Kes Pertama Novel CoronaVirus Di Arab Saudi Dikenalpasti

kes pertama novel coronavirus arab saudi

Terjaga dari tidur 4:45am pagi tadi, terperanjat tengok WhatsApp dari BangNjang jam 0:42am tengah malam tadi. BangNjang kongsikan link berita tergempar bahawa kes pertama novel coronavirus (2019 nCoV) telah dikenalpasti di Arab Saudi.

Khamis; 23 Jan 2020. 100 jururawat Hospital Al-Hayat, yang kebanyakannya berasal dari Karela, India, telah menjalani ujian kesihatan, seorang didapati positif mendapat jangkitan coronavirus. Beliau sekarang dirawat di Aseer National Hospital.

Ini merupakan kes pertama wabak novel coronavirus di Arab Saudi.

Semoga wabak coronavirus ini dapat dibendung dan tidak merebak ke Tanah Haram, tempat 24/7 umat Islam dari seluruh pelusuk dunia beribadah, termasuklah suami KakNjang dan sahabatnya sekarang ini.

Keadaan di China seolah-olah semakin meruncing. Yonhap news agency melaporkan Korea Utara telah menutup sempadannya dengan China bagi mengekang penularan wabak tersebut ke Korea.

WHO pula masih menangguhkan deklarasi coronavirus sebagai kecemasan kesihatan sedunia atas alasan masih memerlukan lebih banyak maklumat.

Hati risau tak sudah ni. Nak balas whatsapp, di sana sedang 12:00 tengah malam. Tengah tidur tu.

Aduh risau sungguh… Sehinggalah dalam pukul 9:50am pagi tadi terima whatsApp dari BangNjang, sedang bersiap sedia untuk ke masjid, Subuh.

Alhamdulillah…

Sudah seminggu KakNjang tidur dengan telefon bimbit di tempat tidur sebelah. Jarak waktu 5 jam antara Malaysia dan Arab Saudi buatkan waktu komunikasi agak terhad. BangNjang berada di Mekah pada waktu ini kerana menunaikan ibadah umrah bersama sahabatnya dan jemaah yang lain. KakNjang dan BangNjang jenis tidur awal. Waktu santai untuk berbual agak pendek.

Mohon semua rakan-rakan netters KakNjang doakan kesejahteraan dan keselamatan BangNjang Eddy Mat dan sahabatnya Ramlan serta seluruh jemaah yang sedang menjalani ibadah umrah.

Semoga mereka semua sentiasa dilindungiNYA, terhindar dari penyakit bahaya dan bencana. Semoga mereka dapat melakukan ibadah umrah dengan sempurna dan kembali ke tanah air dengan selamat…

kes pertama novel coronavirus Arab Saudi
kes pertama novel coronavirus Arab Saudi
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *