Kepentingan Omega 3 Untuk Ibu Menyusu

Kepetingan Omega 3 untuk ibu menyusu | Azura Abdul

Kepentingan Omega 3 untuk ibu menyusu dan bayi yang disusuinya tidak perlu disangkal sebenarnya. Dan sebenarnya, omega 3 ni perlu diambil oleh si ibu tadi ketika sedang hamil lagi. Sebelum KakNjang membebel panjang, ni KakNjang nak share satu video pendek. Soalan ditanya kepada seorang pediatrik di Staten Island University Hospital, ambil Omega 3 masa mengandung boleh buat anak dalam kandungan tu lebih pandai ke? Ini jawapan beliau:

KakNjang suka jawapan beliau. Katanya, macam pengambilan multivitamin, kalau anda makan secara sihat, tak perlu lah. Tapi kalau hari-hari makan McDonald’s, kena lah makan multivitamin. Kita sendiri boleh nilai cara pemakanan kita macam mana. Dari apa yang dicakapkan tu membawa maksud bahawa corak pemakanan kita bergantung atau berkait rapat dengan samada kita perlukan supplementation or not.

Ketika sedang hamil, apa yang si ibu makan, nutrisinya akan disalurkan kepada kandungan melalui mekanisma tertentu. Kualiti nutrisi tu bergantung kepada kualiti makanan yang si ibu makan. Antara nutrisi penting termasuklan omega 3. Omega 3 penting untuk pembentukan dan perkembangan otak bayi yang terbentuk dari dalam kandungan lagi.

Jadi, apakah kepentingan omega 3 untuk ibu menyusu dan bayi yang disusui itu?

Selepas melahirkan, si ibu digalakkan untuk menyusu bayinya sendiri.  Bukan hanya untuk wujudkan bonding antara ibu dan anak. Tetapi ini adalah kerana kandungan DHA dari omega 3 yang terdapat dalam susu ibu jauh lebih berkhasiat dari DHA yang ditambah ke dalam susu formula. DHA ni sangat penting untuk pembentukan otak, mata, sistem imun dan sistem saraf bayi sejak dari dalam kandungan hinggalah ke 2 tahun awal kehidupannya.

Kepentingan omega 3 untuk ibu menyusu | Azura Abdul

Susu ibu ni adalah anugerah Yang Maha Esa untuk memastikan kelansungan pembentukan kehidupan baru. Adalah sangat penting untuk si ibu memastikan beliau mendapat  supply omega 3 yang mencukupi sepanjang tempoh penyusuan ini. Susu ibu sengat berkhasiat. Khasiatnya datang dari si ibu. Sekiranya ibu tidak mendapat cukup omega 3 untuk disalurkan melalui susunya, omega 3 untuk keperluan dirinya akan ‘disedut’ bersama menyebabkan si ibu kekurangan omega 3.

Apa Masalahnya Jika Ibu Menyusu Kekurangan Omega 3?

Omega 3 adalah food for brain. Bila ibu yang baru melahirkan kekurangan omega 3, si ibu akan cenderung untuk ‘meroyan’ ketika dalam pantang. Ini sebenarnya berkait rapat dengan masalah anxiety disorder. KakNjang pernah bincangkan tentang omega 3 dan anxiety disorder ni di sini – Kenapa Omega 3 Penting Untuk Tangani Masalah Anxiety Disorder?

Nampak tak kepentingan omega 3 untuk ibu menyusu dan bayi yang disusui itu? Bagaimana pentingnya omega 3 untuk otak, mata, gerakan motor, jantung, imun, saraf, kulit kita; begitu jugalah pentingnya omega 3 untuk bayi yang baru mula nak kenal dunia.

Saranan KakNjang

Ada banyak suplemen omega 3 di pasaran, pilihlah dari syarikat pengeluar yang anda percayai. Jika anda ibu menyusu yang sedang mencari omega 3 terbaik, KakNjang cadangkan OmegaGuard Shaklee. Tentunya kerana Shaklee menyokong setiap produknya dengan kajian klinikal dan R&D yang berterusan.

OmegaGuard Omega-3 Shaklee

Set Mengandung Shaklee
Set Selepas Bersalin/Set Berpantang Shaklee

Rujukan:
AskDrSears.com : Omega 3: The Benefits While Breastfeeding and Beyond
MomJunction.com : Is It Safe To Consume Fish Oil During Breastfeeding?

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *