Doa Akhir Ramadhan: Sama-sama Kita Aminkan
KakNjang ni jenis yang tak pandai nak susun ayat untuk berdoa. Jadi, bila terjumpa doa akhir Ramadhan ni, kali ini KakNjang decide untuk simpan di sini. Dengan harapan, jika berkesempatan, Ramadhan tahun depan dapat kita baca dan aamiinkan bersama-sama. Sementara ada masa, ayuh kita baca dan aminkan doa berikut…
Selamat Tinggal Wahai Bulan yg Barakah
Selamat Tinggal Wahai Bulan yg penuh keampunan
Selamat Tinggal Wahai Bulan yg memberi takkdir yg baik buat kami????
Doa Akhir Ramadan
Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.
Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.
Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.
Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.
Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji. Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.
Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami..
Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni X3
Aamiin3 ya rabbal’aalamiin..
Jom kongsikan doa akhir Ramadhan ini… Senang je nak buat pahala. InSyaaAllah
Tinggalkan Balasan