Manfaat Resveratrol Bantu Kawal Berat Badan Sihat
Resveratrol merupakan sebatian polifenol yang terdapat dalam tumbuhan tertentu dan dalam wain merah yang mempunyai sifat antioksidan. Banyak kajian menunjukkan bahawa resveratrol bersifat anti-kanser. Namun dalam entri kali ini, KakNjang hendak kongsikan bagaimana resveratrol sangat bermanfaat dalam usaha untuk kawal dan turunkan berat badan.
Dalam banyak-banyak sifat resveratrol yang hebat itu, ada 3 fungsi resveraterol yang memberi impak besar dalam usaha penurunan berat badan.
Resveratrol tingkatkan metabolisma tubuh!
Metabolisma merupakan mekanisma tubuh mengendalikan makanan yang kita ambil. Ianya melibatkan penukaran makanan kepada tenaga yang diperlukan tubuh. Metabolisma yang meningkat, meningkatkan lagi kepekaan insulin.
Resveratrol juga bersifat calorie restriction (CR), menghalang kalori, mengurangkan kalori. Kalori yang diambil dikurangkan sebanyak 10%-30% manakala nutrisi makanan tersebut dikekalkan. Pengambilan resveratrol untuk tujuan CR adalah bertujuan untuk menangani masalah pemakanan kebanyakan rakyat Amerika yang rata-rata tinggi kalori dan rendah nutrisi.
Gabungan faedah metabolisma dan CR ini menjadikan resveratrol sebagai suplemen yang sesuai untuk bantu kita kawal berat badan.
Resveratrol tingkatkan pengoksidaan lemak!
Kajian menunjukkan bahawa resveratrol meningkatkan keupayaan otot kita untuk menyerap glukosa dari makanan. Ini bermaksud kalori yang kita makan lebih banyak diserap oleh otot, berbanding yang tersimpan sebagai lemak.
Beberapa kajian makmal juga mendapati resveratrol dapat mencegah pembentukan sel lemak matang (lemak lama) dan pengumpulan lemak baru.
Bila lemak diurus dengan baik dengan pengambilan resveratrol, berat badan dapat kita kawal dengan cara yang lebih sihat.
Resveratrol tingkatkan regenerasi otot!
Sifat resveratrol yang membantu tingkatkan baikpulih otot sangat bermanfaat bagi mereka yang kurang bersenam, juga golongan warga tua (Sarcopenia – pengecutan otot).
Semakin tidak digunakan, jisim otot akan semakin berkurangan. Digabungkan pula dengan faktor usia, pengecutan otot menyebab mereka yang termasuk dalam golongan di atas menjadi semakin lemah. Metabolisma berkurangan, risiko kepada kecederaan meningkat menyebabkan mereka semakin kurang bergerak. Kegemukan adalah hasilnya.
Dengan pengambilan resveraterol, jisim otot dapat ditingkatkan, metabolisma semakin meningkat. Ini membuatkan warga tua mahupun mereka yang tidak bersenam kembali bertenaga dan dapat kawal berat badan dengan lebih sihat.
Rujukan:
– Fitnessmagazine.com
– Forbes.com
– PubMed on ncbi.nlm.nih.gov
Kenapa VIVIX sangat sesuai untuk program DETOX?
VIVIX Shaklee merupakan gabungan sempurna resveratrol dari Anggur Muskadin, lobak ungu, Japanese Knotweed dan Elderberi Eropah.
Vivix bukan sahaja mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi, tetapi Vivix juga kaya dengan asid elagik yang juga menghalang pembentukan sel lemak matang dan pengumpulan lemak baru.
Sangat sesuai untuk program DETOX!
Jom dapatkan promosi Shaklee sekarang. Klik di sini!
Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.