Jangan Beli Produk Shaklee Melalui Platform E-Dagang!
Jangan beli sebarang produk Shaklee melalui mana-mana platform e-dagang! Full stop! Titik!!
Tak lama dulu kecoh isu harga produk Shaklee di Shopee, Lazada dan mana-mana platform e-dagang jauh lebih rendah berbanding harga yang telah ditetapkan oleh pihak Shaklee sebagai garis panduan semua pengedarnya. Ya. Sistem Shaklee, bila kita banyak beli, banyaklah bonus yang diperolehi. Biasanya ini perbuatan beberapa jerung yang mengkhianati polisi Shaklee. Beli banyak-banyak, jual balik kat platform e-dagang dengan harga yang jauh lebih murah. Bilis-bilis yang beroperasi secara dropship terus dari Shaklee ni memang payah lah nak cari makan.
Setiap pengedar Shaklee ada ID masing-masing dan kami semua dapat keistimewaan untuk membeli Shaklee pada harga ahli dan jual semula produk pada harga pasaran. Itu cara kami cari makan.
Tapi bila harga jualan di e-dagang jauh lebih rendah berbanding harga ahli, macam mana? You do the math… kami lah yang teruk.
Tak habis di situ. Bila customer dah beli dari e-dagang, produk sampai, boleh pulak dia contact kita untuk tanya macam mana nak guna. Kau rasa…?
Itu ok lagi. Ada juga produk tu yang dah expired, boleh pulak minta kita gantikan. Siap ugut-ugut lagi. Eh kau ni?!
Sekarang ni, style baru pulak. Produk Shaklee tiruan berada di platform e-dagang. Ya guys! TIRUAN. FAKE. Ya… kalau fake-fake ni tahu-tahu je leh datang dari mana… Produk ni memang ramai orang cari sebab keberkesanannya (kalau yang ori lah…). Harga pun memang agak kayangan lah bagi bilis-bilis macam KakNjang ni. ResV namanya. Ya… fake ResV dah ada kat Shopee. So, hati-hati! Jangan beli Shaklee dari laman e-dagang.
Jangan Beli Shaklee dari Shopee, Lazada atau dari mana-mana platform e-dagang!
Yang atas ni adalah ResV di Shopee. Siap ada re-pack juga tu! AllahuAkbar… Cuba bandingkan dengan harga sebenar di Shaklee.
Yang atas ni straight from website Shaklee. Harga ResV yang kami kena bayar ialah RM428. Boleh beli emas 1g… Tak murah ya… cuba bandingkan dengan harga di Shopee.
Kebanyakan kami pengedar Shaklee berurusan di sini. Tak percaya, klik pada gambar di atas. Terus ke website Shaklee. Tak percaya dengan KakNjang, tak pe. Daftar sendiri dan beli sendiri dari situ. Sekurang-kurangnya KakNjang tau yang korang InSyaaAllah selamat tak kena tipu dengan membeli produk fake yang entah apa-apa kandungannya dari tempat lain.
Kasihan buat pengguna yang dah terkena. Zaman sekarang ni ekonomi memang agak mencekik sikit. Sebab itu ramai yang mencari benda baik pada harga paling murah. Namun, bila terlalu murah, hati-hati lah. RM278 harga ResV tiruan berbanding harga ahli ResV original RM428. Jauh sangat perbezaan tu…
Namun secara peribadi, pada KakNjang, RM278 tetap tak murah ya… especially bila dah terkena beli yang fake macam ni! Jadi, jika ada duit lebih sikit konon nak invest in health, invest lah dengan pengedar Shaklee yang sah seperti KakNjang.
Perbezaan ResV Ori VS Fake
Perkongsian berkaitan dengan isu ResV ni adalah berdasarkan maklumat yang diterima dan atas dasar rasa tanggungjawab KakNjang sebagai seorang Pengedar Sah Shaklee untuk memberi kesedaran tentang wujudnya ResV tiruan di luar sana. Semua pengguna perlu diberi amaran kepada risiko membeli produk kesihatan yang tidak asli dan boleh membahayakan kesihatan.
Tinggalkan Balasan