Ular Mungkin Punca Wabak CoronaVirus di China

Ular punca wabak coronavirus

Terkini: Ular mungkin punca kepada wabak virus korona atau CoronaVirus di Wuhan, China. Sehingga kini lebih 500 telah dijangkiti dengan 17 kematian dicatatkan.

Ular punca wabak coronavirus di china
Ular mungkin punca wabak coronavirus di China.

Haiwan berbisa itu merupakan salah satu haiwan yang dijual di Huanan Seafood Wholesale Market in Wuhan. Pasar yang menjadi tempat pertama dikesan dengan koronavirus di Wuhan disifatkan umpama ‘pusat lambakan’ haiwan eksotik daripada anak serigala sehinggalah musang, menurut laporan media China.

Sebelum ini, wabak Sindrom (SARS) yang pernah berlaku sebelum ini dikaitkan dengan pengambilan daging musang di China sehingga menyebabkan ratusan kematian.

Laporan terkini melaporkan virus itu boleh merebak dari manusia ke manusia.
.
Malaysia terus memperketatkan laluan pintu masuk negara dengan memastikan SEMUA pengunjung dari negara berisiko untuk menjalani ujian imbasan suhu.

Maklumat di atas KakNjang perolehi dari laman FB Public Health Malaysia, anda boleh layarinya di sini…

Statistik menunjukkan taburan bilangan kes wabak coronavirus, paling tinggi di catatkan di Wuhan.

Kaknjang tertarik dengan komen-komen dari netizen ke atas posting dari Public Health Malaysia ini.

Ada yang menyuarakan kebimbangan terutama bila dijangkakan Malaysia bakal menerima sekurang-kurangnya 4juta pelancong dari China pada tahun ini.

Ada juga yang bersungut menyatakan bahawa banyak virus baru yang muncul adalah dari China, dan ini disebabkan oleh budaya atau tabiat pemakanan mereka.

Ada yang mencadangkan larangan kemasukan pelancung dari China, ada yang mencadangkan penarikan balik visa percuma mereka.

Tapi yang lebih berbisa, ada yang menyuarakan bahawa ini mungkin balasan dari Allas atas kekejaman yang dilakukan ke atas Ummat Islam di China. Wallahu’alam.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang peka dengan isu semasa, fokus kepada tingkatkan daya imun keluarga masing-masing. Ambil langkah-langkah pencegahan seperti yang dicadangkan untuk wabak influenza mahupun coronavirus. jaga kebersihan dan pastikan pemakanan kita adalah yang halal dan terbaik.

Ular mungkin punca wabak coronavirus china.
Total Page Visits: 1091 - Today Page Visits: 1
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *