Bilakah Waktu Terbaik Untuk Ambil Serbuk Protein?

Bilakah waktu terbaik untuk ambil serbuk protein?

Suplemen protein sangat popular di seluruh dunia. Ramai yang mengambilnya atas sebab-sebab tertentu termasuklah untuk membina otot, mengurangkan berat badan mahupun untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh secara keseluruhannya. Namun ramai yang tertanya-tanya: Bilakah waktu terbaik untuk ambil serbuk protein?

Protein penting untuk kesihatan tubuh secara keseluruhannya
Ketahui kepentingan protein untuk kesihatan di sini…

Bila, banyak mana dan bagaimana untuk mengambil serbuk protein bergantung kepada diri masing-masing. Apakah target kita? Nak bina otot? Nak kekalkan otot? Nak kurangkan berat badan? Or simply just nak sihat?

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Ambil Serbuk Protein Jika Anda Hendak Kurangkan Berat Badan?

Ada yang mengambil serbuk protein untuk tujuan menurunkan berat badan. Ini adalah kerana biasanya sesuatu hidangan serbuk protein mempunyai nilai kalori yang lebih rendah berbanding makanan biasa yang kita makan.

Untuk tujuan ini, ambil snek tinggi protein di antara hidangan utama. Ini dapat membantu kita rasa kenyang lebih lama dan sekaligus membolehkan anda makan dengan kuantiti yang berkurangan, kurang pengambilan kalori.

Bilakah Masa Terbaik Untuk Ambil Serbuk Protein Jika Anda Hendak Membina Otot?

Protein sangat penting untuk membina otot dan kekuatan. Untuk tujuan itu, kita perlu ambil protein melebihi dari apa tubuh perlukan.

Bagi mereka-mereka yang kaki fitness mencadangkan pengambilan protein tambahan 15-60 minit selepas latihan angkat berat dan sebagainya. Tempoh ini digelar ‘anabolic window’ di mana dalam tempoh ini otot kita bersifat seperti span yang boleh menyerap protein tambahan yang kita ambil.

Namun mengikut International Society of Sports Nutrition, tempoh berkenaan boleh berlarutan sehingga 2 jam selepas sesuatu latihan senaman. Ambil protein pada bila-bila masa dalam tempoh tersebut jika anda ingin membina otot.

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Ambil Protein Shake Jika Anda Hendak Menghalang Pengecutan Otot?

Mengekalkan jisim otot adalah sangat penting dalam proses penuaan, bagi mencapai penuaan yang sihat. Kajian menunjukkan bahawa kita akan kehilangan 8% daripada jisim otot setiap dekad bermula dari usia 30 tahun.

Ketahui punca masalah pengecutan otot, atau sarcopenia, di sini…

Untuk kes ini, kita perlu target untuk dapatkan sekurang-kurangnya 25g – 30g protein dalam setiap menu harian hidangan utama kita. Namun, menjadi norma kita rakyat Malaysia, dengan corak pemakanan harian kita, pengambilan protein biasanya tertumpu pada menu makan malam. Sedikit pada dalam menu tengahari. Sangat kurang atau tiada di waktu sarapan.

Jadi, untuk kes mengekalkan jisim otot ini, kita sarankan pengambilan Protein Shakes untuk sarapan.

Resepi sedap ESP Shaklee bersama Strawberi
ESP bersama Strawberi

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Ambil Protein Shake Jika Anda Hendak Tingkatkan Prestasi Bersukan Cepatkan Pemulihan?

Untuk pastikan performance kita bagus, kekal bertenaga sepanjang perlawanan atau marathon, protein shake boleh di ambil ketika dalam event tersebut dan selepasnya.

Amalan sebegini membantu utnuk kekalkan prestasi, cepatkan pemulihan dan mengurangkan kesakitan otot.

Biasanya untuk tujuan ini, minuman tenaga yang diambil mengandungi protein dan karbohidrat. Contohnya seperti Performance Drink Shaklee.

Bagi yang suka buat angkat berat atau mana-mana latihan rintangan, ambil protein shake selepas latihan. With or without carbo, protein tetap akan bantu prestasi sukan dan proses pemulihan selepasnya.

Untuk kes ahli sukan ini, ambil sebelum mahupun selepas bersukan, kedua-duanya boleh. Sebab untuk yang bersukan, mereka perlukan lebih protein.

Jika orang biasa perlukan 0.8g untuk setiap KG berat badan, ahli sukan perlukan 1.6g protein untuk setiap KG berat badan mereka!

Bolehkah Minum Protein Shake Sebelum Tidur?

Untuk para atlit yang perlu tingkatkan stamina dan kekuatan, membina otot dan mempercepatkan proses pemulihan dan kurangkan rasa sakit selepas bersukan; mereka boleh minum protein shake sebelum tidur.

Untuk warga tua yang perlu untuk kekalkan jisim otot; ya, mereka boleh minum protein shake sebelum tidur.

Protein yang diambil sebelum tidur akan dihadam dan diserap dengan sempurna. Ini membolehkan protein tersedia untuk baikpulih otot sepanjang malam ketika sedang tidur.

Sumber: HealthLine.com

Saranan KakNjang:

Pilihan terbaik adalah serbuk protein atau protein shake berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti ESP kerana ianya lebih mesra perut. Sesetengah individu yang lactose intolerance – alah kepada susu atau sumber tenusu, biasanya akan berasa tidak selesa perut seperti kembung dan sebu selepas minum protein shake berasaskan haiwan.

Bagaimana untuk memilih serbuk protein terbaik untuk anda? Anda boleh rujuk di sini…

Bagaimana Pilh Serbuk Protein Terbaik?

Semoga perkongsian KakNjang hari ini bermanfat buat semua.

KakNjang Azura Abdul
Rakan Sihat Anda!
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang

Pengedar Shaklee Malaysia
Wasap KakNjang sekarang untuk dapatkan serbuk protein terbaik dari Shaklee.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *