Sijil Halal Hero Kiddo Shaklee 2023 | Azura Abdul
Sijil Halal Shaklee 2023 | Azura Abdul
Sijil Halal Shaklee 2023 diperakui oleh Islamic Services of America (ISA).
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.isahalal.org
Sijil Halal Shaklee 2023 | Azura Abdul
Sijil Halal Shaklee 2023 diperakui oleh Islamic Services of America (ISA).
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.isahalal.org

Siapakah ISA ini?

Islamic Services of America (ISA) adalah badan pensijilan Halal terkemuka di Amerika Syarikat dan Amerika Utara, diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam setiap sektor industri Halal termasuk daging dan ayam, penyembelihan dan perkhidmatan pengeluaran.

Produk Shaklee halal atau haram?
Produk Shaklee halal atau haram?

ISA diiktiraf secara global oleh Majlis Makanan Halal Sedunia (WHFC), JAKIM (Malaysia), MUI (Indonesia), MUIS (Singapura), dan badan pengawalseliaan negara lain.

Terdapat banyak badan yang memberi tanda halal sesuatu produk di Amerika Syarikat; namun ISA ialah badan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh lebih daripada 70 buah negara.

Bagaimana nak semak badan-badan yang diiktiraf sebagai pemberi Sijil Halal di seluruh dunia termasuk Sijil Halal Shaklee 2023 dan tahun-tahun berikutnya?

Anda boleh layari http://www.halal.gov.my dan klik pada Foreign Halal Certification Body (FHCB) seperti dalam gambar di bawah:

Produk Shaklee halal atau haram?

Anda akan dibawa ke laman di mana senarai pemberi Sijil Halal seluruh dunia boleh didapati. Lamannya nampak macam ini:

Untuk senarai penuh pengeluar Sijil Halal yang diiktiraf di seluruh dunia, klik pada ikon PDF seperti yang tertera pada gambar di atas.

Untuk memudahkan anda semua, di sini KakNjang beri pautan terus ke senarai badan-badan tersebut:

https://www.halal.gov.my/v4/ckfinder/userfiles/files/cb2/CBLIST17March2023.pdf

Itu adalah pautan terkini sehingga 10 April 2023. Untuk senarai yang lebih terkini, sila layari Halal.gov.my dan muat turun dari laman sesawang tersebut seperti yang telah ditunjukkan di atas.

Produk Shaklee; seperti yang tersenarai di dalam sijil halal tersebut, adalah halal untuk dikonsumsikan oleh semua umat Islam seluruh dunia.

Semoga selepas ini, tiada lagi keraguan tentang halal atau haram produk Shaklee di Malaysia.

KakNjang harap perkongsian kali ini memberi manfaat buat semua. Mohon Like & Share sebagai tanda sokongan anda. Terima Kasih.

Pengedar Shaklee Malaysia
Hubungi KakNjang terus untuk pembelian dan konsultasi produk Shaklee.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *