10 Pokok Hiasan Bantu Bersih Udara Dalam Rumah
Tahukah anda? Pokok hiasan dalaman mampu untuk buatkan udara dalam rumah jadi lebih bersih tanpa kita sedari! Maklumat ini sangat berguna terutamanya di waktu jerebu melanda negara kita yang menyebabkan hampir setiap masa kita berada di dalam rumah atau bangunan.
Bosan bukan? Tapi itulah hakikatnya bila jerebu melanda. Nak beli air purifier untuk satu rumah macam mahal lah pulak kan. Apa kata kita cuba kaedah tanam pokok tertentu ini untuk bersihkan udara dalam rumah.
Berikut KakNjang kongsikan dengan anda semua beberapa jenis pokok yang jika ditanam di dalam rumah dapat menjadikan udara di dalam rumah lebih bersih dan segar.
Pokok #1: Pokok Bunga Kekwa
Bahasa Inggeris: Chrysanthemum. Dalam kajian Nasa, pokok bunga kekwa berada di tempat teratas carta pokok yang boleh membersihkan udara dalam bangunan. Pokok ini mampu menyingkir ammonia, benzena, formaldehid dan xilena daripada udara dalam rumah.
Pokok #2: Pokok Lelabah
Pokok lelabah adalah antara tumbuhan dalam rumah yang paling mudah untuk membesar dan amat sesuai untuk mereka yang sering terlupa untuk menyiram pokok. Pokok ini mampu menyingkir formaldehid dan xilena daripada udara dalam rumah.
Pokok #3: Dracaena atau Pokok Naga
Dracaena atau juga dikenali sebagai pokok naga, mampu menapis benzena, trichlorethylene, formaldehid dan xilena daripada udara dalam rumah.
Namun begitu, berhati-hati jika anda memilih untuk tanam pokok dracaena ini di dalam rumah. Pokok ini adalah toksik kepada binatang peliharaan. Jika perlu, pilih sudut yang bersesuaian agar tidak membahayakan binatang kesayangan kita.
Pokok #4: Pokok Ular (Snake Plant)
Pokok ular ini juga dikenali sebagai pokok lidah mertua (Mother-in-law’s Toungue). Memerlukan sedikit cahaya matahari dan air. Susah untuk mati. Pokok ini juga mampu menapis benzena, trichlorethylene, formaldehid dan xilena daripada udara dalam rumah.
Pokok #5: Pokok Pakis Boston
Pokok Pakis Boston cenderong kepada membersihkan udara daripada lokasi yang sejuk dengan kelembapan tinggi dan cahaya bukan terus. Walaupun tumbuhan ini mudah untuk tumbuh, ia perlu kekal lembap.
Pokok #6: Pokok Sirih Gading
Pokok Sirih Gading atau juga dikenali dengan nama Devil’s Ivy, mampu menapis benzena, trichlorethylene, formaldehid dan xilena daripada udara dalam rumah. Agak terkenal di kebanyakan rumah. Namun pokok ini merupakan toksik buat haiwan peliharaan kita. Oleh itu, hati-hati.
Pokok #7: Pokok Lidah Buaya
Pokok Lidah Buaya juga dikenali dengan nama Aloe Vera. Pokok ini mampu menapis benzena dan formaldehid daripada udara dalam rumah. Agak terkenal di kebanyakan rumah.
Pokok #8: Monstera Deliciosa
Pokok Monstera Deliciosa mampu memperbaiki kualiti udara dengan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehid dalam udara.
Pokok #9: Areca Palm
Pokok Palm Areca juga dapat memperbaiki kualiti udara luar dan dalam rumah kerana ia mampu mengubah karbon dioksida kepada oksigen. Selain dari itu, pokok ini juga mampu menapis beberapa bahan cemar tertentu dari udara.
Pokok #10: Peace Lily
Kajian dari NASA mendapati bahawa pokok peace lily ini paling berkesan untuk menapis benzena, trichlorethylene dan formaldehid daripada udara dalam rumah. Senang untuk dijaga, hanya perlu disiram sekali seminggu, tidak perlukan cahaya yang banyak. Sangat sesuai untuk menutupi laman yang tidak ditumbuhi rumput. Namun begitu, pokok peace lily ini sedikit toksik untuk kita manusia dan haiwan peliharaan. Hati-hati.
Saranan KakNjang buat kita semua:
Itu adalah antara 10 pokok hiasan dalaman yang biasa didapati di dalam kediaman kita. Marilah kita mula amalkan sifat menghijaukan luar dan dalam rumah kita bagi menjamin kesegaran kualiti udara persekitaran kita.
Persekitaran itu satu bab. Benteng pertahanan dalaman kita bab lain pula. Udara di dalam rumah kita sudah cuba baiki dengan menanam pokok-pokok yang dapat menapis bahan toksik dalam udara yang tercemar, apa yang terlepas ke dalam tubuh kita melalui pernafasan juga perlu ditangani.
Untuk itu kita perlukan pemakanan yang seimbang dan sihat, dan pemakanan tambahan untuk tingkatkan imun tubuh. KakNjang cadangkan pengambilan:
- Vitamin C untuk tingkatkan sistem imun tubuh
- Nutriferon untuk tingkatkan respon imun tubuh terhadap segala patogen
- Omega-3 untuk mereka yang ada masalah pernafasan atau asthma
- Performance Drink untuk pastikan bukan hanya kita yang hilang rasa dahaga, tetapi supaya sel-sel dalam tubuh kita semua kekal terhidrat untuk berfungsi dengan lebih baik.
Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat anda semua.
Tinggalkan Balasan