Beberapa Fakta Tentang Kurma Deglet Nour Dan Sunnah

Kurma Deglet Nour dan Deglet Sunnah
Kurma untuk ramadan

Dalam Projek Kurma Untuk Ramadan, kita ada dua jenis kurma iaitu Kurma Deglet Sunnah dan Kurma Deglet Nour. Kurma Deglet Sunnah berwarna gelap kehitaman, dari keluarga medjool, tetapi sedikit kecil. Kurma Deglet Nour pula berwarna perang keemasan. Kurma Deglet Nour ini juga dikenali sebagai Royal Dates atau Kurma Diraja; juga digelar sebagai ratu segala kurma disebabkan teksturnya yang lembut dan sedikit manis.

Kurma Deglet Nour merupakan kurma yang paling banyak dieksport keluar dari Algeria. Kurma Deglet Nour boleh tahan lama, sehingga setahun, jika disimpan di dalam peti sejuk.

Mari kita tengok beberapa manfaat kesihatan tentang Deglet Nour ni.

Fakta Ringkas Kurma Deglet Nour
Nama:Kurma Deglet Nour
AsalTimur Tengah
WarnaPerang keemasan
BentukBUjur memanjang
Kalori415 Kcal./cup
Kandungan Nutrisi UtamaCarbohydrate (84.84%)
Copper (33.67%)
Total dietary Fiber (31.05%)
Potassium (20.51%)
Iron (18.75%)

Berikut adalah beberapa manfaat kurma Deglet Nour untuk kesihatan:

Tinggi Fiber/Serat: Serat penting dalam pemakanan kita bagi mengelakkan dari sembelit. Serat juga buat kita rasa kenyang lebih cepat.

Gula Ringkas: Kandungan gula dalam kurma ini adalah dalam bentuk fruktosa, sama seperti yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Bekalkan tenaga segera.

Sokong Kesihatan Otak: Kajian menunjukkan bahawa kurma dapat mencegah oxidative stress dan keradangan dalam otak. Kandungan fenolik dan antioksida yang tinggi dalam kurma dapat mencegah Alzheimer’s.

Cegah Sembelit: Kurma digunakan secara semulajadi utnuk merawat sembelit. Kajian mendapati kandungan fiber yang tinggi dalam kurma menggalakkan pergerakan usus yang sihat, menjamin pembuangan yang lebih lancar.

Kesihatan Usus: Kurma mengandungi serat yang larut dan tidak larut, dan asid amino yang merangsang pencernaan makanan dan memastikan makanan bergerak pantas melalui saluran usus kita. Serat juga membantu merawat beberapa situasi seperti GERD, buasir dan diverticulitis.

Kesihatan Jantung: Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kurma dapat membantu menurunkan paras triglyceride dan menurunkan tekanan oksidatif – oxidative stress yang merupakan faktor utama untuk atherogenesis (pembentukan plak lemak di arteri) dan penyakit jantung. Di samping itu, ia mempunyai kandungan potassium yang tinggi, di mana kajian menunjukkan bahawa potassium dapat membantu menurunkan tekanan darah dan mencegah strok serta masalah jantung yang lain.

Kesihatan Tulang: Kajian mendapati bahawa kurma mengandungi boron, potassium, fosforus, magnesium dan kalsium yang menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis. Kurma pitted organik mempunyai mangan, selenium, magnesium dan tembaga yang membantu menguruskan kesihatan tulang pada orang dewasa.

Bagaimana Untuk Menggabungkan Kurma Deglet Nour Dan Deglet Sunnah Ke Dalam Diet Sihat Anda?

Kurma boleh diambil sebagai snack sihat antara makanan utama anda.

Kurma juga boleh digunakan di dalam menu ringkas anda seperti Smoothie Kurma!

Dapatkan Kurma Deglet Nour dan Deglet Sunnah anda di sini!

Rujukan:
Fakulti.com
HealthBenefitsTimes.com

Total Page Visits: 15 - Today Page Visits: 1
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *