Masalah Buah Pinggang Banyak Lemak!

Masalah buah Pinggang berlemak

Masalah buah pinggang boleh timbul dari sebab yang tak terduga. Timbul juga bila keadaan dah teruk. Masalah buah pinggang berlemak pun sama.

Visceral fat ialah lemak yang berada di sekeliling organ dalaman kita. Gemuk atau tidak, kehadiran lemak ini penting untuk memberi perlindungan dari hentakan luar, juga membantu organ-organ dalaman kita berada ditempatnya dengan selesa.

Masalah timbul bila kehadiran lemak di sekeliling organ jadi terlalu tebal. Analogi mudah untuk hal ni, kita dengan selimut. Biasa-biasa memang selesa. Tapi jika selimut terlalu tebal dan membungkus tubuh kita begitu kejap dan ketat sekali, nak gerak pun susah. Nak bernafas pun tak lepas.

Buah pinggang berlemak

Buah pinggang kita tidak terkecuali dari situasi ini. Keadaan lemak berlebihan di sekeliling buah pinggang ini yang dipanggil FATTY KIDNEY – masalah buah pinggang banyak lemak – lemak buah pinggang. Panggillah dengan panggilan apa pun, itu lah dia.

Kegemukan merupakan faktor utama untuk fatty kidney. Gemuk tingkatkan risiko sakit kencing manis dan darah tinggi; di mana kedua-dua penyakit tersebut tingkatkan risiko penyakit buah pinggang. Seperti dalam kajian yang direkodkan dalam Oxford Journal, 2010.

Faktor lain ialah usia – 60 ke atas. Ini adalah kerana metabolism semakin rendah dan pengumpulan lemak semakin meningkat.

Yang menakutkan ialah simptom-simptom sakit buah pinggang hanya timbul bila keadaan dah teruk.

Antara tanda-tanda awal ialah sakit kepala dan sesak nafas. Kencing manis dan darah tinggi juga antara simptom sakit buah pinggang.

Untuk tujuan pencegahan, apabila kita dah ada 2 daripada 4 tanda di atas, lakukan ujian darah/air kencing dan minta diuji juga fungsi buah pinggang kita. Pencegahan!

Simptom lain termasuk

• Gatal-gatal
• Kejang otot
• Mual dan muntah
• Hilang selera makan
• Bengkak buku lali, kaki atau tangan
• Kencing lebih kerap terutama waktu malam
• Mencungap-cungap
• Susah nak tidur

Apa nak buat bila dah didiagnose dengan masalah buah pinggang ni?

Dengar cakap doktor. Makan ubat yang dibekalkan.

Langkah pencegahan yang boleh kita ambil:

1. Amalkan diet sihat; rendah-garam rendah-lemak.
2. Bersenam sehingga berpeluh 30 minit setiap sesi 4-5 hari seminggu. Nak kurangkan lemak ni cerita dia sama dengan nak kurangkan berat badan!
3. Jumpa doktor untuk check-up secara berkala.
4. Berhenti merokok.
5. Jauhkan alkohol.

Untuk sokongan dari segi pemakanan tambahan, anda boleh amalkan:

• herblax – detox usus
• omega – buang lemak sedia ada
• phytocol – halang lemak dari makanan dari diserap ke dalam dalam
• lecithin – pengemulsi lemak
• vivix – baiki sel, perlindungan di peringkat DNA.

Perlukan suplemen di atas untuk melengkapkan jurang nutrisi? Boleh wasap KakNjang terus di 0196686767.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *