Penuaan Sihat Bermula Dengan Hati Yang Sihat
Double meaning tajuk KakNjang hari ni. Hati yang KakNjang maksudkan di sini adalah organ hati yang terdapat dalam badan kita ini. Hati merupakan organ penting untuk tujuan metabolik (pemprosesan makanan) dan detox (penyingkiran toksin). Oleh itu, hati yang sihat sangat-sangat penting dalam kita nak capai penuaan sihat.
KakNjang suka baca tentang perkara-perkara yang boleh menyokong Penuaan Sihat. Dan baru-baru ini KakNjang ada baca artikel dari seorang pengamal perubatan, Dr Norman Norawi tentang “Menjaga Kesihatan Hati & Fungsi Detoksifikasi”.
KakNjang kongsikan dengan anda semua di sini. Semoga bermanfaat!
Menjaga Kesihatan Hati & Fungsi Detoksifikasi
Hati atau hepar adalah organ yang terbesar dalam tubuh manusia dan merupakan organ yang sangat penting kepada tubuh manusia. Tanpa hati seseorang akan mati dan kerosakan hati akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius.
Ia penting dalam fungsi tubuh seperti:
Fungsi Metabolik – homeostasis glukosa
Fungsi Sintesis – menukarkan nutrien, melekatkan protin untuk zat besi, kuprum dan vitamin A
Fungsi penyimpanan vitamin, mineral, glikogen dan lemak
Fungsi Katabolik – fungsi detoksifikasi, fagositosis (metabolisma bakteria), hormon dan sintesis komponen darah.
Fungsi Sintesis – penghasilan hempedu
FUNGSI HATI DALAM PROSES DETOKSIFIKASI
Salah satu fungsi utama adalah dalam fungsi detoksifikasi. Bahan yang di makan atau dihasilkan oleh tubuh kita sebagai produk sampingan akan di tapis dan detoksifikasi oleh organ hati kita.
Terdapat dua fasa dalam proses detoksifikasi :
FASA I
Tubuh mengeluarkan toksin larut lemak dari dalam tisu tubuh. Toksin ini masuk ke dalam tubuh melalui mulut iaitu makanan, atau hidung dan juga melalui kulit. Jika toksin ini terlepas melalui sel-sel pada lapisan dalam usus ia akan masuk ke dalam saluran darah, dan ianya boleh menyebabkan masalah keradangan dalam saluran darah dan tubuh kita dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Oleh kerana itu tubuh kita akan meletakkan toksin ini ke dalam sel-sel lemak (adipos), saraf, otak dan buah pinggang sehingga tubuh boleh membuang toksin ini melalui proses detoksifikasi.
Dalam Fasa 1 ini ubat-ubatan seperti kodein, warfarin, prednisolone, steroids dan alkohol dinyahtoksinkan. Untuk mengeluarkan toksin ini, beberapa jenis nutrien khusus di perlukan seperti kuprum, magnesium, zink, vitamin C, molybdenum, antioksidan dan bioflavonoids.
Makanan dan bahan lain yang mengaktifkan Fasa 1 (activator) adalah seperti brokoli, kobis, brussel sprout, buah oren, tangerine, vitamin B1, niacin, vitamin C, daging bakar, alkohol, nikotin, ubat-ubatan, bahan kimia, dioxin dan racun serangga.
Makanan dan bahan yang boleh menghentikan Fasa I (inhibitors) termasuklah ubat antihistamin, ubat gastrik, ketoconazole, naringenin (daripada jus anggur), kunyit, teh hijau, cili merah, lada hitam, minyak cengkih, bawang merah (quercetin), calendula, milk thistle, penuaan, hypothyroid, toksin daripada bakteria jahat dalam usus.
Hati perlu berfungsi secara seimbang jika Fasa 1 adalah berfungsi dengan terlalu perlahan atau terlalu laju maka proses detoksifikasi tidak akan berlaku dengan sempurna melainkan ia akan menapis toksin tersebut keluar dan akan di masukkan semula ke dalam sel-sel tubuh di tempat lain pula. Untuk mengetahui proses detoksifikasi Fasa 1 berlaku secara optimum, maka seseorang boleh melakukan ujian ‘Caffeine Clearance Test’.
Hati perlu sihat untuk kita capai penuaan sihat!
FASA II
Tubuh mengeluarkan toksin dan menyediakan ianya untuk di keluarkan daripada tubuh. Molekul air di tambahkan kepada setiap toksin larut lemak untuk menjadikannya lebih mudah di keluarkan daripada tubuh dengan selamat.
Fasa II adalah bahagian kedua detoksifikasi hati. Detoksifikasi ubat-ubatan seperti paracetamol, nikotin, kafein, racun serangga (pesticide), epoxides, aspirin dan benzoates. Untuk toksin ini di keluarkan daripada tubuh maka beberapa nutrien di perlukan iaitu glutathion, vitamin B6, glycine, SAMe, methyl groups, molybdenum, cysteine, acetyl CoA dan lain-lain.
Makanan dan bahan yang mengaktifkan Fasa II (activator) adalah seperti makanan daripada kumpulan Brassica, limonene (bahan dalam kulit oren, lemon , herba dill dan caraway), glycine, methyl donators, taurine dan minyak ikan, pil perancang keluarga dan sesetengah ubat-ubatan.
Makanan dan bahan yang menghalang detoksifikasi Fasa II (inhibitors) adalah seperti kekurangan bahan glutahion, asid folik, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B5 dan vitamin B12, selenium, zink, pemakanan rendah protin dan ubat aspirin. Hati akan melakukan yang terbaik untuk memecahkan bahan toksin kepada bahan kurang toksik yang akan lebih mudah di keluarkan daripada tubuh.
Tetapi bagi bahan toksin yang tidak boleh di keluarkan daripada tubuh, maka ia akan di simpan dalam hati dan tisu-tisu lain di seluruh tubuh. Jika salah satu fasa detoksifikasi tidak berfungsi dengan baik samada ia berjalan terlalu laju atau terlalu perlahan kerana masalah kekurangan nutrien, pemakanan yang tidak seimbang atau pengambilan ubat yang terlalu banyak maka toksin tidak akan dapat di keluarkan secara keseluruhan dengan sepenuhnya.
Jika Fasa 1 berjalan terlalu pantas dan Fasa II bergerak terlalu perlahan, maka ia tidak boleh mengikut kehendak Fasa 1 dengan sempurna maka akan ada toksin yang tidak di buang dengan sempurna . Perkara yang sama berlaku jika Fasa II berjalan lebih laju daripada Fasa 1, maka ia tidak dapat memproses bahan kimia toksin dengan efektif. Jika anda hendak menguji tahap detoksifikasi tubuh, maka ujian ‘Caffein Clearance Test’ boleh dijalankan.
BAGAIMANA MENINGKATKAN FUNGSI HATI YANG SIHAT UNTUK MENYOKONG PENUAAN SIHAT?
Kesihatan tubuh sangat bergantung kepada kesihatan hati seseorang. Hati kita menjalankan pelbagai fungsi penting tubuh kita seperti tempat simpanan tenaga, detoksifikasi darah dan penghasilan kolesterol.
Terdapat makanan yang tertentu yang membantu hati kita menjadi lebih sihat iaitu makanan yang tinggi antioksidan dan membantu dalam proses detoksifikasi tubuh kita.
Kita perlu makan makanan yang kaya dengan magnesium, asid folik, flavonoid, vitamin dan antioksidan. Mengambil makanan proses yang tidak mengandungi bahan nutrisi ini yang secukupnya akan mengganggu dan melambatkan proses detoksifikasi di dalam hati.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS (Manipal), MScAARMMA (UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE (MAHE)
Makanan yang menyokong fungsi hati adalah sayur-sayuran berdaun hijau dan yang agak pahit (peria, petai dsbgnya) di samping makanan yang tinggi antioksidan seperti kunyit (curcumin), kubis, brokoli, buah beri dan spirulina.
BEBERAPA TIPS YANG BAIK UNTUK MENJAGA KESIHATAN HATI
- Kunyah makan dengan sempurna sebelum menelannya
- Minimakan pengambilan makanan proses yang tinggi gula dan bahan-bahan kimia pengawet dan perasa tambahan
- Minum air secukupnya dan kekalkan hidrasi
- Jangan minum minuman beralkohol
- Jangan melampau dalam pengambilan kopi dan teh
- Minimakan pengambilan gula pasir
- Jangan mengambil ubat-ubatan seperti antibiotik, paracetamol, antacid dan ubat tahan sakit jika tidak benar-benar memerlukannya.
- Berhenti merokok
- Bersenam secara regular
- Ambik suplemen untuk hati seperti curcumin, milk thistle, echinacea, omega 3, vitamin E dan Vitamin D
- Pastikan tidur yang cukup
- Kawal Stres dan paras hormon kortisol dengan baik
Penuaan Sihat memerlukan kepada hati yang boleh berfungsi dengan sihat. Amalkan gaya hidup yang sihat, jaga pemakanan sihat dan seimbang serta amalkan suplemen dengan bijak.
DTX Complex Shaklee merupakan suplemen khusus untuk tingkatkan fungsi hati yang sihat
Hati yang tidak sihat akan menyebabkan seseorang merasa lesu, cepat letih, sakit kepala yang berterusan, allergi, nafas berbau, masalah kulit dan berat badan berlebihan. Oleh kerana itu kita boleh mengamalkan beberapa jenis pemakanan yang khusus yang boleh meningkatkan kesihatan hati kita.
SENARAI MAKANAN YANG BOLEH MEMBANTU KESIHATAN HATI YANG LEBIH BAIK:
Sayuran Krusiferus
Di antara contoh sayuran krusiferus adalah kobis, brokoli, bunga kobis, brussel sprout dsbgnya. Ia membantu organ hati untuk detoksifikasi. Ia mengandungi bahan di dalamnya yang meneutralkan toksin dan membantu penghasilan enzim yang di perlukan dalam proses detoksifikasi.
Bawang Merah & Bawang Putih
Bawang putih mengandungi bahan anti oksidan ‘alisin’ yang membantu proses detoksifikasi oleh organ hati.
Ia membantu menyahtoksin logam berat seperti merkuri, estrogen dan bahan additif makanan proses.
Bawang merah juga kaya dengan bahan antioksidan karotenoids yang penting dalam proses detoksifikasi.
Beetroot
Ini mungkin bukan sayuran yang popular di Malaysia, tetapi kajian menunjukkan ia sangat baik untuk kesihatan hati. Ia membantu menyuci darah dan menyerap logam berat daripada dalam darah.
Epal
Buah epal mengandungi bahan pektin yang akan melekatkan kepada logam berat dan membantu mengeluarkan daripada tubuh kita melalui sistem perkumuhan. Ia akan mengurangkan beban detoksifikasi organ hati kita.
Jus Lemon
Jus lemon selalu di amalkan oleh masyarakat kita sekarang. Ia mengandungi vitamin C yang merupakan nutrisi penting kepada organ hati menjalankan fungsi detoksifikasinya. Vitamin C bersifat anti oksidan yang kuat yang akan membantu hati kita melawan kesan serangan radikal bebas di dalam saluran darah.
Jus lemon juga meningkatkan sistem imuniti tubuh dan membantu sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi dengan lebih baik.
Jus lemon juga membantu mengurangkan masalah ketirisan usus yang akan menghalang bahan-bahan makanan yang tidak di hadamkan dengan sempurna masuk ke dalam saluran darah.
Oleh itu ia membantu mengurangkan toksin masuk ke dalam tubuh dan akan mengurangkan beban hati untuk menjalankan proses detoksifikasi.
Hati yang sihat juga membantu penghasilan hempedu yang baik dan mencuci organ hati dengan lebih baik, sangat penting dalam proses penuaan sihat.
Hempedu juga akan membantu hati mengeluarkan toksin daripada dalam hati dan di buang melalui najis.
Artichoke
Sejenis sayuran makanan yang popular di Barat yang akan membantu meningkatkan penghasilan hempedu , oleh itu membantu hati membuang toksin dan mikro-organisma bahaya didalam usus dengan pergerakan usus yang sihat.
Buah-buahan tinggi antioksidan
Buah-buahan adalah sangat tinggi dengan antioksidan yang akan membantu melawan kesan radikal bebas yang terhasil semasa proses detoksifikasi.
Radikal bebas ini boleh menjadi bahaya kepada tubuh kita jika tidak di neutralkan oleh antioksidan.
Buah-buahan seperti jambu batu, mangga, oren, limau, epal, tembikai, betik, buah naga, blueberi, strawberi, durian, rambutan, buah pir dsbgnya.
Sayur-sayuran
Sayur-sayuran adalah sumber vitamin, mineral dan anti oksidan yang sangat penting.
Sayur-sayuran berdaun hijau akan membantu meransangkan penghasilan hempedu oleh hati.
Sayur-sayuran pahit seperti peria, petai, pegaga, dandelion chicory dsbgnya sangat baik kepada kesihatan hati.
Kita perlu makan sayur-sayuran setiap hari untuk kesihatan hati dan tubuh kita umumnya.
Kesan Merokok kepada hati
Merokok adalah tabiat buruk yang boleh merosakkan organ hati.
Kajian menunjukkan tembakau akan meransangkan penghasilan enzim ‘cytochrome P450’ dalam hati manusia. Ia akan meningkatkan perokok mendapat kesan kerosakan hati akibat pengambilan ubat seperti paracetamol.
Merokok juga akan mengurangkan keupayaan organ hati dan mengganggu fungsi detoksifikasi hati membuang bahan toksin yang merbahaya kepada tubuh. Merokok juga akan mengganggu kesan ubat atau suplemen yang di ambil untuk merawat masalah hati. Merokok juga menyebabkan kerosakan hati akibat alkohol bertambah teruk.
Asap rokok mengandungi pelbagai toksin di dalamnya yang perlu di keluarkan dan di metabolisma dalam hati. Oleh kerana itu merokok akan membebankan organ hati dan akan merosakkannya dengan lebih cepat dan menyebabkan keradangan hati. Bahan toksin dalam asap rokok di antaranya seperti N-Nitrosodiethylamine boleh menyebabkan kanser hati.
Oleh kerana itu seseorang yang hendak menjaga kesihatan hati nya mesti berhenti merokok kerana ia akan merosakkan hati. Pemakanan sihat adalah penting untuk kesihatan hati kita dan tabiat yang buruk akan merosakkan hati dan menjadi punca kepada pelbagai penyakit.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS (Manipal), MScAARMMA (UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE (MAHE)
Rujukan:
- Holford, P. (2004). The Optimal Nutrition Bible. London: Piatkus.
- Jensen, B. (1999). Dr. Jensen’s Guide to Better Bowel Care. A complete program for tissue cleansing through bowel management. New York: Avery.
- Lipski, E. (2012). Digestive Wellness (4th ed). United States, McGraw-Hill.
- Krop, J.J. (2002). Healing the Planet, One Patient at a Time. Canada, KOS Publishing Inc.
- Murray, M.T., & Pizzorno, J. (2012). The Encyclopedia of Natural Medicine (3rd ed). New York, Atria Paperback.
- Lee, S.D.. Lo, K.J., Lu, R.H., Shyu, J.K., & Wang, Y.L. (1996). Caffeine clearance test: a quantitative liver function assessment in patients with liver cirrhosis. Taipei. Zhonghua Yi Xue Za Zhi, 57(5), 329–34.
- Dancygier, H. (2010). Clinical Hepatology, Principles and Practice of Hepatobiliary Diseases Volume 1. New York, Springer.
- Demeda, P. (2014). Lecture on Clinical Detoxification. Presonal Collection of P. Demeda, Institute of Holistic Nutrition, Mississauga Ontario.
- Regan, J., Russo, A., Seeley, R., & VanPutte, C. (2011). Seeley’s Anatomy & Physiology (9th ed). New York, NY: McGraw-Hill Companies Inc.
- Marieb, E.N. (2012). Essentials of Human Anatomy and Physiology (10th ed). San Francisco, CA: Pearson Education, Inc.
Tinggalkan Balasan