Sakit Jantung Pembunuh Nombor Satu Negara!
Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di negara kita Malaysia. Pembunuh ini memang tak boleh didakwa langsung. Hanya terpulang kepada kita sahaja yang perlu menjaga kesihatan jantung dari terbunuh, semuanya dengan izin Allah.
Fakta Mengenai Penyakit Jantung
- Penyakit ini tidak jarang berlaku, tapi sangat kerap berlaku.
- Serangan jantung bukan permulaan kepada penyakit jantung.
- Bukan semua pesakit perlu melalui pembedahan pintasan jantung atau bypass.
- Pesakit jantung mungkin mengalami penyakit lain dalam satu masa.
50 kematian setiap hari disebabkan oleh sakit jantung iskemik.
Sakit jantung iskemik juga dikenali sebagai penyakit jantung koronari yang termasuk tetapi tidak terhad kepada masalah jantung yang disebabkan oleh arteri jantung yang sempit akibat plak atau bahan lemak.
Sumber: Perangkaan Sebab Kematian, Malaysia, 2021, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (rujukan dari artikel Shaklee)
Jenis sakit jantung yang paling kerap dihidapi adalah penyempitan atau penyumbatan saluran darah yang berpunca daripada pengumpulan lemak.
Baca lagi tentang sakit jantung iskemik di sini…
Mengikut statistik, dari 18,515 kes kematian akibat sakit jantung pada tahun 2021, 69% adalah terdiri dari kaum lelaki.
Dari keseluruhan kes, 75% mangsa serangan jantung meninggal sebelum sepat tiba di hospital.
Jadi, apakah puncanya yang menyebabkan Sakit Jantung ni sebagai pembunuh nombor satu negara kita?
Jika hendak dijadikan punca, mungkin kolesterol tinggi dalam darah boleh jadi suspek pertama untuk dakwaan. Akan tetapi malangnya, mengikut statistik, 1 daripada 4 orang rakyat Malaysia tidak menyedari yang mereka mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
Darah tinggi ke?
Kalau mengikut statistik, 69% daripada individu yang terkena serangan jantung dan 77% yang terkena strok buat pertama kali mempunyai masalah tekanan darah tinggi.
Atau budaya memasak kita rakyat Malaysia, mungkin?
Orang kita ni memang gemarkan makanan goreng-goreng berminyak semua ni.
Makanan yang dimasak dengan minyak dan kolesterol yang banyak dikaitkan secara langsung dengan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Apa pendapat anda semua? Betul ke sakit jantung ni pembunuh nombor satu kita rakyat kat negara Malaysia ni? Sakit jantung ni bukan milik orang tua sahaja. Mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang jauh lebih muda.
Jadi, bagaimanakah cara untuk jaga kesihatan jantung? Kita ni manusia, kena makan. Jadi, makanan yang bagaimanakah perlu kita ambil untuk pastikan jantung kita kuat, berdegup dengan stabil lebih lama? Ikuti perbincangan selanjutnya…
Anda boleh tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.
Tinggalkan Balasan