Punca Dan Kesan Kehilangan Selera Makan Warga Tua

punca dan kesan kehilangan selera makan warga tua

Kehilangan selera makan atau kurang keinginan untuk makan biasanya mengakibatkan pengurangan pengambilan makanan. Kehilangan selera makan mungkin diakibatkan pelbagai jenis penyakit.

Begitupun, ramai antara kita tidak menilai status pemakanan warga tua secara rutin atau merawat punca kehilangan selera makan dengan sepatutnya. Ini boleh memudaratkan warga tua kerana masalah kekurangan zat makanan dan penyusutan otot akan mempengaruhi kualiti hidup mereka.

Apakah punca kehilangan selera makan di kalangan warga tua?

  1. Masalah perubatan yang kronik seperti kanser, penyakit paru-paru, kegagalan jantung, buah pinggang dan hati kronik, penyakit sendi (seperti reumatoid artritis) dan AIDS.
  2. Masalah psikologi seperti kemurungan, nyanyuk, keresahan yang memberi tekanan perasaan dan menyebabkan hilang selera makan.
  3. Masalah sosial seperti kemiskinan, pengasingan atau kesunyian.
  4. Masalah pergigian seperti gigi yang rosak dan gigi palsu yang tidak sesuai menyebabkan pemilihan makanan menjadi terhad.
  5. Kekurangan nutrisi tertentu seperti vitamin C.
  6. Faktor berkaitan kesan sampingan ubat-ubatan menyebabkan mereka tidak dapat menikmati rasa makanan yang sebenar. Secara tidak langsung akan mengurangkan selera makan.
  7. Masalah pembedahan seperti masalah menelan dan usus tersumbat.
  8. Sebab lain seperti berasa loya, muntah, kesakitan yang berterusan dan perubahan deria rasa.

Apakah kesan kepada kehilangan selera makan di kalangan warga tua?

  1. Kekurangan zat makanan dan berkaitan dengan penurunan fungsi otot.
  2. Pengurangan kepadatan tulang.
  3. Daya pertahanan badan terjejas.
  4. Kurang darah.
  5. Pengurangan fungsi kognitif.
  6. Luka yang lambat sembuh.
  7. Kualiti hidup terjejas.
  8. Meningkatkan kejadian morbiditi dan kematian.

Kepada yang menjaga warga tua, kehilangan selera makan perlu dinilai dari masa ke semasa kerana ianya sangat kritikal untuk kesihatan mereka. Untuk tingkatkan selera makan warga tua, anda boleh cuba untuk bawa mereka beriadhah bersama ahli keluarga yang lain. Selain dari itu, pastikan penyediaan makanan yang seimbang untuk mereka. Paling tidak pun, berikan mereka minuman ringkas yang mampu untuk tambah selera makan.

Ketahui bagaimana cara untuk tingkatkan selera makan di kalangan warga tua di sini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Total Page Visits: 1298 - Today Page Visits: 9
  • salam puan,

    saya sedang menjaga ibu yang sudah uzur.
    dia tak lalu makan, dan selalu mengadu perutnya sentiasa rasa penuh, rasa ketat dan tak boleh masuk makanan.

    adakala sampai 3-4 hari dia tak makan. tapi dia masih boleh minum air sirap dan air oren kordial. dia minta saya bancuhkan.

    saya tak pasti punca tiba-tiba dia hilang selera makan ni sebab apa. bermula dari dia duduk dengan saya masalah ni berlaku.

    saya ada beri vitamin C tapi dia sangat skeptikel pada vitamin atau apa-apa supplement. jadi usaha ini gagal.

    since dia dah tukar minuman daripada sirap kepada oren, saya ada idea untuk masukkan vitamin C dalam minuman ibu saya secara diam-diam

    bolehkah puan cadangkan jenama vitamin C yang berbentuk liquid untuk saya bancuh dalam minuman ibu saya? saya akan cuba dapatkan di farmasi insyaallah

    terima kasih atas cadangan puan, saya sangat hargai.

    • Wa’alaikumussalam Shadila. Terima kasih sudi bertanya.

      Pertama sekali KakNjang minta Shadila bawa ibu ke klinik untuk dapatkan pemeriksaan dari doktor bagi mengelakkan sebarang masalah kita terlepas pandang. Dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu, dan biar ibu sendiri dengar penerangan doktor dan faham situasi tubuh.

      Secondly, untuk dapatkan vitamin C dalam pemakanan, cuba buatkan jus buah kegemaran ibu. Tembikai, mangga, jambu batu, kiwi… buah-buahan kaya dengan vitamin C.

      Thirdly, KakNjang cadangkan Shadila berikan ibu gabungan ESP dan MealShakes (bancuh seperti susu) supaya ibu rasa kenyang lebih lama,rasa lebih segar dan bertenaga. Gabungan ESP dan Mealshakes juga dapat membantu mengurangkan kelopongan nutrisi dalam pemakanan ibu.

      Forthly, boleh campurkan VIVIX kedalam air minuman ibu untuk bantu kembalikan tenaga beliau.

      Untuk cadangan vitamin C dalam bentuk suplemen, Shadila boleh dapatkan nasihat dari pharmacist yang bertugas di farmasi berdekatan.

      Untuk info lanjut, Shadila boleh wasap KakNjang di 0196686767

      Semoga sedikit sebanyak membantu dan bermanfaat buat Shadila. Terima kasih.

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *