Aktiviti Team Building Eratkan Hubungan Guru-Pelajar
Aktiviti team building antara budak sekolah dan guru perlu dijalankan di setiap sekolah untuk eratkan hubungan guru-pelajar. Banyak kebaikan yang dapat kita capai; samada di peringkat pelajar itu sendiri mahu pun di pihak sekolah secara khususnya, bila guru dan pelajar mempunyai hubungan baik yang positif. Sistem pembelajaran di sekolah dapat menjadi lebih berkesan, mencipta persekitaran pembelajaran yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan holistik pelajar.
Kenapa hubungan baik antara guru dan pelajar dalam sistem pembelajaran di sekolah itu penting?
1: Motivasi Pelajar
Hubungan yang positif antara pelajar dan gurunya akan memotivasikan pelajar untuk belajar dengan lebih efektif. Ini secara tidak lansung akan merangsang minat dan keterlibatan mereka dalam proses pembelajaran.
2: Pemahaman Individu
Guru yang memahami keperluan dan kebolehan unik setiap pelajar dapat memberikan sokongan yang sesuai. Mereka dapat membantu pelajar untuk capai potensi maksimum.
3: Persekitaran Pembelajaran Yang Selamat
Hubungan yang baik antara guru dan pelajar akan mencipta persekitaran pembelajaran yang selamat dan positif. Di mana, pelajar bebas untuk bertanya, membuat kesalahan dan berkembang dari situ tanpa rasa takut dicemuh.
4: Komunikasi Yang Efektif
Bila guru dan pelajar boleh berkomunikasi secara terbuka dan efektif, ini akan membantu memudahkan pemahaman konsep pembelajaran, membolehkan pertukaran idea dan membina kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar.
5: Pemantauan Dan Intervensi/Respon
Guru yang mempunyai hubungan baik dengan pelajar akan lebih mudah memantau perkembangan pelajar dan mengenal pasti isu-isu pembelajaran anak didiknya. Seterusnya membolehkan guru memberi intervensi atau respon yang cepat dan sesuai untuk setiap pelajar.
6: Pembinaan Sikap Dan Nilai
Bukan sekadar impak positif dari segi akademik sahaja, hubungan baik antara guru dan pelajar ini memainkan peranan yang sangat penting dalam membina sikap, nilai dan tingkah laku positif di kalangan pelajar.
7: Pembelajaran Holistik
Hubungan baik antara guru dan pelajar ini membentuk hubungan yang holistik. Hubungan baik ini membantu pembelajaran merentasi bidang akademik, personal dan sosial, menyumbang kepada perkembangan menyeluruh setiap pelajar.
Aktiviti Team Building untuk Budak Sekolah
Kami di EZ Excellence, menganjurkan aktiviti team building yang menyeluruh. Aktiviti yang dianjurkan adalah taylor-made, sesuai mengikut umur dan jenis kumpulan peserta, untuk tujuan menaikkan semangat antara pasukan. Melibatkan aktiviti basah-kering, indoor-outdoor, seronok-teruja-suspen, semuanya dalam premis seliaan pihak yang sama. Penginapan dan sajian turut disediakan untuk menyokong perjalanan program yang selesa dan sihat.
Program Team Building Untuk Budak Sekolah
organized by:
EZ Excellence Enterprise
Eddy 019-628 6767
Azura 019-668 6767
Saranan Kami di EZ Excellence:
Untuk tujuan ini tercapai, kami menggalakkan penyertaan aktiviti team building ini; bukan sekadar di kalangan budak sekolah sahaja, tetapi di kalangan para guru yang mengajar di kelas juga. Apabila mereka sama-sama menyertai aktiviti team building yang telah kami rancangkan ini, barulah hubungan guru-pelajar dapat kita eratkan. Dengan cara ini, bukan pelajar sahaja yang termotivasi, tetapi guru juga berpeluang mengenali anak didik mereka dengan lebih baik untuk mereka memberi bimbingan, sokongan dan dorongan bersesuaian dengan cara yang lebih spesifik kepada setiap pelajar tertentu.
Tinggalkan Balasan