Keperluan Kalsium Harian Mengikut Peringkat Umur
Entri kali ni KakNjang nak sembang sikit tentang keperluan kalsium harian mengikut peringkat umur. Kalsium adalah mineral yang sangat penting. Selain berfungsi membina dan menjaga kesihatan tulang (rangka kita), kalsium membolehkan darah kita membeku, otot kita berkontraksi, dan jantung kita untuk terus berdegup.
Kira-kira 99% kalsium dalam badan kita ada pada bahagian tulang dan juga gigi.
Setiap hari, kita kehilangan kalsium melalui kulit, kuku, rambut, peluh, air kencing dan najis kita. Dan lebih menerukkan lagi keadaan, bila kalsium dalam darah tak cukup untuk menjalankan tugasnya, kalsium akan diambil dari tulang kita.
Badan kita tidak dapat menghasilkan kalsiumnya sendiri. Itulah sebabnya adalah sangat penting untuk kita mendapatkan kalsium yang mencukupi daripada pemakanan harian kita atau pun suplemen yang mengandungi kalsium.
Tapi yang KakNjang nak share dengan you all semua ialah kepentingan untuk menjaga kesihatan tulang sejak seawal usia mungkin.
Keperluan kalsium harian mengikut peringkat umur:
Usia (tahun) | Kalsium (mg) |
< 1 | 200 – 260mg |
1 – 3 | 700mg |
4 – 8 | 1,000mg |
9 – 18 | 1,300mg |
19 – 50 | 1,000mg |
51 – 70 lelaki | 1,000mg |
51+ perempuan | 1,200mg |
71+ | 1,200mg |
Keperluan Kalsium Di awal Usia
Seawal usia bayi hinggalah ke 8 tahun, kalsium diperlukan untuk membina tulang kerangka, frame kepada tubuh mereka. Kegagalan mendapat kalsium secukupnya di peringkat ini mungkin akan menyebabkan tumbesaran kanak-kanak itu terbantut. Mereka tidak akan mendapat ketinggian optimum di usia dewasa kelak.
Di usia 9 – 18 tahun, merupakan tempoh kanak-kanak tersebut mengalami akil baligh. Tumbesaran adalah pada tahap kemuncak dan mereka memerlukan sokongan kalsium yang lebih, 1,300mg sehari.
Keperluan Kalsium Di Pertengahan Usia
Di pertengahan usia, bagi dewasa 19 – 50 tahun pula, 1,000mg kalsium diperlukan untuk mengekalkan kekuatan dan kesihatan tulang sedia ada. Namun, bagi wanita yang sedang hamil atau sedang menyusukan bayi, mereka memerlukan lebih kalsium, 1,300mg/hari, bagi menyokong keperluan kalsium si ibu dan janin dalam kandungan; juga bayi yang disusukan.
Keperluan Kalsium Di Penghujung Usia; menopause dan warga emas
Bagi lelaki yang telah memasuki usia 50an, mereka hanya perlu kekalkan intake kalsium 1,000mg setiap hari sehingga ke usia 70 tahun.
Walau bagaimanapun, bagi wanita berusia 50an, lain ceritanya pula. Selepas menopause, kaum wanita mengalami penurunan jisim tulang disebabkan oleh penurunan paras estrogen dalam tubuh mereka. Risiko kepada osteoporosis. Untuk itu, wanita 50 tahun ke atas digalakkan untuk mengambil kalsium 1,200mg setiap hari melalui pemakanan harian mahu pun dalam bentuk suplemen.
Pada usia 70 tahun ke atas, both lelaki dan perempuan memerlukan 1,200mg kalsium setiap hari.
Nota Kaki KakNjang!
Kalau untuk kanak-kanak dan teenagers, kita lah, selaku penjaga mereka, yang kena pastikan semua ni terjaga… pemakanannya, gaya hidupnya. Tujuannya untuk pencegahan. Supaya dalam 10 – 20 – 30 tahun ke depan, anak-anak remaja ini dapat menikmati nikmat tulang sihat, penuaan yang sihat. Apa yang berlaku pada kita hari ini, bukannya berpunca dari sehari dua ni. It goes way back 10 – 20 – 30 years ago.
Jadi, mula dari sekarang. Lengkapkan keperluan kalsium mengikut peringkat umur melalui pemakanan seimbang dan suplemen. Dan knowing that kalsium ni sejenis mineral yang manja, amalkan gaya hidup sihat, pastikan kita berada di bawah sinar matahari pagi sebanyak mungkin untuk vitamin D yang secukupnya.
Cara mudah untuk tingkatkan kesihatan tulang dan melambatkan osteoporosis ialah melalui pemakanan seimbang dan pengambilan suplemen yang lengkap dengan segala nutrien penyokong serapan kalsium yang sempurna. Pilihan KakNjang OsteNutrix Shaklee – bukan sekadar kalsium.
Untuk ketahui promosi Shaklee terkini, boleh tengok sini…
Tinggalkan Balasan